Assalamualaikum..
Lama rasanya dah tak menulis.. dan cikery sendiri pun berada dalam keadaan yang tidak berapa nak menulis. Layan perasaan je perkara yg sgt best nak buat sekarang…hehehe
Terjumpa ayat ni…terasa macam menarik
Tiada manusia sempurna sepenuhnya, begitu juga kita. Sama-sama manusia, sama-sama ada kelebihan dan kekurangan. Mengapa tidak boleh kenangkan jasa-jasa yang pernah sama-sama lalui. Jangan kenangkan yang buruk sahaja sebab kita pun bukanlah baik sepenuhnya.
Letakkanlah perasaan mahu bahagia dan hidup ceria bersama setiap ahli keluarga pada awal pagi, maka anda akan berasa bahagia sepanjang hari. Jika anda meletakkan perasaan mual, benci dan menyampah atau sengaja tidak mahu merasa bahagia, maka anda tidak akan berasa bahagia malah akan rasa terseksa sepanjang hari
Dunia ini hanya 3 hari : Hari yang telah berlalu; maka tidak ada lagi kesempatan ditanganmu hari tersebut, hari esok yang tidak dapat mengetahuinya, entahkan dapat menemuinya atau tidak; dan hari pada saat kamu berada di dalamnya, oleh itu, pergunakanlah dengan sebaiknya.
Pada cikery, ayat2 kat atas ni semuanya betul..sgt betul..
“bukankah tuhan..ciptakan malam,untuk mengadu menanti siang.. bukankah tuhan titiskan hujan menanti limpah kemarau panjang” – saujana 2010

2 comments:
hargai diri kita dan org2 di sekeliling kita, insyaAllah kita akan merasa bahagia :)
yerp..betul tu ween...sgt betul..hehehe =)
Post a Comment