Lama rasanya dah tak menulis.. dan cikery sendiri pun berada dalam keadaan yang tidak berapa nak menulis. Layan perasaan je perkara yg sgt best nak buat sekarang…hehehe
Terjumpa ayat ni…terasa macam menarik
Tiada manusia sempurna sepenuhnya, begitu juga kita. Sama-sama manusia, sama-sama ada kelebihan dan kekurangan. Mengapa tidak boleh kenangkan jasa-jasa yang pernah sama-sama lalui. Jangan kenangkan yang buruk sahaja sebab kita pun bukanlah baik sepenuhnya.
Letakkanlah perasaan mahu bahagia dan hidup ceria bersama setiap ahli keluarga pada awal pagi, maka anda akan berasa bahagia sepanjang hari. Jika anda meletakkan perasaan mual, benci dan menyampah atau sengaja tidak mahu merasa bahagia, maka anda tidak akan berasa bahagia malah akan rasa terseksa sepanjang hari
Dunia ini hanya 3 hari : Hari yang telah berlalu; maka tidak ada lagi kesempatan ditanganmu hari tersebut, hari esok yang tidak dapat mengetahuinya, entahkan dapat menemuinya atau tidak; dan hari pada saat kamu berada di dalamnya, oleh itu, pergunakanlah dengan sebaiknya.
Pada cikery, ayat2 kat atas ni semuanya betul..sgt betul..
Hidup ini tak sesimple mana. Sesiapa pun tahu yg our life is very sgt mencabar kan.
Dan ada hari yg kita dilanda kesedihan yg sedikit atau pun tak lah sikit mana.. maksudnye sedih sgt la tu kan..
Ada masa juga yg kita alhamdulillah rasa happy, tenang...
Tapi sgt sedikit dalam waktu kita bersedih atau dgn kata lainnya 'down',untuk org dtg dan beri nasihat atau sokongan...
Tapi terlalu ramai dalam waktu kita tenang dan bahagia, mencemuh dan mengeji.
Selalu jugak tertanya-tanya.. adakah semua org mengalami perkara yg sama? mungkin jugak.. kalau tak, takde lah ayat "kawan masa senang mudah dicari..masa susah,,sgt sukar dicari"
Aku tertanya jugak, kenapa org sibuk untuk tahu hal org lain... care??? adakah betul2 care untuk mengambil berat, atau sekadar nak dijadikan topik gossip dan buat ketupat.
Moga aku dijauhkan dari sifat2 yg suka buat ketupat ni.. kalau ketupat time raya, sedap sgt.. tp kalau ketupat lain ni,mmg sgt la tak best kan.. menambahkan dosa yg sedia banyak.
Banyak kali jugak bermain kat fikiran aku : kenapa org nak ambil tahu? betul2 ambil berat,nak bantu.. atau sekadar nak jadikan ianya tiket menjatuhkan org lain? hukhuk.
Well, this is life kan.. Tak semuanya manis belaka, ada banyak masa jugak yg kita kena hadapai dan telan segala yg pahit.
Pengorbanan? yerp..berkorban bukan something yg mudah... ianya memerlukan kekuatan hati dan segala kekuatan yg ada untuk buat perkara apa yg perlu kita korbankan. Korbankan diri untuk kebahagaiaan org lain. Tak ramai yg sanggup buat sebenarnya tp mmg ada dan jumlahnya pun aku rasa tak sikit mana.. Yakin ketentuan Allah dan redha is the best thing to do bila ada sesuatu yg kita inginkan dan kecapi tak dapat capai. Bersangka baiklah dgn Allah.. " If you need to choose to be good or bad, choose to be good and if u have no choice, then be good"
Harini aku nak bagi petua. Tak malu betul nak bg petua-petua ni…hahahha… tak kire, nak share jugak. InsyaAllah sape amalkan dapat manfaat. Hahah. Koya~
Sape yg taknak cantik kan. Aku sendiri pun nak cantik walaupun hakikatnya montot kuali lagi cantik dari muke aku ni.huhuk. Apepun, aku syukur aku dilahirkan di bumi Allah dgn cukup sifat fizikal. Mental? Wallahua’lam..hehe.. kalau nnt2 sifat mental jadi tak cukup, ke hospital tanjung rambutan la aku. Setakat ni Alhamdulillah, mampu berfikir dgn waras, dengan pertimbangan juga insyaAllah =)
Ok, nak cantik? Korang kene ikut semua list bawah ni. Well, tiada paksaan..tapi sekali korang baca, terus wajib korang buat..hehehhe.. gurau je.. dah cuak la tu kan =p
1)Biasakan diri dengan sentiasa berwudhuk. Bila wudhuk sempurna, insyaAllah hati akan tenang..dan terpancarlah kecantikan dan keayuan serta keanggunan dan tidak lupa juga kehenseman korang..heheheh
2)Setiap kali melihat cermin, biasakan diri membaca doa. Terlupa baca doa dalam bahasa arab,baca dalam bahasa melayu, kalau tak boleh bhasa melayu..guna lah bhasea ibunda ku iaitu bahasa jawa…heheheh.. Kalau terlupa juga, baca bismillah..
