Nuffnang

Sunday, November 20, 2011

Hari ahad, tapi tak dapat nak berjimba sangat.

Oh, dari hari isnin saya sentiasa menghitung hari menunggu weekend. Perasaan mahu bertemu weekend adalah sangat menggumbirakan. Tapi setiap selang seli weekend tu, pasti saya tak gumbira.

Jangalah nak tanya kenapa. Eden ni perahsia orangnya. *senyum tawar*

Okeylah, tutup cerita tak best.

Hari ahad yang hening, sepatutnya  menghabiskan masa bergolek-golek di atas katil yang empuk lagi menseronokkan, tapi disebabkan aku perlu kerja, jadi tak apelah. I rela tau. ouch!

Ade company Linear Accelerator nak buat PMI. 3 bulan sekali. Jadi schedulenye jatuh pada minggu ini. Semalam hari sabtu, kak munh a.k.a senior physicist a.k.a sifu a.k.a senior semasa aku undergraduate telah meng-cover. Jadi, aku perlu meng-cover hari ahad.

Hari ini jugak (ahad = 20/11/2011), kawan yang duduk sebelah aku semasa di sekolah menengah mengadakan walimah. Hadiah semua dah siap, tapi  tak sempat ke walimah beliau. sedih. serius.
Nak sangat jumpa ramai kawan-kawan yang sangat lama dah tak jumpa, share stories. Tapi tak pe lah. Next wedding pulak lah kan.



Aqila and her husband. Diorang bestfriend sangat lama dah. Aku rasa dari form 2 kot. Barakallahulakuma. Selamat bercinta hingga ke syurga qeela. =)

Agak kempunan lah jugak, sebab qeela invite aku few months before dia jemput org lain. Aku pulak tak sempat. wuwuwuwu. sedih. sedih. Tak lama lagi dia nak balik sabah dah rasenye. Sebab dia kerja as a dietitian kat hospital sana. Hospital mana aku pun tak sure. Apepun, aku doakan my friend ni bahagia dunia akhirat. Selamat mencari redha Allah dengan melayari bahtera rumah tangga yang bahagia insyaAllah. =)



Nape weekend cuma dua hari je eh? nape tak 3 hari. Puas sikit bercuti. hehe =p

Wednesday, November 16, 2011

Saya punya anak.



Weehuuuuuuuuu.

Tuesday, November 15, 2011

Lame sangat dah tak update sampai tak tau nak update ape.



Tajuk panjang menjela-jela adalah comel bukan? *pangggg*

Harini aku masuk blog ni siap bawak mop dengan berus lantai dengan clorox sekali nak basuh bagi bersih sebab lame sangat terbiar. Okey, tetibe teringat yang aku tertumpahkan clorox dalam bilik mandi. Dahtu, entah ape aku fikir, terus je nak bersihkan bilik mandi itu. Last-last terbatuk-batuk sebab tekak dan sistem pernafasan sangat rasa tak selesa disebabkan terhidu clorox yang banyak. 

Beberapa jam jugaklah aku bau clorox manjang. -_-"

Dekat 2 minggu dah rasenye memang tak blog walking, update ape tah lagi. Kononlah bizinye yek. Fine, memang bizi. Oleh kerana adik aku dah bawak kereta pergi kelas, aku pulak lak terpaksa kejar bas nak pergi kerja. I kan kakak mithali. mestilah mengalah. kehkeh. =p

eh jap, korang pehabaq? lama bebenau tak bermesra alam bertanya khabar kan. Saya di sini sihat-sihat sahaja. malah makin sihat seperti belon yang semakin membulat.

Oleh itu saya berada dalam kondisi yang merisaukan. Maka, mulalah nak carik tips diet lah, supplemen nak kurangkan nafsu makan lah, corset lah, bengkung lah. Padan muka lah diri sendiri. Sape suruh makan tak hengat kan.

Oh ye, nampaknya nafsu shopping pun kembali berjangkit semula. camne ni camne ni? Alah, setakat window shopping ok lagi lah kan. At least tak keluarkan duit dari maybank2u. lulz

okey lah ye. saya memng betul-betul kering idea. Dalam kepala otak saya sekarang adalah treatment planning 3D, brachytherapy plan untuk esok, dan banyak lagi benda yang saya perlu hadam. 

Semoga Allah berkati apa yang aku, saya, kamu dan kamu kerjakan.

Sebelum pergi kerja dan lepas habis kerja, jangan lupa amalkan doa ini. Moga apa yang kita lakukan menjadi satu ibadah. =)




Wednesday, November 2, 2011

Hari pertama bekerja.

Aku sangat penat. sangat sangat penat.

Baru 2 hari pegang title medical physicist untuk MAKNA yang bertapak di PPUKUM.
Pergh! Memang rase nak tepu otak aku nak cube absorb semua benda dgn cepat.

4 cases brachytherapy (cancer cervix) aku dah cuba buat planning. uwaaa.. aku rase aku nak kembali pada masa yang aku sangat banyak masa.

= (

TIRED

Tanak tulis pepanjang ah. bai