Nuffnang

Sunday, April 25, 2010

Sebelum, semasa dan selepas. Fuhhhh.. lega sungguh!


Perhatian : tajuk ini bukan refer kepada makanan. Walaupun cikery mmg suka makan,tapi kali ni bukan nak cakap pasal makan. Okey. Hehe.
Semalam cikery ada cerita pasal keberdegupan jantung yang belum terhenti. Okey,sekarang dah terhenti. Erk, silap. Kalau dah terhenti,kompem la entry ni dah tidak di post dan kawan2 haruslah bacakan yassin kepada cikery *moga cikery ‘pergi’ dalam iman dan dalam kebaikan + after berkahwin..hikhik*

Okey, peak of the peak nak dapatkan Bachelor of Health Science with Honour,kewajipan menulis entry adalah sangat penting bukan. Owh, silap yek. Bukan menulis entry. Tapi menulis thesis dan memekapkan ia . Ianya merupakan satu perbuatan yang sgt lah leceh sebenarnya. Tapiiiii… haaaa..ade tapi gitu~ bila dah siap dan tgk hasilnya… wallaweihhhh.. mmg puas hati tahap dewa beb. Hehe
Tadi pagi cikery ada VIVA thesis. VIVA ni dikenali di USM. Juga dikenali sebagai presentation thesis. Dan Cikery ni merupakan 6th presentor.
Mmg kalut malut melaut pagi tadi. Dah lah bangun lambat (padan muka daku). Siap tambah dengan perasaan malas lagi (apekah?? ) Mmg amat malas ok! Ditambah dengan hujan yang membuatkan lagi syiok tido dari memikirkan VIVA.  8.45 am baru aku terkedek kedek nak iron baju. Kes bangun lambat la nih. Dah la suka tido,bangun lambat.. camne nak kawen ery wep??? Hahahah. Dan lagi BEST tambah MASYIUK dengan secara mendadak tiba-tiba blackout. Okeh,aku dah nak start men______ (isi sendirik). Tapi.. lebih baik beristighfar dan mencari penyelasaian dari dok men_____ (isik sendirik) ehem,good girl bukan..ihik =p
Aku pun amek baju terus pegi hostel sebelah. Iron punya iron, kedut baju susah lak nak hilang. Mmg sengal alahai~ (padan muka aku)hehe. Isbir..isbir… Siapa ape adenye je la kan..hehe.. Dengan lajunya aku bersiap terus pegi School.
Masuk-masuk Conference Room,VIVA dah mula beb. Mode cuak dah bermula okey. Sorang demi sorang presentor dan macam2 soalan yang menusuk kalbu dikeluarkan oleh DEAN kesayangan kami, Prof Ahmad Zakaria. Dan seperti yg di cakap oleh babah ray (en. Redhuan) “old man is a superman” hikhikhik. Mmg pon!
 Muka aku yang cuak sebelum kene present!

Pastu tetibe terdengar… “I would like to invite MISS NAFIZATUL KHAIRIAH to present her thesis entitled ‘Image quality of SPECT based on Myocardial Perfusion study’”
Sampai turn aku. GULP!. Muke haruslah kewl ok. I AM COOL..hehehe.. Well,dengan muka yang cool itu, aku distribute printed version of my slide kat 5 panels. Muka nak confident, tapi tangan dah sejup cecah -4°C..hehe.. Tipu la tu of coz kan. =p
Aku pun..tarik nafas dalam2..dan.. ‘ehem, bismillahirahmanirrahim..assalamu’alaikum and very good morning to bla,bla,bala,bla” start mengarut marut yang terkarut dalam VIVA itu. Hehehe
 Baru nak start (slide no 1) . Nama penuh aku yang sodap itu harus ditulis panjang dan penuh hokey =p *muka hampeh betul..poyo..haha*

Alhamdulillah, Allah Maha Besar.. permudah segala apa yang aku nak cakap, permudah apa yang aku nak sampaikan.  Dan permudah bg panel nak fhm apa yang aku nak sampaikan =) Dan sedikit sebanyak, bila ‘bismillah’ itu keluar dar bibir, confident dalam diri semakin increase dan increase..hihihi..
 explain..lagi dan lagi~
Prof Mad ade tanya 1 soalan yang betul2 dia nak tahu. Background to cardiac ratio berapa. Aku pun jawab la,blab la..bla.. Sebut la sekali pasal data yang aku dapat dari IJN (yang aku melompat suka smpai katil patah..hikhik). Selebihnya soalan yang nak kenekan aku, siap ugut nak deduct 20 marks.. cet..aku pulak dgn selambenye.."prof,plus 20 mrks ok..heheh". 
Terdengar jgk Dr. Aref ada ckp dgn perlahan “yeah,that’s the right answer” hehehhehe.. suke ok =p Thanx a lot to my co-supervisor, Mr. Safri yang banyak sungguh bantu cikery dari awal sampai la VIVA tadi. Aku ada lupa total activity (radionuclide) yang masuk real patient yang kene Coronary Heart Disease. Bila Prof Mad tanya solan tu, automatic aku pandang Mr. Safri. Classmate lain dah gelak2.. sbb tau sgt yg aku lupaDia pun of coz la tolong aku yg senang lupa ni. Padahal dah baca prev study =p  

