Nuffnang

Monday, October 24, 2011

Game yang power : SUDOKU

Sudoku ni rasenye memang dah menjadi satu game yang perlu berfikir yang aku rase sangat femes dah.

Dan aku dah pernah buat entry pasal sudoku ni sampai 2 kali daaa. hehe


Aku start kenal sudoku ni mase buat degree dahulu kala. hoyeh. Mase memula tengok dalam hati kata "Ala..macam puzzle biasa jek, fill in the blanks."

Sekali nak berjinak-jinak, tu diaaaaa punya susah. Tu lah, berlagak lagik. haha. Dulu-dulu masa first time nak solve untuk my first puzzle, aku ambik mase dua hari kau tahu?



Senang jek sebenarnya. Hanya perlu isi nombor yang di petak yang kosong.

1) Setiap column isi 1-9
2) Setiap row isi 1-9
3) Setiap petak perlu ade 1-9

TAPI.

Tak boleh overlap nombor dalam column atau row atau kotak yang sama.

Ada 9 kotak macam dalam kata atas kan. Dalam kotak tu semua mesti cukup 1-9 TAPI tak boleh overlap nombor each row and column

Ada paham?

Actually memang ade teknik dan method nak selesaikan semua ni. Aku dulu buat main hentam keromoh jek, method tu lame2 develop sendiri dalam brain korang.

And actually this game is really good for our mind. Dikatakan boleh mengelakkan kita dari nyanyuk.
Dan dan dan, bila otak kita bekerja keras, secara automatiknya badan kita pun akan berasa penat. Ye, memang penat.

Tapi akan menjadi satu kepuasan yang maksimum bila dapat solve dengan jayanya.

Dulu aku memang ade beli buku sudoku, Tapi tertinggal masa dalam bas on the way ke Penang. Pastu dearie belikan buku baru pulak. hehe

Hambek kau fiendish. Mahu botak kepala aku nak solve. Tapi  dah ade teknik baru..hehe



"Give your brain a workout with these all new fiendishly difficult puzzles. This entertaining puzzles offer more than just hours of fun. Sudoku engages your mind, improves your concentration and helps you stay mentally fit"


Dan jika kau jenis yang suka berfikir, kau akan addict dengan game ini. trust me.


Dah berconteng-conteng bile aku stuck. kehkeh. Dearie pon suke je nak nyebok nak solve kat buku ni jugak. hehe

"There is no mathematics involved. Only logic and reasoning"


Selamat jalan romeo.

Friday, October 21, 2011

Sungguh tak macho.

Banyak betui duit budak-budak sekarang. Phone semua nak touch screen kannnn

pahtu, siap bakar duit lagi hisap rokok.

Phuii..tak macho langsung. Cukup emo aku tengok pemandangan camni.

Muke budak sekolah, bawak beg sekolah dengan bangganya hembus asap rokok.

Tahu tak itu semua menampakkan kebodohan?

Well, worst case scenario mati lah kan sebab kene macam2 penyakit especially lung cancer.

Kalau tak susahkan orang, buat lah. Tapi hidup kita ni memang melibatkan orang lain ye dak?

Kalau ye pun best sangat makan asap rokok tu, jangan lah nak paksa orang lain pun makan asap rokok korang yang  sangatlah busuk tu.

Fuuhh. see, emo sungguh entry aku pasal rokok nih.

Buat camnilah baru powerrrr!


Blerghhhh...

Thursday, October 20, 2011

Burqa vs Abaya

Sedang menunggu lift di Mandarin Oriental Hotel.

"Miss, do u want to go down?"  Terdengar suara staff dari dalam lift.

"yeah, sure" Melangkah dengan laju ke lift.

Staff : Level G, Miss?

Me : Yup, thank you.

Staff : Very nice wearing Burqa

Aku : Err, thank you but this is abaya actually.

Staff : I see , u bought it in Saudi or here?

Aku : Here =)

Staff : Ok miss, see you again. Assalamualaikum *sambil melangkah keluar dari lift*

Aku : Waalaikumusalam warahmatullah.


Oke, just nak bgtau ape beza Burqa, abaya dan niqab. heeeee


Picture speaks louder than words kan. haha.

Jadi, aku mmg tak paham ape yang ditulis tu, tapi tangok gambaq tu boleh tahu beaza hijab, burqa dan niqab kan.


