Nuffnang

Thursday, February 16, 2012

Specialist yang buat insertion, aku yang ngiluuuu

Ok, oleh kerana bizi, maka tengok blog pun sebelah mata je. Esoknya tutup mata. Esoknya lagi malas nak bukak lah kan.

Lepas rasa bersalah dengan blog yg selalu bagi aku space untuk aku tulis tah pape, maka harini terasa nak pergi ke "new post". Maka keluarlah entry ini. 

Last teusday, masuk OT room (operation theatre) untuk kes brakiterapi. Usually, kes brakiterapi yang kitorang handle untuk kanser serviks (pangkal rahim) dan kanser endometrium. Oleh kerana sebelum ni aku hanya buat plan, which means tak ikut specialist atau MO (medical officer) yang tgh sambung master nak ambik specialist masuk OT room, maka aku pun terkedek-kedek nak follow. Nak tengok procedure. Nak tengok macamana proses masukkan applicator sampai opening cervix. 

Biasanya, lepas dapat gambar film x-ray dari simulation, aku akan plan jadik yang macam ni....

Pinjam gambar dari varian

Amende yang aku katekan sebagai applicator tuh? Ini dia...

Besi ha kau~

Mane lah tak ngilu bile aku tengok Specialist masukkan besi camni towards opening cervix. Even patient tu memang lah under bius dan tak sedar pong.  Tapi aku yang tengok procedure pun was like 'alahaiiiiiiii'. Terasa satu badan aku ngilu tahu tak. 

Amende brakiterapi ni sebenaranya? Brakiterapi adalah satu teknik untuk merawat kanser menggunakan radioactive source. Contohnya Ir-92 (Iridium-92). So, source ni aku masuk ke bahagian yang kitorang dah plan dan mengeluarkan dose yang sepatutnya. Dalam masa yang sama taknak bagi bladder (pundi kencing) dan rectum (salur buang air besar) terima dose yang tinggi.

Ekceli aku nak cerita yang aku seriau jek tengok specialist buat insertion. Tapi tah hape aku merapu dah ni. 

Ok, aku nak pesan ni. For those yang dah berkahwin please see your doctor and buat PAP SMEAR. At least once a year. Tak mahal dan tak sakit. Ini untuk langkah pencegahan dan screening test kanser pangkal rahim. Boleh dicegah okey, yang penting, buat pap smear.

And and and, kanser serviks atau kanser pangkal rahim ni hanya berlaku kepada wanita yang berkahwin dan/atau berlakunya sexual intercourse.

The real virgin women takkan dapat kanser serviks. Ni just nak share je lah. At least korang bace, dapat jugak manfaat selain membuang masa kat blog aku ni kan. hihi

okie dokie, nak sambung makan spagetti. 





Cepat-cepatlah 22 atau 23 hb feb ni. can't wait!

Thursday, February 9, 2012

Dilema perut

Perut menyanyi-nyanyi lalalala

kriuk-kriuk.

adalah sangat tak best.

lagi-lagi.

bila dah malam buta.

dan.

kononya berusaha untuk diet.

ah.

lapanye.

dalam dilema.

nak makan malam-malam buta.

atau.

terus tido.

dilema.

ye, dilema.

Tuesday, February 7, 2012

Aku nak kaya lah!

Ehem, Hai ladies yang gojes.
Ye, ladies sahaja. Sebab nanti ade orang jeles. kihkih.

Kaya memang sangat sinonim dengan duit ye dak? Tapi banyak lagi kaya yang memang patut kita kayakan. Contoh : kaya ibadah, kaya budi pekerti, kaya sabar, kaya menderma etc.

InsyaAllah rezeki datang melimpah ruah dan mendapat keampunan dari Allah kalau kita secara istiqamah buat solat sunat dhuha.

Alhamdulillah, memang banyak sgt miracle dalam hidup kita bila kita berserah seluruh kehidupan pada yang Maha Pemberi, tawakkal setawakkal nya pada Dia. Dalam masa yang sama tak berhenti bermohon.

Selepas solat sunat dhuha, ada satu doa yang dulu aku tak hafal pun, terjumpa kat youtube ni. sgt mudah nak ingat sebab rentak dia best..heeee




Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran(kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."




Cet, sengal punye blogger dot com neh. Tak publish ghopenye entry aku ni. hoho.
Malam ni kene kembali ke KL. *sigh*
Rasa nak ambik cuti panjang. Sangat nak. Sungguh.






Monday, January 30, 2012

Yehhhaaa, dapat angpau dari patient =p

Hari ni masuk kerja macam biasa, pagi-pagi lagi beberapa orang patient dah terpacak depan radioterapi. lagi awal depa datang dari kitorang datang. haha.

Ade sorang uncle yang tengah treat turun same lift dengan aku. Biasanya hanya tegur "Good morning"

Harini good morning berserta angpauuu.. hihi. tenkiuk uncle.

Tikus yang dah banyak cap jari aku.

Dan hari ni happy lebih sikit bila tengok sorang patient ni. Sangat muda, tak silap aku dalam lingkungan 11 tahun. Mase mula-mula treatmet, setiap hari mak dia dengan muka sugul akan tolak anak dia yang duduk atas kerusi untuk dapatkan rawatan radioterapi. Hari ini, aku nampak budak lelaki it dah boleh berjalan semula. Senyuman emaknya pun bukanlah senyuman yang menanggung kesedihan. Tak sangka budak 11 tahun tu recognize aku jugak. Sebab aku tak directly jumpa dia or patient-patient lain jugak. At least nampak senyuman yang ceria dari budak kecik tu, rasa bersyukur sangat. =) *tetiba sebak* kihkih

Entahlah, tapi aku rasa happy. Sebab masa aku buat planning treatment tu, rasa sedih dan kesian sangat-sangat. Bila nampak dalam keadaan baik hari ini, perasaan tu jadi speechless. *sejak bila perasaan bersuara ye dak?* =p

Selsema sangat teruk dar semalam. Berdenyut-denyut rasa kepala. Mudah-mudahan sakit ini penghapus dosa. ameen =)


rindu. dia. sangat.