 Sedang nak jawab soalan prof mad kesayangan~

Overall, Alhamdulillah ok.. agak berpuas hati walaupun aku tulis thesis ni last minute. Buat slide last minute..sgt bersyukur Allah permudah..heheheh…
 Muka sgt lega hokey..hehehe
Thanks to him also.. =) Dia sgt phm dgn perangai aku yg suka tido dan buat kerja last minute (ehem,same dgn dia jugak..ekekek)

harini dia minum apa?
nescafe?? bukan2...hazelnut white coffee..hehe

Saturday, April 24, 2010

::Debaran ku belum terhenti ::

Esok hari ape eh? ahad kan? Patutnya hari ahad la waktu bercuti dan berehat.hukhuk. Tapi aku ade VIVA thesis pullak esok. Erk, kelantan of coz la start ngn hari ahad. Nampak sgt aku ni tak sedar diri..hehehhe. Mane nak sedar nye, slide untuk esok pun baru terkedek-kedek nak buat ptg ni. Padahal esok adalh 6th presenter. Cuak cuak. Mau geletaq lutut ku inih~Entah ape soalan kene nanti. Kalau tak reti jawab, sengih tunjuk gigi jek la ye.hehe =p

Aku baru buat intro.. lit review,material method tak buat lagik. hekheke.. copy paste jek la.. result aku yg tak kena ngn theory tu, kene pandai2 la carik alasan.. hikhik.. teruk betul ok~ kompem esok aku masuk kuar toilet jek manjang. Tapi lege cepat sbb abes cepat. Yang penting, aku grad. hikhik. =p
Doakan aku untuk esok la yep. Hari esok juga hari yang menyedihkan bagi aku.. isk isk.. entah bila lagi buleh jumpe lepas ni.

 

Friday, April 23, 2010

U are the love of my life~

Kata kata ni aku dah lame bace.. dari sekolah menengah dulu.. Kata kata ke puisi eh?? lebih kurang la tu kan..hehe
Yang penting mmg best~
Betapa Allah mengangkat martabat wanita.. Moga kita (girls and women only ok) mejadi zawjah yang solehah dan setia untuk zawj  terchenta.. menjadi tulang rusuk yang sentiasa membantu dan memberi sokongan dalam segala aspek. Wanita dilahirkan untuk menjadi isteri dan ibu. Dan inilah peranan terbesar yang aku nampak menjadi seorang wanita.(eceh..mood untuk jiwang sebenarnya..heheh.. apekah??) =p
Dan permulaan famiily yang bahagia dan sempurna bermula dari wanita yang bergelar dan isteri dan ibu itu sendiri. Betul ke tak? betul kan..kan...kan.. =)

Jom,baca dgn penuh penghayatan yek..hihik
 


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situ punca kekuatan dunia!!!

Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahawajhah.
 
 

Segan, malu atau suka?

Tinggal beberapa minggu jek lagi aku kat USMKK. (kalau aku tak sambung Masters kat sini la) hehe.. Tapi untuk degree level, insyaAllah beberapa minggu lagi duduk sini... 10 mei insyaAllah pulang ke pangkuan keluarga.. eceh~hehe

Dan dalam 4 tahun aku kat Kelantan ni, banyak sgt kenangan dan pengalaman yang buat aku lebih menjadi Nafizatul Khairiah. Dari 1st year sampai 4th year..best sgt dgn kawan2 kat sini. Dan terjumpa ehem ehem yg out of expectation langsung. =p

Dan (banyak betul dan) bila dah 4th year ni,ramai la yg knal kan. ehem, aku bukan ckp pasal student USM okeh..Yang aku maksudkan adalah mereka2 yang bukan student USM yang sedar akan kehadiran aku. eceh..gedik di situ (mode aku sekarang adalah PERASAN. Jadi, sila bersabar sebelum korang muntah tau..rasa2 nak muntah, g amek Halls..boleh hilang) heheheh

ok, nak sambung..

Antara mereka yang menyedari kewujudan daku  :

1) Pak guard USM.
Kereta lain yang nak keluar masuk USM kene swap card matrix. Aku ni kan baik,jadi aku bawak la kad matrix. Tapi, banyak jugak incident yang aku tak sempat lagi nak swap, dia dah bukakkan dah. Kereta lain dok beratur swap matrix card, sampai turn aku,pak guard bukakkan. hukhuk. Dengan hanya tgk kereta nissan WKG jek dah kenal. Malu ke..segan ke.. suke ke.. Aku tak tau.. Campur2 kot..hehehhe. Ehem, bukan nak bangga ok, tapi ade la sikit..hehehhe =p . Terikut cara Mr. ehem ehem yang sgt la baik dgn pak guard; salam yang tak pernah lekang dari mulut dia dan  cara dia respect org lain. Perkara yang baik, apa salahnye aku contohi kan. ihik~ Tapi aku tau, pak guard tu lebih knal nissan tu sbb dia jugak..hehe