Doa tgk cermin yg aku bias abaca ada 2
First :
“Allahumma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi”
Maksudnya : Ya Allah, percantikkanlah akhlakku sepertimana kau perelokkan penciptaanku.
Second :
“Alhamdulillahillazi sawwa khalqi fa ‘adalahu wa karrama surota wajhi fahassanaha waja’alani minal muslimin”
Doa adalah paling penting. Super duper penting ok~. Kene amalkan tau (^_^)v. InsyaAllah wajah berseri,cantik, sihat..
3)Jangan malas jaga penampilan, jgn kedekut nak beli krim muka ke.. Bedak baby pun cukup baik. (aku guna bedak baby je..so,boleh perasan baby..hihihi)
Dengan kata lain, make up sikit muka. Kenapa? Jangan bagi pucat sangat. Kalau pucat, tak best kan. Tak best nak tgk muka sendiri..apetah lagi org nak tgk muka kita. Tapi,takyah lah sampai bibir merah menyala macam Pontianak ke…Guna je gliploss yg ade kaler sikit..Lipice la senang. Aku guna lipice je dari dulu. Mmg takleh langsung tenyeh lipstick, sbb allergic kat bibir. Nape tah,aku pun tak tau..huhuk.
1st step terskip daa..huhuk..
Nak jaga kulit muka kan, kene rajin basuh muka dengan pencuci muka. Untuk diri sendiri,muka aku sesuai dgn brand Shadira. Pernah dgr tak? Kalau tak pernah,g carik yek..heheheh. Ok, pastu pakai toner mukasebelum pakai cream siang. Lepas pakai cream siang, tepek je bedak baby. Mesti rase fresh je muka. Dah pakai bedak baby, pki la lipice.. simple kan.. Kalau suka, boleh pki eyeliner. Untuk aku,aku suka pakai kat bhgian atas mata, sbb kalau letak bhgian bawah mata,mata akan nmpk kecik..hehehe… Dan jgn lupa cream malam kene selalu pakai. Sebelum tido,pastikan tepek cream malam yek..heheh.. Ehem,susah tau aku nak bg petua-petua ni..kui3
Kalau sesape yg suka pakai mascara,blusher ngn eyeshadow.. boleh tepek sekali. Tapi untuk aku,aku jarang tepek 3 benda ni. Untuk eyeshadow,better warna tanah. Nampak natural sket.hehe.. blusher pulak guna yg pink or pink-oren. Sgt shuwweettt..heheheh
Apepun, cantik mana pun fizikal..rupa paras..semua tu tak bawa ke mana. Yang penting ilmu,amal, akhlak,hati.. Dan ianya adalah bonus jika kita jaga penampilan dan kebersihan diri sendiri. Orang pun suka dekat kan especially untuk seorang ister, jagalah penampilan untuk suami terchenta.. (ni yg rase cam nak kawen..hahahha) =)
Ok,aku dgn slamber dan tak malu letak petua tah pape. Just to share ape yg aku suka.hehehhe…
15 mei haritu aku ade pegi PWTC. Kenapa? Sbb ada pameran kerjaya. Of coz la aku kene pegi, aku kan penganggur terhormat skang ni. Jadi kene la usya keje jugak kan. Kang sape nak support aku yg suke shopping ni??, of coz la aku sendirik kan..so kene la carik duit banyak2..hihihihi.
Haritu mase kemas2 sebelum balik Selangor, aku dapati jumlah tudung yg aku ada adalah 1 kotak besar yg penuh. Adik aku siap kate aku boleh bukak gedung tudung..hehehhe.. nak wat cemane, dah aku suke..hihihihi.. Hurm,ade niat jugak nak bukak gedung tudung atau butik..insyaAllah bila ada rezeki nnt =)
Ok,nak cite pasal pameran kerjaya tu. Punyelah sesak orang tahap gaban dah. Mmg sgt sesak. Tapi mmg ade beberapa job yg best. Tak sia sia aku pegi dalam keadaan sesak2 tu. Resume pulok tak bawak, bajet cam nak usya jek. Sekali ade job kat Medical Centre kat Melaka, position Radiation Therapist. So,hantar email jek la jawabnye..hehehhe.. dapat tak dpt,wallahu’alam. Kalau ade rezeki,insyaAllah dapat.. kalau tak dapat, insyaAllah ada yg lain. =) Position yg lain aku apply lecturer. Aku minat dalam education snanye.. tapi dalam masa yg sama,nak mantopkan bab clinical. Moga2 Allah permudah..
