Nuffnang

Monday, January 30, 2012

Yehhhaaa, dapat angpau dari patient =p

Hari ni masuk kerja macam biasa, pagi-pagi lagi beberapa orang patient dah terpacak depan radioterapi. lagi awal depa datang dari kitorang datang. haha.

Ade sorang uncle yang tengah treat turun same lift dengan aku. Biasanya hanya tegur "Good morning"

Harini good morning berserta angpauuu.. hihi. tenkiuk uncle.

Tikus yang dah banyak cap jari aku.

Dan hari ni happy lebih sikit bila tengok sorang patient ni. Sangat muda, tak silap aku dalam lingkungan 11 tahun. Mase mula-mula treatmet, setiap hari mak dia dengan muka sugul akan tolak anak dia yang duduk atas kerusi untuk dapatkan rawatan radioterapi. Hari ini, aku nampak budak lelaki it dah boleh berjalan semula. Senyuman emaknya pun bukanlah senyuman yang menanggung kesedihan. Tak sangka budak 11 tahun tu recognize aku jugak. Sebab aku tak directly jumpa dia or patient-patient lain jugak. At least nampak senyuman yang ceria dari budak kecik tu, rasa bersyukur sangat. =) *tetiba sebak* kihkih

Entahlah, tapi aku rasa happy. Sebab masa aku buat planning treatment tu, rasa sedih dan kesian sangat-sangat. Bila nampak dalam keadaan baik hari ini, perasaan tu jadi speechless. *sejak bila perasaan bersuara ye dak?* =p

Selsema sangat teruk dar semalam. Berdenyut-denyut rasa kepala. Mudah-mudahan sakit ini penghapus dosa. ameen =)


rindu. dia. sangat.




Tuesday, January 24, 2012

Barakallah =)

Hello oh-sem guys.

Last sunday pergi wedding kawan SAMBEST. Both. Ye both pengantin lelaki dan pengantin perempuan adalah dari batch yang sama dan sekolah yang sama.

Fahimah dan Aslam, congratulations.
Selamat bercinta hingga ke syurga. =)

Sorang kelas sains tulen, sorang kelas sains kejuruteraan.

Lepas habis SPM, sorang kat Adelaide, sorang kat Malaysia.

Cantik dah Allah atur semua kan =)

Aslam dan Fahimah.

Time ni lah nak jumpe semua kawan-kawan lama. especially aten my bestfriend yg sangat baik dari form 4 dulu. =)

Fatin yang ohsemmm dengan manusia bermuka bulat. hihi.

Terawal sampai kot. Dalam pukul 12 camtu dah sampai, tapi fahimah tak siap make-up lagi. Sepatutnya ade lagi satu wedding kawan sekolah menengah jugak, tapi dah tak larat dah plus jauh nunnn kat Kapar. Balik terus je lepas tu. huhu.

Yang part paling best is, fatin belikan pashmina kaler merah dari Turkey. OMG, mmg sgt cantek teramat sangat. High quality and sgt best lah senang kata. thanx dear. hihi. Gambar pashmina malas nak snap dan menggigi-biru (baca: bluetooth).


Sebenarnya sedang menunggu cinta hati keluar dari plant ni, diameter mata pulak makin lama makin mengecil. Lamenye lah nak habis turnaround nih. T_T

Nak sambung survey kereta.


Kbai.

Friday, January 20, 2012

Assalamualaikum ustazahhh

Plan harini nak balik rumah mak since ade cuti sampai 4 hari tuh. Boleh berehat banyak sikit. Tapi kalau dah kat rumah mak, memang tak berapa nak berehat lah jawabnye. Definisi berehat aku adalah tido ye kawan-kawan. hehe.

Kepenatan yang amat sangat, dan terfikir bahawa LRT dan KLIA transit ke putrajaya akan sgt sesak, aku cancel jek plan nak balik. Badan tak larat dan sangat letih nak bersesak-sesak. 


Sempat lagi merembat lipstik baru cap mebelin, (baca : Maybelline) kat guardian.  *Maybe you born with it, Maybe its maybelline*. Kaler memang nude tap not really nude. Mmg sgt natural and i love it. Will be my favorita lah kompem! hihi. Tapi pakai kat rumah je lah op kos. Cannot go out with it. huhu


Sebelum sampai apartment, singgah makan roti canai dulu, Dari minggu lepas craving gila makan roti canai *eh, ade ke yg aku tak craving?* =p

Bile perut dah penuh, mari eksesais dengan berjalan kaki dari bistro ke rumah. Di kala gerimis mengundang, aku redah je. Alah, bukan hujan pun, takyah nak manja sangat ye dak. 