2) Abg berger flat hijau. 
Kompem2 dia ingat aku ni akan order double burge daging dan teh beng kaw. Tak sempat lagi aku nak sebut orde,dia dah sebut dulu. Terbaik ah abg berger flat hijau. Dah la berger dia sedap. Baik pulak tu.. moga2 rezeki abg berger yang baik akan dilimpahruahkan oleh Allah

3) Seven Eleven dpn USM ni.
Adik (aku tak tau umur diorg bape..tapi diorg suke panggil aku 'akak'. Muka aku tua sgt eh? aiyark~) kerja 7e ni sgt la baik. Masuk2 7e jep terus tegur and sengih2. "eh, sorang je ke kak" hikhik... siap dapat label costumer tetap 7e sbb selalu beli 2 tin nescafe ngn Mr. ehem ehem..hehe.. (korang mmg best!)

4) Auntie yang tempat aku betulkan air-cond semalam.
Dia siap belanja aku minum lagi. Aiyark.. soalan best lagi keluar "abe mano?". Ape nak jawab?hehehhehe
Pape pun, abes gak Rm365 sbb aircond kete tuh.. isk isk... cian jusmet aku..hukhuk

5) Pizza d'village dan abe yang buat air Teh Beng Kaw kegemaran daku.
 Dah lame jugak aku tak g d'village. Kelmarin pegi sbb nak tapau makanan. lapa la of coz kan..hehehe.. Dan diorg ni tegur lagi "lamo dah tak maghi cni". Aku pun dok sengih jep. mane tak hengatnye,aku dok complaint teh beng kaw yang tak brape nak kaw (dulu).Skang ni diorang sgt expert buat Teh Beng Kaw daku..hehehhe.. thanx bros.
Abe yang pizza tu pun mmg ingat order aku. Takyah sebut. "pizza seafood small?".. Aku pun angguk2 kepala sambil tersengih2 macam kera sumbang. hikhik..

Banyak lagik snanye.. tak  larat nak tulis. Bukan nak tunjuk bagus ke ape.. cume nak share betapa aku dah menyayangi Kelantan sebenarnya. Walaupun aku masih lagi tersesat2 jalan kat KB tu, tp 4 tahun kat cni sgt memberi makna. Yang mana aku banyak develop skill yang terpendam gitu. hikhik. 

p/s : I LOVE USM. Esp kawan2 ku dan mereka mereka yang sgt baik kat cikery. Thanks a lot. Thank you jugak kepada mereka yang banyak menyakiti daku (sarcastic?). Sbb dgn hadirnya mereka yang menyakiti diri ini, menjadikan diri ini manusia yang lebih kuat insyaAllah. =)

Wednesday, April 21, 2010

Reward untuk diri sendiri yang malas ini



Masuk malam ni, dah 4 malam aku tak tido malam. ok2... mlm ni aku mengade nak tido lambat sbb aku baru pas makan nasi lemak D'classic.. lapar banget ok..pkul 3am baru nak mkn malam.. boleh jama' sekali dengan breakfast kan..ekekekekek...

4 malam tak tido??? bia benar? percayalah kawan2 ku.. tiada yg benar melainkan yang benar, (eceh).. dah 4 malam aku tak tido (malam ni mengade2 sbb dah TERmakan nasi lemak dengan teh beng kaw yang best)..hehehe

3 malam yang lepas, kehidupan aku agak hectic. Mmg tak sempat nak fikir pasal tido. Mata aku pun dah serupa mata panda dah. Siyes. Tak percaya?? meh tgk sini!

ok,sambung cite.

Malam yang 1st, aku siapkan thesis sbb nak kene submit ngn Prof Mat. Touch up thesis sgt la melecehkan dan tak se-best touch up muke.. Mekap muke lagi best dari mekapkan thesis aku. Papepun,lepas hantar pkul 4.50pm ke bilik prof mat..terasa satu beban dah terlepas..alhamdulillah.. Ade rasa nak nangis tgk aku berjaya siapkan thesis aku untuk study Medical Radiation selama 4 tahun ni. Peak of the peak la senang kata kan. As a reward,aku pon pergi Tesco. Shopping la..ape lagi.. Tapi aku shopping makanan..hahah.. g cari sushi cap tesco ngn Big apple... yummy... puas hati ok dapat makan. hikhik...

