Nuffnang

Thursday, December 30, 2010

Oh NO!

2 hari lepas perlu membuat gambar size passport untuk application MyBrain15.
Oke, sesape postgraduate student, marilah kita sama2 apply untuk MyBrain 15.. Renyah sikit kene resize dan kene tuka file JPEG ke file PDF..fuh, alhamdulillah segalanya dah selesai.. Mintak2 lah diluluskan.. Boleh dapat balik 8K..ehehe...
Kalau sesape tak tau, boleh tanye aku...ekkeke...bajet terer la kan..=p

ok, itu dah setel..yg tak bestnye kan, kelihatan ade perubahan pada gmbar size passport yg aku buat pada bulan april dan bulan december. Agak obvious jugak lah. Cuba pujuk hati..terima je lah hakikat... nak wat guano.. dah mmg dirimu....hehe

Nak maintain mude dan kalau pi mane2..org panggil 'adik'..bukan 'akak'...haha..tak boleh belah kan wish itu. silajanganberanganlaery.





yang di atas ini kita panggil sebagai gambar ye kawan-kawan. banding kiri dan kanan. ouchhh...pipimengembang. paling tak suke bab ini. bila pipi mengembang, badan pun mengembang...aigooo... mahupengsanla begini!. tokse gumuk la weh...dop comey..hehe~
nak pegi eksesais? malas la of coz kan..tido kat bilik dan chatting bersama cinta hati lagi best dari jogging..ekekeke...Jusmate? lotih senanye minum jusmet disamping perlu disiplin dalam pengambilan makanan..ceq ni dah la suke makan best-best.. contohnye nasi ayam.. tiap hari makan nasi ayam pun takpe..janji sodap...kalau tak sodap, sekali terai je la.. jangan mimpi la nak makan lagi..hehe...

oho...persekolahan pun dah nak start dah...tahniah untuk adinda guwe yg berjaya dapat masuk ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi JAIS...result dia tak la gempaq mane.. alhamdulillah UPSR 5A dan PSRA 95.2%. Aku cabar dia dapat 98%.ahahaha.. 
Dapat jugak tawaran dari SAMBEST dan SBPI (sekolah berasrama penuh integrasi) tp pilihan dia MITST ni..
Semoga Khair Sirajuddin lebih kurus lepas masuk asrama..haha. wish kekanda yang teruk? takpe..demi mase depan yg cemerlang dan terbilang...


cepat2 lah kurus adik oi...hahaha...




alhamdulillah..moga adik jadi manusia yg bijak,berilmu dan amalkan ilmu sebaiknya.. ujian Allah pasti datang..setiap kali tergelincir, berbaliklah padaNya.. Innallahama'ana =)



hmm..bilelah ptptn nak masuk ni..peliz la...cepat sikit~

Thursday, December 9, 2010

La Tahzan

La Tahzan.
Buku ni sgt pemes kan..aku pun tak habis khatam lagik.. insyaAllah nak sambung baca =)

Mahu share sikit..mane tahu boleh membantu memujuk hati2 yg terluka atau dilukai atau sedang diuji dgn apa2 ujian yg datang..yang pentiing hati kene sentiasa terbuka dan redha atas setiap ujian yg diturunkan. Itu tanda Allah merindukan rintihan hamba-Nya, masih menyayangi kita. Kita dipilih dan diuji. Disebalik kesusahan, pasti ada kesenangan.

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja; “KamI telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orangorang yg dusta.”
Surah Al-baqarah, ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT  APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kami menyukai sesuatu padahal  ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
Al-Baqarah, 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu mellainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Al-Baqarah, 286

RASA KECEWA?
“janganlah kamu berasa lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamukah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”
Ali-Imran, 139

KEPADA SIAPA AKU HARUS MENGADU?
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
Al-Baqarah,  45

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-prang yang beriman, Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai menenangan).”
Ali Imran, 200

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
“sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan menberikan syurga untuk mereka..”

At-Taubah,111

KEPADA SIAPA AKU MENGHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
At-Taubah,129

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN!
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melinkan kaum yang kafir.”

Percutian yang memberangsangkan

Yay!
Sejak duduk di rumah, aku makan dgn banyaknya.. selalu aku mkn nasi sehari sekali.. kat rumah ni aku mkn 3 kali sehari.. dasat bukan? Sila angguk. Terima kasih.
Mane tak makan manyak-manyak..makanan kat rumah semua mudah dicapai dan sedap-sedap… sgt cuak dah dgn kenaikan badan yg mencanak-canak ini. ?. Whatever.
Ok, kat rumah aku mmg buat bodoh saja. Hehe. Tak tak.. tak nak lah jadik org yg buat2 bodoh. Buat2 bijak takpe =p

Hantar adik g USIM kat Nilai lastweek..dia sit last paper. Aku pun dgn rajinnye bgn awal pagi hantar dia pi exam.. Pastu dia habaq nak pi Bandar Tasik Selatan. Sukati hang la.. Aku pun pulang.. mase on the way balik, sempat menyinggah Alamanda. Seperti biasa, taklah ramai sgt org mcm kat MidValley or KLCC. Tp sbb ade semua tempat yg aku suke seperti GSC, Big Apple, MPH dan byk kedai yg best-best..make aku pun, pi je la sane..plus parking pun senang..jalan tak jem. Kesimpulan : senang hati. Senang hati? Tidak lah kot. Jiwa sedang sakit. =)

Cadangnye nak tgk harry potter. Tapi start 2.15pm. Malas nak tunggu, aku choose cite ngangkung. Takyah tunggu terus masuk. Overall citer ngangkung ni meme lawok. Tp takde la lawok sgt. Bg aku la… lawak biase je…tp mmg boleh kurangkan keserabutan kepala yg melanda..ecehhh…
Pi sorang je tgk wayang.  Ceq kan mmg macho..mane2 pun pi, sorang pun takpa..hehe..loghat utagha keluaq daaa..=p
Aku ade lagi beberapa minggu nak dhabiskan..kengkonon nak carik part time work..tp tak menjadi..tgk lah lepas balik penang nnt..kalau ade mase,ade rezeki..boleh la buat part time work kan…

Akhir kalam..

Jangan tegur…
Jangan pandang belakang…
Zassssss