Sebelah apartment aku duduk sekarang ni ade sekolah menengah, sekolah rendah dan sekolah agama. Bas sekolah kaler kuning tu pun banyak keluar masuk. Seronok tengok telatah budak-budak kecik ni. Really reminds me mase aku sekolah rendah dulu. Dulu larat nak berlari banyak, sekarang nak jogging pon semput. haha. Eh, itu bukan tanda gemuk, itu tanda umur dah banyak. erk!

Tengah syok-syok berjalan berhati senang akibat perut kenyang, sebuah bas sekolah kaler kuning lalu tepi jalan bawak budak sekolah rendah yang aku rasa darjah 1-darjah3. Baru balik dari sekolah agama. Tetibe budak-budak tu jerit ramai-ramai  "Assalamualaikum Ustazah". Siap lambai-lambai lagi. haha. Aku pun jawab lah salam sambil lamba-lambai. Kemain suka diorang aku lambai. EH, tetibe aku rasa aku macam artis ade peminat. hakhak =p

Well, at least aku rasa sangat happy bila orang panggil aku ustazah. Why? sebab aku nak jadi the real ustazah for my children insyaAllah. Satu masa dulu, aku pun pernah jadik ustazah yang mengajar tauhid, feqah, tajwid,  akhlak. Pernah jugak bergelar cikgu fizik mase aku buat postgraduate dulu. Kesian jugak bila diorang blur dengan ape yang aku explain. Sampai kering tekak jugaklah aku nak explain. Mase level diorang dulu pun aku rasa macam susah gila. Tapi nak mudah mana nak mudah kan. Kenelah susah and blur dulu.

Bila teringat kenangan tu, rasa best sangat-sangat. Betapa banyaknya Allah bagi aku nikmat. Teramat sangat banyak. Jadi bila sekarang turn aku diuji, dan untuk aku mengeluh? Betapa tak bersyukurnya aku. Mula-mula dulu memang terasa sangat berat. Tapi kalaulah dengan ujian yang berat itu buat aku tak lupa Dia dan jadi semakin dekat dengan Dia, aku sangat mahu itu berbanding dengan nikmat yang banyak tapi jadi semakin jauh dari Dia.

Haih, merapu lagilah aku ni. hehe =p

Ok lah, nak sambung makan bubur. 

EHHHH????

*patutlah gumuk* kehkeh 


Sebelum choiw, nak share screenshot dari shoutbox aku. hehe

=)
Ameen, mudah-mudahan insyaAllah. 




Thursday, January 19, 2012

Memakan aiskrim itu sangat best.

Hari yang agak penat. Tiap tiap hari penat. Takde hari yang tak penat. *eh, ape aku merepek*

Pagi tadi pergi Agensi Nuklear Malaysia yang kat Bangi nunnnnnn nak ambek barang-barang yang dah siap di calibrate. Best-best sebab dapat jalan-jalan. Takde lah dok terperap dalam bilik fizik tu je seharian. hahaha

Balik ofis, sambung pening dengan planning sorang patient ni. Boleh reduce maximum dose tapi spinal cord dose pulak makin tinggi. 5 fields planning. Seharian aku mengadap planning dia sahaja. Tepat pukul 5, planning aku siap. Tapi battery badan dah memang weak gila sebab kene guna otak lebih sikit.

Nasib baik tak payah bawak keje balik rumah. EH, aku rase aku memang ade kerja rumah iaitu mari study dan bukak balik buku yang tebai2 tu. Sebab nak start calibrate electron pulak *sigh*

Well, ape yang aku buat bila aku stress? Tido? yezzaa.. Itu adalah perkara wajibul ghunnah ye. kehkeh. Tapi selain daripada itu, dengan memakan eskrem coklat yang mahal juga boleh kurangkan stress aku. Eh, kenapa mesti yang mahai? demand sungguh.

Nak wat guane, lidah aku ni pelik sikit. Demand semacam bab makanan.  Tapi tak lah mahai bebeno kotttt. 

Setakat tutti frutti atau gelato fruity, affordable lagi ye dak? Budak sekolah pong selalu beli. 