 Mata syepet tak cukup tido~ 


I love u!! Image Quality of SPECT based on Myocardial Perfusion study


Malam yang kedua penyebab aku tak tido lagi adalah kerana ada 2 report quality assurance yang aku tak submit lagi. Sampi ke pagi aku siapkan. Ngantuk yang amat. Tapi tahan diri gak. Kang habis la CGPA aku kalu tak hantar report... Lege lagi bila dah hantar report. pheww...hikhik.. kalau tak hantar, boleh grad tak? nnt cemane nak sambung masters..huhuk~

Jeng jeng jeng.masa yang dinantikan pulak.... esoknye  aku ada paper Special Topics in Medical Radiation. Blergh.. nak muntah hijau,kuning merah dah kali ni. Dah la nota hilang. kene fotostet lagi sekali. Esok nak exam, pkul 3 petang baru nak baca. Mmg keje gile betul aku nih.. ayark~ of coz la tak dapat cover semua kan. Jadi aku ni yang perangai sgt malas, cume study soalan CA. Mmg tawakkal je la aku.. dan alhamdulillah... dapat jawab ngn baik..hikhik (Allah permudahkan)

As a reward untuk diri yang tah pape ni..aku pun menikmati mini bun dan machiato (my feberet) kat nirwana. Aku g sensorang jek.. pewot lapa,tp tak tau nak makan mane.. jadi aku pun merayau..dan tetiba teringat Ichiban kopitiam. Lepas je makan minibun, aku pun start kereta terus menuju ke arah Pantai Bachok. Plan asal nak g Kbmall.. nak cari CD Maher Zain. Tapi memandangkan time tu jem yang agak melampau nak g Kbmall,aku tangguhkan hasrat nak beli CD. Aku pegi Pantai Bachok sorang2. Angin sepoi2 bahasa yang sgt best. Pemandangan yang cantik.. mmg sgt tenang. Aku suke pegi pantai time weekdays.. Kalu weekend,kompem ramai sgt org. Tak boleh aku nak menikmati keindahan sebenar...ehehehehhe....

Jadi,dgn mata panda tu..aku pun duduk tepi pantai dalam 45 min.. hilang stress sikit..hikhik

Pastu cam biasa, kamera henpon cap sony k810i akan jad mangsa kegedikan aku yang suke snap gambar..hehehehehe



 Guna self-timer ler..huhuk



Coba bolatkan mata panda!


Bila ko ni nak kurus hah cikery? makan tido je banyak~

Tuesday, April 20, 2010

Aiyark~ mak ayah aku ade facebook!


Tetiba aku online harini dpt request dari 2 name yg sgt familiar~


Mama ayah aku add kat facebook??? aiyark~ kantoi la... hahahha

ni tgh pk lagi ni.. nak approve ke tidak... hahahha... ===> teruk betul aku nih!

Aku baru balik dari Pantai Bachok.. reward untuk diri sendiri.. reward kenapa???

Nanti malam aku letak entry hokey.. nak rehat jap...

Saturday, April 17, 2010

Nak try magic Facebook?


Nak tgk magic facebook?

g log in facebook korang dulu la kan..

pastu follow this steps~

 On  Keyboard korang : up, up, down, down, left, right, left , right, b, a, enter, right clic, left click... 

cantek..hikhik

There's no math invovled; u solve the puzzle with reasoning and logic!



Dalam entry aku yang lama2 dulu, aku ada buat satu entry pasal sudoku. Dan mmg addicted beb main benda nih. Sampai sekarang sgt best ok. Menguji minda aku betul2..

Petang td aku pegi ichiban kopitiam dgn mr .engineer daku. Menikmati machiato ice dan mini bun yg sgt sedap. Dia pulak order hazelnut white coffee ngn mini bun. Kami suke minibun yg melt gila gila bila masuk mulut.. terbaik la mini bun itu. 

Nak jugak tanye recipe kat ichiban la nnt. heh~ Bila menikmati mini bun yg masyuk itu, kompem la tak bercakap sbb kami mmg sgt suka makan dan menikmati makanan yg sedap2 jek.. yang tak sedap,tkmo..heheh.

Kat meja tu pulak ade The Star. Perangai mr.engineer daku nih, bila bukak paper.. 1st page yg dia tgk adalah last page. Kompem tgk bab bola dulu.Takde nye dia nak tgk muka depan paper tu dulu.hehe...

Ada satu site kat ats page last The Star tu letak puzzle sudoku. Sudoku ni adalah puzzle yang sgt la best. tapi mmg kene sabar kalau nak terer main puzzle ni. Dan bila dapat selesaikan,satu kepuasan yang tiada tandingan.huhu~

Penat gak nak selesaikan sbb mmg agak susah rate dia. tapi masyuk bila dapat setelkan.






Ini adalah tulisan beliau. Sgt 'cantek' bukan.. hehe *ampun encik =p* 

Sangat tertarik dengan ayat yang aku gariskan itu "YOU SOLVE THE PUZZLE WITH REASONING AND LOGIC".

Sgt parallel dgn sikap kami yang suka nak reasoning and logic. Sume perkara nak reason.. Bila gaduh pulak,kalah perang dunia kedua..hehehehe *ampun lagi encik* =p

*sy sgt suka beliau sbb beliau ini bijak dan sgt challenge me*

Dan main sudoku ni best sgt kalau ada membe atau partner yang nak selesaikan sama2 tp challenge each other. Serius dapat buat mind kita fikir dgn sgt cepat dan tajam. Especially bila main sudoku kat HTC HD milik incik engineer. 

