Nuffnang

Wednesday, May 12, 2010

kecik kecik mmg best kan. Sekarang dah tak best ke?


Ok, Sekarang tgh online kat office mama terchenta. SRA Banting..Sapa warga Banting? Ehem,angkat kaki sket. Mahu tgk.hehe. Mengade.
Oleh kerana kebuhsanan tahap cipan kat rumah tu, jadi aku pun dgn tak malunye datang la kat sekolah ni. Walaupun sekolah tu kerajaan Negeri Selangor yang punye, tapi aku buat2 lah mcam mak aku yang punye kan.ngeheheheh.
Baru lepas makan bihun sup yg best dan gorenag pisang yang masyuk kat kantin sekolah ni. Baik ok makcik ni. Sangat lah ramah . Ni yang buat aku nak g kantin lagi.hep! makan dah banyak, sila tahan diri dari turun ke kantin lagi. Heh.
Time mmg sgt lah chantek, td masa aku pegi kantin, loceng berbunyi. Yang mane loceng yg aku tak pernah dgr kat USMKK. Heheh. Mahu loyar buruk? Dush dush dush dush…huh,padan muke~
Budak2 kecik yang comel berlari2 anak kucing pegi kat makcik and akak2 kantin untuk beli makanan. Sgt cuhmel mereka hokey. Sangat suci subhanallah.  Best betul jadi mereka kalau nak banding ngan aku ni. Makin besar,of coz makin banyak tanggungjawab dan makin banyak dosa. Tgk diorang..alahai..sgt suci.. Moga besar kelak jadi manusia hebat dunia akhirat.
Tgh2 makan tu,sambil tgk adik2 kecik ni.. teringat zaman kecik. Asyik terinngat jek. Dah takde teringat-teringat dah. Mmg ingat dah pun.hukhuk. Dulu mase aku ade beberapa permainan yg sgt suka di main waktu rehat. Ehem, first..berkejar pegi kantin. Erk, itu masuk dlan permainan ke? Boleh  la jugak kan. Main lumba lari sbb takut tempe kesukaan aku tu habis. Tempe itu sgt lah sedap. Makcik kantin tu serkarang dah bersara. Susah nak jumpe tempe cmtu lagik..hukhuk. Ni yang nak sedih nih..
Ok,dah2..terus yang second, suka main rebut tiang. Korang pernah main rebut tiang tak? Tiang itu harus bernombor dalam bentuk genap, 2 tiang, 4 tiang atau 6 tiang. Kalau ade 5 orang nak main, sorang akan berdiri kat center, and 4 lagi kat tiang. Org yang kat center tu kene alert bila ada berlaku pertukaran kawan2 diorang kat tiang. And make sure kene sentuh tiang tu cepat kalau nak dpt kan tiang tu.hehe. sgt fun ok~
Next,main batu seremban pulak. Aku dulu expert main benda nih. Hakhak. Tipu ok, aku kategori tak brapa nak terer  tapi selalu menang gak.muahahaha. peghahsan okeh! Sape tak tau main batu seremban? Meh aku cobet sket.haha
Pastu ade lagi, permainan feberet. Main galah panjang. Tau dop? Kene ade 2 team ok. Yang ni sgt mencabar. Hehe. Sgtlah  suke. Berlari2 dan cube elak team lain yg jaga line tu tak touch kita. Kalau touch,kir kalah.hehe. Ade lagi banyak permainan yg aku suke waktu kecik2 dulu. Main getah lah..tutup botol la. Tu  yang dulu2 kecik cenonet jek. Sekarang ni gemok macam gajah. Hahaha
Yang pastinya aku suke mase kecik2 dulu..sgt best..Sekarang ni ramai dah kawan2 aku yang menginjak alam perkahwinan. 15 mei ni wedding ruzaini. Dia ni la kawan aku dari tadika, sekolah, Pasum dan USMKK. Moga perkhawinan kekal hingga akhir hayat. Barakallahulakuma.
Aku bile pulak nak kawen eh?hahha. gelenya~


4 comments:

alchemy said...

aku dulu mmg expert main batu seremban. kat sekolah tu antare yg pro la. tapi aku expert yg gune 7 batu. 5 xberape suke nk main. ekceli kecik ke besar ke, best je idop ni. cume pengisian kite utk terus idop je yg menentukan. huhu

Azeer Yeyaa said...

haha,besh jugak batu seremban! :pp

erysweetie said...

@alchemy : bajet terer la tu yep..heheheh... pengisian hidup bila dewasa aku rasa lebih perit.. life is not that easy.. cume, doa perlu banyak moga Allah permudahkn~

@azeer : selalu menang ke slalu kalah??hehehhe

nana said...

tipu2!!!!!k0 xpndi men batu seremban weh...hahahahaha......dh bes0 keje tipu je yek...hahahahaha...ad0yai..em,ruzaini kawen...ala,k0 bulan 2 nant kawen r...=p