Ini pulak abaya. Err, ni salah satu abaya yang aku ada. favourite pong. hehe.

Biasanya abaya ni warna hitam. If abaya yang berwarna dipanggil sebagai jalabiya. Tapi aku memang suke hitam. I think it suits me selain dari kaler merah. hehe. i think je la, i think.

kbai. takde niat nak tulis entry panjang.

Tuesday, October 18, 2011

Happy sampai speechless.

Alhamdulillah Ya Allah.

Alhamdulillah.



Semoga Allah permudah untuk aku contribute my knowledge, energy, doa dan usaha untuk mereka yang sedang diuji Allah.




"أحب الناس إلى الله  أنفعهم للناس”

"Manusia yang paling dicintai Allah adalah manusia yang paling bermanfaat"


Moga kita semua tergolong dalam manusia yang memberi manfaat kepada orang lain dalam pelbagai cara.


=)


Sunday, October 16, 2011

Ditepi pantai yang indah. Ku duduk seorang diri..

Ewah. Teringat mase aku darjah dua menari lagu macam tajuk entry nih.

Aku pakai gown skirt gitu. Untutk persembahan akhir tahun sekolah rendah. Hep, mestilah sekolah rendah.

Dah masuk sekolah menengah, tak boleh dah. hihi


Menikmati keindahan angin sempoi-sempoi bahasa adalah amat menyegarkan jiwa dan hati. Mengagumi indahnya ciptaan Yang Maha Pencipta.

Ok, kat selangor ni takde lah nak berapa banyak pantainye. Jadi, yang aku pergi, pantai Morib jek. Boleh la ade pantai dari takde pantai ye dop? hehe

Walaupun taklah secantik Pantai di Terengganu. Perghhhhh.. pernah duduk kat resort tepi pantai. Fulamakkkk, rase nak tak boleh describe perasaan bangun pagi dapat rasa angin pantai. Terharu sangat-sangat. Er, ape kes terharu?

Pantai area Kelantan pon best. Especially Pantai yang kat dalam kampung2 tu. Angin dia, perghh. mendamai jiwa. Setakat Pantai Cahaya Bulan tu, sebelah mata je lah aku pandang. haha.

Mentang-mentang 4 tahun kat Kelantan, boleh lah berlagak takmo pergi PCB. kehkeh. Kauorang takyah nak jeles sangat lah yek. hihi

Walaupun Morib atau Bagan Lalang tak lah sehebat pantai-pantai di Pantai Timur, tapi masih boleh sangat menikmati keindahan dan ketengan yang ada, alhamdulillah.


Lihat, sungguh bahagia adik saya dapat mengahasilkan buih sabun yang besar. Akibat dia jeles dengan belon sabun saya yang besar, dia membuat statement "Orang gemok memang boleh buat belon buih sabun besar-besar" cait. kes jeles. nak  kate orang gemok pulak.




Tengok, rilek jek aku main belon buih sabun? err..belon buih sabun? Boleh lah tu bagi nama sendiri.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Ini semua cubaan menghilangkan kekusutan dalam jiwa.



Friday, October 14, 2011

eleh. tere ke?

Title je nak poyo moyo kan. kehkeh.

Meh tengok sini. Korang tere tak nak cari ape yg tak kene dengan gambar ni?





nombor kaler-kaler tu cumel kan. =)

Thursday, October 13, 2011

Hospital. tempat orang sakit. Juga menjadi tempat muhasabah diri.

Semalam, ke UKMMC. ceh, nama lainnya HUKM lah senang. Yang kat Bandar Tun Razak tu. Ade hal sikit kat sana.

First time aku naik ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan. 15 minit. Oh, agak jakun sebab mmg best dan laju giler. haha. Walaupun aku duduk dekat dengan putrajaya, ni baru first time naiklah kirenya. kihkih. Tu yang nampak macam budak batak ni. lulz

Aku sampai taklah lambat, tapi takdelah awal sangat. Just nice untuk aku take a deeeeepppp breath, solat zohor dan prepare things supaya lebih smooth.

Duduk di lobby UKMMC, macam-macam ragam manusia aku tengok.