Masing2 nak lajukan cara berfikir untuk carik clue dan selesaikan puzzle. Mmg sgt tertarik menarik, kau mmg da boomm~ Of coz la aku taknak kalah gak kan.ngehehehe.. Addicted sungguh aku ngn game nih. hehe. Tu sbb aku nak beli blackberry.. boleh main sudoku dgn masyuk. Sony Erricson XPERIA mahal lagik. Tak mampu den nak membeli.

-hidung sgt gatal, tak larat nak tulis banyak2,ada harapan sekotak tissue habis lagi mlm ni..hukhuk..daaa~- 

haaaa... jgn lupe try selesaikan puzzle sudoku yng mmg sgt best.

Acknowledgement terbaek!



Perhatian : Acknowledgement ini adalah milik laboo sayung a.k.a coursemate aku yg sgt suke puji aku macam duyung. Erk, silap.. dugung! sengal ini laboo..

Jom kita baca acknowledgement tahap phD kat bawah neh~

"Firstly, I am grateful to Allah s.w.t, our Lord and Cherisher, for guiding me to develop and complete this undergraduate research programs. Indeed, without His help and will, nothing is accomplished.

Secondly, I want to express my greatest appreciation to the School of Health Sciences, USM and our Dean, Prof. Dr. Ahmad Zakaria for their effort in making this research possible. It has been truly a great learning experience for me as an undergraduate student.tq sb suggest utk buat method sndr yg sgt la amat susah utk analize n wat discussion sb tk d journal.bg sy phd trus k..

Thirdly, I wish to give special thanks to my Program Chairman, Miss Chen who is also my supervisor for her guidance, hard work, kindness and even expert advice that she gave to me when I was under her research programmed.walopun die mrajuk ngan sy lalu menyerahkan sy kpd prof mat.sory mis chen huhuhu

I also wish to acknowledge my co-supervisor, En. Ahmad Zaky Bin Harun and En. Irwan Iskandar bin Jusoh for their co-operation, suggestion and discussion throughout this study. Thank you also to En. Mohd Firdaus Bin Daud, radiographer at Pusat Pengajian Sains Pergigian ( PPSG ) and other staff that helping me during this research.

To my family, I wish to express my sincere appreciation for their patience, pray and support throughout my undergraduate study. Please masukkan duit ujung bln ni ek...tk d duit nk blk ni...To my cayang,thanks for your understanding support and encouragemnet. I just want to say, 'tlg la blaja msk....msk megi pun ayik kembang je huhu'

Last but not least, to all my beloved friends; MIRO muk toke jusmet, MARNI muk perasan dh halus, ACIK slim yg tk blh nk buat ap dh utk naikkan berat bdn, EPA gatai wajib kawen, KAK IDA hot mama eeuuwww, ERY muk ratu dugong kte huhu, ZAZA yg tk menjadi dietnye sjak 1st year..tatau nk kata ap huhu, YATI yg kuat mkn n ceti plg berjaya pnah ak jumpa, PIKA yg mengidamkan lmak, MAN yg 1,1 nye laki dlm klas kte yg couple ( ak single ok ), PHUA raja gosip, JOE kuat carut, CK yg dulu kurus, MAHANku..ehem, CIK SALWA kite, ADA yg makin nakal, AINI yg mmg nakal dalam diam, CIK YUS yg kecik molek..ehem, SUDI yg outspoken, JAYA n AKAK LAM yg kuat study, KD yg kuat study n bsukan ( marni, mira, ery, zaza..contohi kd ok ), UMI yg maintain pendiam ( tk puas ati tul tk dpt jadikan umi jahat huhu ), CT FATIMAH yg bakal jd org 1st kawen dlm klas kte..ak rasa la.., CIK AIN kte..yg slalu membekalkan koktel..sdap woo..nt ak nk resepi b4 blk, and CIK RUBI kte yg kian galak berusahawan, kak mun yg slalu d ganggu ak dgn soklan2 tesis and also people who are directly and indirectly involved in this undergraduate research programmed. Your cooperation was very much appreciated. "

letak gamba sekalik~


ok, abeh baca dah? sangat best bukan. 1 page pun tak muat. Pandai betul si laboo ni appreciate kami..hehe.. *sedih nak meninggalkan kelantan* 
banyak pengalaman2 baru dgn diorang kat sini.. Sayang kamu semua

Thursday, April 15, 2010

Janganlah buat thesis tebal-tebal wep~



Selepas hari lusa adalah hari yang perlu aku submit thesis aku.
Seram seriau aku. kenapa? sbb aku tak completekan lagik. Acknowledgement pun tak buat lagi. haih~ letak nama member2 blogger buleh dop? hehe. nak letak jugak my hero yg selalu tolong aku..ehem,hero yg tolong on kan lampu asrama USMKK mase blackout~hikhik... terharuk ok =p

ok ok.. aku dah tersasul tersasar dari tajuk entry ini ok. Aku tgk kawan2 aku ni buat thesis nak tebal tebal. Seram tahap dewa aku tgk. Aku nye ciput jek. Ni pun tak siap lagi. Report Quality Assurance pun belum siap lagi. Bz beno aku ni lately. Nak hapdet blog pun beberapa kali sehari. Ayat itu tipu yek. Beberapa hari sekali.hehe.