p/s : kat kuantan ade tak hospital atau institution yg mencari aku? Erk..mencari kau??? kau siapa ery??hehehhe
Ok, Sekarang tgh online kat office mama terchenta. SRA Banting..Sapa warga Banting? Ehem,angkat kaki sket. Mahu tgk.hehe. Mengade.
Oleh kerana kebuhsanan tahap cipan kat rumah tu, jadi aku pun dgn tak malunye datang la kat sekolah ni. Walaupun sekolah tu kerajaan Negeri Selangor yang punye, tapi aku buat2 lah mcam mak aku yang punye kan.ngeheheheh.
Baru lepas makan bihun sup yg best dan gorenag pisang yang masyuk kat kantin sekolah ni. Baik ok makcik ni. Sangat lah ramah . Ni yang buat aku nak g kantin lagi.hep! makan dah banyak, sila tahan diri dari turun ke kantin lagi. Heh.
Time mmg sgt lah chantek, td masa aku pegi kantin, loceng berbunyi. Yang mane loceng yg aku tak pernah dgr kat USMKK. Heheh. Mahu loyar buruk? Dush dush dush dush…huh,padan muke~
Budak2 kecik yang comel berlari2 anak kucing pegi kat makcik and akak2 kantin untuk beli makanan. Sgt cuhmel mereka hokey. Sangat suci subhanallah. Best betul jadi mereka kalau nak banding ngan aku ni. Makin besar,of coz makin banyak tanggungjawab dan makin banyak dosa. Tgk diorang..alahai..sgt suci.. Moga besar kelak jadi manusia hebat dunia akhirat.
Tgh2 makan tu,sambil tgk adik2 kecik ni.. teringat zaman kecik. Asyik terinngat jek. Dah takde teringat-teringat dah. Mmg ingat dah pun.hukhuk. Dulu mase aku ade beberapa permainan yg sgt suka di main waktu rehat. Ehem, first..berkejar pegi kantin. Erk, itu masuk dlan permainan ke? Boleh la jugak kan. Main lumba lari sbb takut tempe kesukaan aku tu habis. Tempe itu sgt lah sedap. Makcik kantin tu serkarang dah bersara. Susah nak jumpe tempe cmtu lagik..hukhuk. Ni yang nak sedih nih..
Ok,dah2..terus yang second, suka main rebut tiang. Korang pernah main rebut tiang tak? Tiang itu harus bernombor dalam bentuk genap, 2 tiang, 4 tiang atau 6 tiang. Kalau ade 5 orang nak main, sorang akan berdiri kat center, and 4 lagi kat tiang. Org yang kat center tu kene alert bila ada berlaku pertukaran kawan2 diorang kat tiang. And make sure kene sentuh tiang tu cepat kalau nak dpt kan tiang tu.hehe. sgt fun ok~
Next,main batu seremban pulak. Aku dulu expert main benda nih. Hakhak. Tipu ok, aku kategori tak brapa nak terer tapi selalu menang gak.muahahaha. peghahsan okeh! Sape tak tau main batu seremban? Meh aku cobet sket.haha
Pastu ade lagi, permainan feberet. Main galah panjang. Tau dop? Kene ade 2 team ok. Yang ni sgt mencabar. Hehe. Sgtlah suke. Berlari2 dan cube elak team lain yg jaga line tu tak touch kita. Kalau touch,kir kalah.hehe. Ade lagi banyak permainan yg aku suke waktu kecik2 dulu. Main getah lah..tutup botol la. Tu yang dulu2 kecik cenonet jek. Sekarang ni gemok macam gajah. Hahaha
Yang pastinya aku suke mase kecik2 dulu..sgt best..Sekarang ni ramai dah kawan2 aku yang menginjak alam perkahwinan. 15 mei ni wedding ruzaini. Dia ni la kawan aku dari tadika, sekolah, Pasum dan USMKK. Moga perkhawinan kekal hingga akhir hayat. Barakallahulakuma.