Anak bawak parents yang dah uzur ke hospital. Mak ayah depa jalan sgt slow. Tapi tetap sabar memimpin tangan mak ayah. Dibawa ke tempat supaya mak dan ayah depa lebih selesa. Terfikir diri sendiri. Mampukah aku menjadi seperti anak-anak itu? Sangat mahu peluang yang mana aku boleh berbakti kepada my parents. Rabbi yassir wa la tu'assir.

Tengok parents muda yang bawak anak-anak cacat(kelainana upaya), down syndrome. Terpukul dalam hati, bagaimanakah aku jika Allah uji aku mendapat anak2 yang kelainan upaya ini. Mampukah aku bersabar dan terus bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri atau yg dicabut?

Terlihat pulak seorang lelaki yang punya kaki yang tidak sama panjang. Terpaksa menggunakan tongkat, jalan terhenjut-henjut. Kasut terpaksa pakai kasut yg tebal sebelah.

Bertanya dalam hati, berapa banyak nikmat yg Allah beri dan dalam masa yg sama, berapa banyak yg aku mengeluh dengan sekelumit ujian yg Allah turunkan.

Kadang-kadang rasa diri sendiri dah terlalu banyak ujian yang menimpa, terlalu banyak kesedihan yang menyelubungi hati. Tapi bila kita lihat kekurangan orang lain, kesakitan yg mereka hadapi..diri sendiri masih jauh lebih beruntung diberi nikmat yang banyak. Terlalu bayak. Tapi atas kelemahan hati, ujian yang datang dirasakan sangat berat. Mula untuk menyalahkan itu dan ini. Terlupa nikmat yang ada.

"Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Hasbunallah wani'mal  wakeel
Cukuplah Allah bagiku dan Dia sebaik-baik pelindung.


Ok, doakan semoga aku dapat ape yang aku mahukan dr UKMMC. hihi

Assalamualaikum.

Thursday, October 6, 2011

Hudud. Wajar atau tidak.



Tolonglah jangan memandai nak komen kalau takde ilmu. Sebab ini melibatkan akidah.

yang menyoal pun bengong, yang menjawab pun bengong.

Hukum Hudud itu hak Allah!

Monday, October 3, 2011

Beranak pinak itu best

Okey, oleh kerana aku tak pernah merasa lagi perasaan beranak pinak itu, jadi, tajuk entry ini sila tukar kepada soalan yek.

Beranak pinak itu best tak?

Best tak, best tak?

Sure lah best kan. Sesiapa yang dah nikah sure sangat teruja, tak sabar nak menimang penyejuk mata sendiri kan. Yang dari part of you and your partner of course.

Seronok sangat tengok dan dapat berita kawan-kawan yang dah beranak pinak. Masing-masing bawak muka parents diorang. *terfikir camne lah muka anak aku nanti* hikhik. gedik.

Gedik tak gedik. Naluri keibuan aku rasanye semakin menyerlah bila tengok perut2 rakan-rakan aku ni memboyot. Eksaited wooo dapat pegang perut depa. haha. Aku pulak yang eksaited kannnnn. haha

Lastweek ade corsemate MSc Medical Physics yang selamat melahirkan baby perempuan 3 hari selepas hari konvokesyen kami. hihi. Due date dah terlepas tu. Baby nak merasa naik stage ambik scroll kot.



Comel kan, comel kan, comel kan. Memang sangat comel. putis mulus baby my friend Sofina. InsyaAllah bunda ery akan sentiasa doakan Eryna jadik anak yang solehah dan cerdik. 

Oh lupa, aku rasa mama dia cilok nama aku sikit. haha. Her name is Nur Dania Eryna. Kan dah cakap, ade nama aku kat dalam nama anak dia. hihi 

Aku rase besar nanti genius ini budak. Mane tak nye, mase mama dia pregnant, asyik dok study, buat lab work, buat thesis lagi, siap naik stage lagi ambik scroll. Eryna syg, jadilah genius. Tapi jangan gunakan nikmat Allah tu pada jalan yang salah ye. =)

*perasaan mahu baby sendiri makin menebal*


Ade 2 benda yang aku nak baby aku nanti ambik traits aku : ketembaman pipi dan kekurangan sel di pipi.
kalau baby boy, takyah tembam pipi tu. Cukup dengan sel yang tak cukup kat pipi.

hehe.