Beberapa minggu lagi nak abes kat USMKK ni. satu persatu kenangan dari first year smpai final year menerjah ruang mindaku yg sedang fikir tentang sudoku. haih~ aku dah mengarut lagi. 

Ape motif aku buat entry ni? aku cume nak bgtau yg thesis aku tak siap lagi. Kawan2 aku pulak buat nak tebal tebal. Seksa jiwa kaki aku.hukhuk. 

Camane pun, aku harap thesis aku ni applicable untuk Cardiac SPECT imaging procedure untuk Nuclear Medicine ( Imejan Perubatan Nuklear). 

P/s : As a conclusion, 360 degree acquisition with 60 number of azimuths and 20 seconds per projection is highly recommended for cardiac imaging procedure in nuclear medicine~
Jangan guna lagi 180 degree acquisition sbb ade distortion of cardiac image yg menyerupai defect. Nanti salah interprate image,cian org yg sakit tu. 


 Sakit mata aku tgk image cmni banyak banyak~

Ok, sekali lagi aku sgt merapu..

nak chiow dulu sambil menunggu nescafe dari someone *dia sedang bz di OT*~ 




Sunday, April 11, 2010

Takde keje lain,makan jek korang ni..haih



Kelmarin, kami makan chim chum. mungkin kali terakhir makan chimchum di KB sebelum masing masing pulang ke tempat asal *erk,tempat asal aku man eh?* Tempat asal negeri terchenta ku adalah Selangor ok~ Selangor. Tetiba nak nyanyi lagu ni - 'merah kuning lambang kejayaan....bla bla bla' aku dah tak ingat. hehe. kalau korang ingat,sila sambung untuk cikery yek. huhuk

ok. Nak sambung pasal makan pulak. Kami yang pergi of coz yang kuat makan. Yang perut mmg simpan khas utuk makan chimcum. nyumnyum. 

Terbaekk ah~ penuh meja dgn makanan yang sgt bnyaknye.

Tetiba terasa nak makan chimchum lagik. haih. Nafsu makan aku ni susah betul untuk ckp "setttoooppp,jgn mkn byk byk". Malam tadi pun dah makan sushi. Tapi sushi cap tesco jek le. Kepada yang membelanja sy tu,tenkiu muchos yek dear~hikhik *gedik*

Kitorang suke snap gambar. Jadi,tak sah kalau takde gambar kami yang gilakan camera. ngeheheheh
-kami suka makan-


-mereka sangat suka makan- lihatlah pipi mereka =p


:: L :: O :: V :: E ---> sayang korang sangat2...




Rase sebak tetiba bila mengingatkan kami akan berpisah kurang dari sebulan.. 4 tahun bersama banyak yang kami share. Thanx kawan2 ku...love u all muchos

Friday, April 9, 2010

Ini sgt sengal! tolong banned ini FB!


Terbaca artikel pasal ni dari blog encik Kaizen yang macho~

Sesiapa yg buleh banned page ni eh? mmg sgt la sengal sape yg buat kerja cmni...
Sesuka hati dia nak bermain dgn sensitiviti agama. 
Apalah manusia...
manusia..manusia







Sgt marah okey!!

Pakai tudung ni perlu ke? ke on off jek?

PERHATIAN : entry ini sangat la panjang. Sila bertabah! =p

Isu ni bukan aku nak timbulkan kontroljersi okep~ hampun kawan kawanku sekalian yg ku sayangi..

Tapi tudung ni kalau kita lihat sekarang banyak fashion  yg cun-cun dan malatoppp gitu..
Dan ianya merupakan kewajipan bg yg bergelar muslimah (wanita muslim) untuk menutup part2 yang patut ditutup. ye ke dak? ye la kan...ngeheheh.. Macam2 jenis tudung,shawls ade sekarang. Kalau yang suke bergaya dan pesen macam2,dah takde masalah dah. Yang penting! apa yang patut di tutup..kene tutup la kan. Jangan bg terdedah sana sini.hukhuk *aku ni pun kene banyak betulkan diri sendirik* banyak betul kelemahan diri ku yang bernama Nafizatul Khairiah...sob sob..

Cuma yang on off tu..baik lah on jek sokmo sokmo. Takyah la off off dah. Cantik pun pakai tudung ni. Nampak shuwweeett sgt kan.. Betul tak? Sila angguk yek. Angguk cepat. hehe =p

Nak share satu artikel yg aku dapat dari umarumaira.blogspot.com.
Kat blog ni aku suke beli anak tudung yg best dan comel bila di pakai ngn shawl. Perhatian sekali lagi,bukan aku yg comel bila pakai,tp anak tudung ni yg comel okeh! Tapi kalau aku comel skalik,ape salahnya kan...ngeheheheh =p

jom baca jom~


"One of the most difficult decisions many Muslim sisters face is the decision to start wearing hijab. This is certainly true for reverts, but may also be true for sisters whose families or even whose cultures are not particularly observant. As a revert myself, I have been through the whole thing. I would like to offer some advice that I hope inshallah will be helpful to sisters who are considering wearing hijab but find that something is holding them back.