Malam ini internet connection agak macam cipan. Sgt slow sampai buat darah saya menggelegak? Erk,tidak. Tidak lah sampai menggelegak sbb heater sudah di’curi’ oleh makcik hostel. Huh. Tak dapat masak air panas dgn heaven nya. Terpaksa pergi pantry dan berkongsi heater. Well,saya tak berapa suka berkongsi.hikhik. Nak study untuk paper yang last for undergrad study pun sudah malas. Bila mahu rajin pun tak tahu lagi. Haih~. Teruk sungguh perangai,kene babap budak nih.
Ok, sekarang saya rasa lega. Sbb tadi saya dok terkinja-kinja. Terkinja-kinja seperti di kelab malam itu tidak okey. Nak kene baling penyapu dengan ayahanda?heh.
Saya sedang blogwalking. Tengah-tengah baca tulisan blogger lain yang hebat itu, tiba-tiba..jeng jeng.. ada sesuatu merayap. Merayap ditelinga. Aisey. Sah dah ni. Sah sangat.
Ape yang sahnye? Sah ade insect masuk telinga. Sangat sengal ok. Sakit gila telinga saya ini. Saya paksakan jugak supaya ‘dia’ keluar.
Pada gerangan saya, insect yang masuk dalam telinga saya pasa kali ini mmg bijak.Semut kot? Most probably. Err,dan mmg pun semut! Kene check IQ semut ni. Hurm. Kenapa saya kata di bijak? Sbb dia akan ‘menyerang’ bila saya senyap dan bertenang. Bila saya react dgn gigitan manja ia di dalam telinga saya, dia akan diam. Gigitan manja hawt-ark dia. Saya dah dok guling-guling menahan sakit gegetan itu. Aiyark~
Pertarungan antara saya dan semut semakin hebat. Lama-lama,of course la saya yang menang kan. Hehe. Sbb IQ sy lagi hebat dari IQ semut.hikhik. Ok, apekah~ Buat entry pasal peperangan semut dan saya.
Kau semut sengal!
Sepanjang peperangan td.. mmg banyak semut ni kene curse.huh. Sakit tau dia geget dalam telinga.haih~
Ok, sudah. Sudah. Sekarang ni wajib tumpu untuk last paper Prof Mad. “DOSE CALCULATION AND TREATMENT PLANNING”. Subject ni belajar kira-kira. Kira dose of radiation untuk kill cancer untuk pesakit.hukhuk. Mata dah berat. Perut dah lapar. Err,perut tak lapar sbb dah makan kebab td. Whoattt?? Makan kebab pkul 3pagi? Hahah, habit saya yang teruk!
Nota tapak kaki : perasan sesuatu? Ayat dalam entry kali ini agak skema. Dan entry pertama menggunakan ‘saya’. Ehem, I mmg suhpan ok.hehe.
Harini sangat berasa pelik diri dengan diri sendiri. Malam tadi aku tido pkul 5.30. Erk, itu bukan malam. Itu paga 5.30 pagi namanya. 6.30 dah bangun balik sbb nak solat subuh. Solat wajib dan sgt penting hokey. Jangan tinggal.hehe. Pelik jugak pagi ni aku mandi dgn sgt la awl. (Nampak sgt biasa mandi lewat) haha. Seusai solat subuh tu,kengkonon nak tido balik. Al-maklumlah, tido pun pukul 5.30 pagi. Mata pulak takmo lelap. Pelik sgt. Biasanya mata aku ni pantang jumpa bantal. Eh,silap. Kepala pantang jumpa bantal, mata pantang lelap. Ni dekat sejam aku dok guling guling atas katil tu takmo pulak tido. Adeh.
Bangun bangun. Terdetik nak breakfast. Haha. Biasa aku breakfast pkul 3-4 pm. Harini pkul 8.30 pagi. Haha. Pelik ok tgk diri sendiri. Tido tak cukup tapi takmo lelap dah. Aiyark~.
Nescafe panas dan biskut cap Hup Seng menjadi peneman setia di hari yg pelik ini. Ok,tak lupa juga sambil melayan cerita Team Medical Dragon (cerita yg aku jatuh chenta dari 2007) best okeh!. Lepas ni tak tau lagi perkara pelik ape lagi yg aku nak buat. Haih.
kamu mmg best!
kamu lagi la best~
Nak tau kebiasaanya cikery ni? Pkul 8-9pagi kompem tido dengan sgt nyenyaknya di bilik yang sgt best ini. Agak2 dah tak best nak tido,baru bangun. Agak2 tak best tu pkul bape?hahhaha... shhhhh...rahsia negara beta.muahahaha. Makan pkul 3-4pm. Itu schedule bila normal. Normal itu pun tidak normal sebenarnya. Sangat jelas bukan. Haha.
Ok,mahu sambung layan Iryu. Ehem. Best sgt! House tak bape layan sgt..hihik..