Yummy yummy~ Best nye kalau dapat eskrem time aku tgh tulis entry ni. Malangnye aku malas gile nak keluar walaupun tutti frutti punye kedai tu hanyalah cross jalan dari rumah aku sekarang ni. 

Sila eja.

Tapi antara tutti frutti dengan gelato fruity, aku sangaatttt suke gelato fruity more lah. hehe. Sebab sangatttttt sedap. yummy. Lagi sedap bila cinta hati yang belanja la kannnn =p



Serius aku rasa kalau dapat eskrem coklat time stress, memang rasa sangat release and relax lepas tu. Segala beban kerja atau yang kene fikir tu boleh letak tepi sekejap. Really enjoy my moment sbila dengan eskrem coklat. Kenapa asyik sebut ekrem coklat je? vanilla?? Vanilla tu feberet my cinta hati. Tapi i memang sangat-sangat suka dengan flavour cokoloat. obses kot. erk! obses? @_@




Wednesday, January 11, 2012

Hakikat.





          " Ya Allah, aku tidak nampak lagi hikmahMu yang menetapkan demikian,
             Ilmuku yang terbatas tidak mampu menjangkau ilmuMu yang Maha luas,
             Tetapi aku tetap yakin, Engkau Maha  benar Ya Rabb, syariatMu tetap benar" 

Lihat dunia dari jendela akhirat. Kheir, insyaAllah.


=)


Saturday, January 7, 2012

Perlukan contact lens baru. yosh yosh.

Minggu lepas pakai contact lens, lepas cabut, mata rasa semacam. Merah-merah tanda iritasi sedang berlaku. Terus ambek ubat mata nak bagi mata ok. 

Seminggu lepas tu which is semalam try pakai semula. Sebab rasanya gap seminggu tu dah lama dah 'puasa' dari pakai lens. Aku adalah peminat lens tegar. Tak best sungguh rasa pakai spek. Kalau boleh memang taknak rabun. Tapi aku pulak bukan penggemar lobak. Memang tak makan langsung lah senang ceghita. Jadi memang agak susah lah nak poser mata turun kannnnn. *padan muka*

Pakai lens biasanya bila dengan dearie je atau bile rajin dan ada lebih masa sikit nak duduk depan meja solek. Err, jap, pernah ke aku sekejap kalau duduk depan meja solek? =p

Fine, tak lah ambik masa yang lebih macam dulu. Dulu aku rasa aku sangat simple and kejap je bila  bersiap. Sekarang ni tak tahu lah napa ambik masa lebih dari dulu. Kalau dapat bertukar jadik cantik macam siti nurhaliza takpe gak. kehkeh

Eh, tetibe teringat yang aku ade beli eyliner baru haritu. Nak show off lah. haha.

* Terasa comel la pulak wallpaper bilik aku jadik background.kihkih*
Ehem, bunyik nak showoff nye macam beli eyeliner MAC original atau Bobbi Brown atau Lancome Paris. Rupe-rupenye simplysiti jek. hikhik. takpelah. yang penting i loikeeee sebab dearie yang belanje lepas 10% off =p

Eyeliner is something yang generally aku takleh tinggal since aku kenal dia dari aku zaman kat Pusat Asasi Sains UM lagik. Lepas tu barulah berani nak tepek eyeshadow, blusher etc. Tapi bila nak going out sekarang memang takde lah nak letak semua tu kat muka. Ada orang jeles. Tapi i mmg suka dia jeles. ^_^

Ape yang best pasal eyeliner ni, dia adalah BUKAN waterproof. Ade sesetengah eyeliner pencil pun sgt susah nak basuh. Tapi yang ni senang nak basuh. Senang nak apply jugak dan dan dannnn tak jenis yang pusing-pusing jek tu. Takyah guna peraut nak sharpen eyeliner pencil ni. Tahu tak peraut tu ape? Haih, sharpener lah =p

Sebelum ni guna jenis elianto punya. Best jugak. Just nak cuba carik brand lain pulak. hihik.


Aku rase masa nak taip entry ni tadi aku nak tulis pasal mata aku yang tgh tak best sekarang ni, tetibe melalut kelaut cerita pasal eyeliner pulok. hihi. jangan marah aaaa...

Esok, aku keje. Ye, hari ahad kerja. Mari nangis T_T

Hati rasa nak pergi shopping. Arghhhhh. Bertahan. Bertahan!