The first step is to learn about hijab. There is so much information out there. Many Muslim sisters who will assist you in this regard.

Deciding to wear Hijab
This is where the difficulties usually come in. For many sisters, it truly is a jihad. I remember very vividly how scared I was the first day I put on the headscarf and went out into public. As long as you are just wearing the modest clothes, nobody has to know that you are a Muslim. Once you complete your hijab with the headscarf, you are suddenly announcing to everyone who sees you that "I am a Muslim". Here is some advice based on my own experiences.

Wear it for the sake of Allah SWT
Various statements are made about why you should wear hijab, such as for modesty or for protection, but the real reason that we wear hijab is that Allah SWT has commanded it. Whenever anyone asks you, why do you dress like that, that's the only answer you need to give them.

Allah SWT is the source of everything we have, our existence, our life, our capability, even our goodness. If He ever stopped sustaining us, we would vanish in that instant. If He ever took away what he gives us, we would never have even a speck of it. If we worked for millions of years, we could never repay Him for all that He has given us. And yet He does give it to us, and all He asks in return is that we do our best to obey what He has commanded us. Surely wearing hijab is a very small thing that you can do for Him compared to what He does for you!

Wear it for the hope of Jannah/Shurga
Allah SWT makes tests for us in this world. He makes things difficult for us. He wants to see if we will remember Him, if we will have faith in Him, and if we will trust in Him. These qualities are what is meant by "sabr"/sabar.
Allah SWT does not lose the work of anyone, ever (see Surah Ali Imran ayah 195). Even if it seems like nobody is paying attention to you or notices or appreciates good things that you do, Allah SWT has seen them, and He will not forget them. Even when it seems like the whole world is against you, Allah SWT is always there for you when you turn to Him. Remember this.

Allah SWT always wants the best for us and in His wisdom He knows why each thing that happens to us is in fact best for us. When it seems like everything is going wrong and life is just one disaster after another, it is easy to forget this and to become bitter and skeptical. Yet we must remember always to have faith that Allah SWT knows best why He has willed this for us, and we must always ask Him only "Make me pleased with what You have willed for me".
This world we live in, although it seems at times to be the only real thing, is actually fleeting compared to the Hereafter, which is better and more abiding. The trials of this world will seem as fleeting as a nightmare when seen from the Hereafter, and the pleasures of this world will also seem as fleeting as a dream when seen from the Hereafter. It's our happiness in the Hereafter that we should be most worried about attaining, because it is what will last forever; and it's our suffering in the Hereafter that we should be most worried about avoiding, because it also will last forever.

Allah SWT has promised Jannah to those who remain steadfast in their faith in Him and who trust in Him. The more difficult it is for you to have sabar, the greater the reward for it. So what will it be? Ease in this world, and perhaps the eternal sufferings in Hell? Or difficulty in this world, and Inshallah the eternal bliss of Jannah? Let's face it, the old cliches are true: there's no such thing as a free lunch and you can almost never have your cake and eat it too. We've all got to face difficulties some time. Better by far that they be in the world than in the Hereafter.
So that's what you should set your mind to. Yes, it's difficult to wear hijab. You may be rejected by your family or your friends, you may face harassment and persecution or be fired from your job. These are very scary thoughts. But if you have sabar and keep trusting in Allah SWT, I swear to you sister, this is the path to Jannah, and when you look back on the Day of Qiyamah/kiamat you will know that it was worth it and have no regrets.

Wear it today and trust in Allah SWT for tomorrow
What do I mean by that? What I mean is that you should take it one day at a time, or even one outing at a time. Sometimes the future seems to stretch on forever and ever and you don't think you can make it that long. You want to give up before you even begin.

So sometimes the best thing to do is to keep you mind focused on what is immediately at hand. Allah SWT will take care of the future. If you have to go out to the market, then concentrate on being able to wear hijab just for this activity and on getting through it. If you do get through it and nothing bad happened, then give thanks to Allah SWT for making it easy for you, and turn your mind to your next outing.

Or if you have to go out to school or work, then concentrate on being able to wear hijab just for this one day and on getting through it. And give thanks to Allah SWT when you have made it, and turn your mind to the next day.
Eventually the outings will turn into days and the days into weeks, and the weeks into months. One day you will realize that you have been wearing hijab for quite a long time and it isn't really as bad as you feared, and Allah SWT helped you get through it. Don't be ashamed. Sometimes it is like this. The most important thing is to have sabar and keep your trust in Allah SWT always.

Wear it and spite the shaytan
My dear sister, the worries and fears in your mind are the whisperings of the shaytan. He wants to talk you out of obeying Allah SWT.

