Nuffnang

Friday, June 11, 2010

kek cokolat lembab yg sgt la best~

Sejak dua tiga empat menjak ni, aku kerajinan pulak nak dok kat dapor.. 
Kengkonon rajin la kan, boleh kawen dah ni..muahahahha...

Teringin nak test diri sendiri buat moist choc cake..ehem, bukan lah 1st time snanye.. tp mmg jarang gak la buat. Sbb aku ni kan pemalas..hahaha.. Moist choc cake adalah feveret cake no 1 dan aku hanya akan makan cake chocolate ngn cheese cake je..yg lain takmo.. mane la aku tak gemok kan..heheh..







Anyway, kek ni dah abeh dah pun..hahah.. ok, boleh buat tempahan kat aku yep.. koya la tu~



Ape motif gamba ni? mengade!.. Sila jgn contohi dia, sbb dia snap gamba ni dalam keadaan dia tgh drive kereta with 110km/h. Tak laju mane pun 110km/h tu~



perempuan seksi dalam belon?

Kebosanan di rumah, adik aku ajak pegi jusco bukit tinggi. Jadi pun, aku yg driver ni, bawak je la die.. Tak sampai sebulan jek pun aku kat rumah.. Lepas ni merantau lagik. Bunyi cam jauh jek kan..hahaha..pasni aku jadi orang utara pulak ah...speaking org penang..hehe...

Kebetulan ada pesta baloon.. last day la kirenye.. Ada Nabil Raja Lawak ngn kak Sharifah Shairah yg comel itu jadik pengacara...

Peh, boleh buat gaun seksi beb dari belon nih.. model nak cantik gilak~

Malas nak ckp bnyk, korang tgk jek gmba ni ok~




 Sume set- set berkemban kan.. sbb baju tu mmg buat 100% ballon..kalau meletop..abeh la...haha

Saturday, June 5, 2010

Kekaguman terhadap rancangan Imam Muda Astro Oasis




Korang mesti dah dengar kan pasal Rancangan Imam Muda kat Astro Oasis dan serentak ditayangkan kat beberapa channel yg lain. First sekali, aku nak ucapkan tahniah sbb sgt bagus buat cmni. Takdelah dok loqlaq layan AF je.. atau Mentor ke… Program-program camni la sgt diharapkan untuk mendidik remaja, belia dan jugak org yg dah berumur (tak best guna org tua..hehe) untuk same2 check balik diri kita..sejauh mana amalan kita kat dunia ni nak bawa ke akhirat kelak. Kenapa aku ckp cmni? Sbb kita hidup untuk mati. “Hidup untuk mati” – ayat yang mudah ditulis dan disebut tp sgt susah nak dipraktikkan kan. Kehidupan hanya sebuah persinggahan yang kita semua tahu takkan kekal. Yang abadi tetap di akhirat. Apa yg kita buat sekarang, kompem akan di soal dan dipertanggungjawabkan. So, buat sehabis baik untuk kehidupan kita di dunia. Bak kata seseorang yg sgt precious in my life “if u have to choose to be good or bad, choose to be good.. if u have no choice,then be good”
Ok,melalut kelaut lagik aku nih… tak habis2 kan..ekekekke.. sori2..
Malam td tu la aku dok tgk rancangan Imam Muda. Subhanallah, semuanya pada aku manusia hebat. Yang bab mengaji toksah ckp la.. huffaz kot semua.. sedap sgt bila mengalunkan kalimah Allah. Mereka ini lah yg kita harapkan dapat membentuk generasi yg berakhlak dan memimpin ummat.
Tertarik dgn satu segmen yang mana diorang ni buat pembentangan dalam bentuk kumpulan. Satu kumpulan ada 2 orang. Ada satu soalan yang ditanyakan oleh seorang “pakcik” kepada Imam Muda Ashraf. Soalannya lebih kurang ‘siapa yang patut dipersalahkan bila kes pembuangan anak ini banyak terjadi pada anak-anak melayu islam’. Dan aku sgt suka sebenarnya dengan jawapan Imam Muda Asyraf. Agak terkejut bila ‘pakcik’ yg bertanya tu berkata ‘sy rasa jawapan awak terpesong dari soalan sy’ dgn memek muka yg agak judge di situ. Maaf, tapi aku mmg agak tak suka melihat manusia yang bertanya bukan untuk tahu atau berbincang,tp lebih kepada menghukum.
Sape yg tgk Imam Muda malam tadi,mesti tahu ape jawapan Imam Muda Ashraf. Yang tak tahu, meh aku share. Bace sampai abes, kalau tak abes..aku babap sorang-sorang..heheh..
Imam Muda Ashraf jawab cmni “Kita jarang mendengar atau melihat kes pembuangan bayi yang dilakukan oleh kaum selain kaum melayu islam. Kenapa? Kerana contohnya jika kita lihat bile seorang bapa mengetahui anak gadisnya terlanjur lalu mengandung..terus bapa tersebut berkata ‘keluar kau dr rumah ni’.. Belum anak gadisnya buang anak, bapanya sudah buang anaknya sendiri dulu. Jadi paradigma begini yang kita kene ubah”. Jawapan yang diberikan tidak straight. Dan jawapan yang diberikan membuatkan kita berfikir dgn lebih dalam dan lihat dari banyak perspektif.
 Inilah pemimpin yang kita nak sebenarnya. Melihat dr banyak angle, jadi banyak permasalahan dapat diselesaikan. Pada aku,jawapan yang diberikan mmg jawapan yang bijak. Jawapan yang diberikan oleh manusia yang suka melihat/observe dan berfikir.  Bukan manusia hanya menunggu jawapan dan menghukum. Jadilah manusia yang suka berfikir, teruskan berfikir..kerana minda dan otak kita adalah kurniaan Allah yang terbesar bagi manusia..yang membezakan antara manusia dan bukan manusia..hehe
Dan aku mmg tak puas hati ngn ‘pakcik’ yg bertanya tu..hahahha.. sori la yek pakcik~
Next week aku nak tgk lagi, moga2 mereka yg kita harapkan ini mampu memimpin dan mengubah segala paradigma negatif dan pemikiran yg agak kurang intelek kepada masyarakat yg lebih suka berfikir dan menjadi lebih positif.
Entry aku kali ni agak serius jugak kan.haha. daaaaa~

Thank you Allah.. bersyukur,tp agak kurang happy.. hurm..masalah hati?




Alhamdulillah, dapat dah jawapan dar IPS (Institue pengajian siswazah). Buat aku debar lebih jep nak tunggu perkataan ‘ In review’ tu bertukar jadi ‘Accepted’. 
Sambung Masters insyaAllah.. tp mmg tak buat preparation pape lagi.. Hati tgh lemah dan lembik macam sutung..tp ape pun, kekuatan itu dr Allah.. Aku lemah dan kita semua lemah.. hanya Dia yang kuat..
Setaun  aku buat coursework mode ni.. ok la kan.. takde mood lagi nak keje.. walaupun umur makin tua..tp rase nak abeskan masters dulu.. buat part time work pun ok gak.. Jadi cikgu physics…buat tuisyen..hihihi… ok gak.. Uruskan blogshop aku sekali yang dah lame aku tak jenguk disebabkan kebizian yang tak dpt dielakkan..hehehe…
Ade perasaan nak sambung buat research mode..tp entahlah… serba salah dah aku~
Anyways, ade sesape tau tak mane2 jabatan atau kementerian yang nak support Scholar untuk Postgraduate… ehem,yuran masters usm ni bergande mahalnye…sadis betul… kalau aku kaye,takpe la gak.. ni pokai jek..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu..” – Al baqarah; 216