It is very easy to keep going around in circles in your mind and to dwell on all the things that could go wrong. I know that I myself have a tendency to do this, I put it off and I dither and I wait for "the perfect time". If I let myself, I would never do anything at all!

So the thing you have to remember is that you do not need to be perfect in iman to wear hijab. If perfection were a qualification, where is the sister who could wear it??

You must also not fall into the trap of thinking that you should wait until all your worries and fears have disappeared. They never will! Trust me on this, sister.

True courage is going ahead to do what's right even though you are still nervous and scared. So don't listen to the shaytan. Ignore the worries and fears he whispers into your mind. Tell him that you will not let him keep you from obeying Allah SWT and you will not let him rule your life.


Make the decision to wear it
Once you have come to know in your heart that you must wear hijab, then you have to set a day and
JUST DO IT !!

This is the only way. Set a day and when that day comes, you have to do it. Don't back down. Don't give up. Do it.
Offer salat al-istikhara. Make du'a. Make lots of du'a. Do not stop making du'a. Ask Allah SWT to give you strength. Ask Him to make it easy for you. Ask Him to help you. He will, I swear it to you. He is always there for you when you turn to Him. Remember how much He has given you, how everything that you have, even your very existence, is due to Him. Remember that He deserves this from you. Remember the promise of Jannah. Remember that remaining patient and faithful through difficulty now may lead to Jannah, inshallah. Even if bad things happen, keep these thoughts in your mind. Don't worry about tomorrow. Just concentrate on getting through today, and leave tomorrow to Allah SWT until it gets here.
That's how you do it.

Final Words of Encouragement
I have been wearing hijab since September 1999. I do not regret it. I have never for one instant regretted it. I do not regret it even one iota. Inshallah, you will discover that you feel the same. Even within a few months I came to feel that I would not be properly dressed if I went out not wearing hijab. This is when you know that you have made it!
Never feel that you are alone, or that you are the only one who is scared and worried and nervous. Just about every other sister who has travelled down this road has gone through the same things. I know I have. Your sisters are here for you. We have been where you are. We are encouraging you and cheering you on. We know what it takes because we had to find that in ourselves too. We are praying for your success just as we prayed for our own.
Come and join us."



Wednesday, April 7, 2010

Risau versus Lega



Risau hokey~ kenapa? sebab draft aku tak siap siap lagi.. aigoo...
Padan dgn muke cikery yg naturalnya suke buat kerja last minute..hikhik..


Takpe takpe.. sikit lagik insyaAllah siap. *padahal result ngn literiture review tak siap lagik* adeh la... Khamis petang dah kena mengadap Supervisor. Seram seram..hehehe.. Nak ngadap Prof Mad lagi la gigil beb

Sekarang ni dah kene nak ada jadual ok (baru nak ada jadual?? dasat betul cikery nih)

18/04/2010 - kene hantar full draft. Maksudnya waktu tu nak evaluate dah ape yg aku buat untuk final project ni. Segala perkara yg kicik2 macam font,bold semua2 kene particular. Aku pulak sgt lah lemah bab ini. tapi kene buat gak. Camne nak amek phD kang. Adeh~help help.. dah lemas aku tgk image jantung tersumbat nih. Nampak hitam-biru je pulak tu. Nak juling dah mate ni.

20/04/10 - Ada exam dalam tarikh ni. Paper Special Topic in Medical Radiation : paper pasal technology in Medical using radiation yang semakin membangun dengan pesatnya.  Ni pun CA aritu macam tah pape. Ni lagi final exam..seram seram..

25/6 dan 26/6/10 - VIVA untuk project aku. Time ni kompem aku masuk toilet seploh kali pun tak boleh hilangkan nerbes aku nak berbelit lidah dpn Prof Mad.

06/05/10 - paper Prof Mad kesayangan. Korang perasan kan,asyik asyik prof Mad yang aku sebut kan..hehe.. tapi aku mmg admire Beliau. Dari segi cara berfikir, *dari segi backup diri* hikhik =p Prof Mad ajar Dose Calculation and Treatment Planning. Cumel bukan tajuk itu? Beliau hanya mengajar beberapa minggu dalam beberapa helai kertas menggunakan projector. Dan kami kene jawab exam beliau selama 3 jam. Apekah yang aku nak jawab nanti.. 

 Aku nak wat camni je la...senang sket time VIVA nnt..hikhik

And Lastly...

Tarikh pulang ke rumah untuk bercuti dan perlu untuk say 'goodbye' pada USMKK?? uwaaa...sebak pulak la rasenye..hukhuk

p/s : Ramai di antara kita dalam dunia ni yang tak sedar precious thing,person dan seumpamanya ketika di depan mata. Hargailah insan tersayang~

Saturday, April 3, 2010

Ini senang jep


Dalam gambar ni, agak2 ade berapa muka yg korang boleh nampak?

ehem,nmpk dgn mata kasar yek.. bukan dgn mata halus.hikhik..
Sape yg rabun,pegi amek spek cepat...