Nuffnang

Saturday, January 30, 2010

alien ni mmg buat aku menyesal!


Ok, aku plan untuk men’diet’kan diri harini sebenar2nya… Aku dah breakfast roti 2 keping dgn buat air Nescafe panas.. Dan ia mengenyangkan. Dan plan aku, dalam pkul 2.30 aku nak minum jusmate. Tapi sekarang ni musnah semuanya. Aku rase nak nangis guling2 mengenangkan aku ni suke beno makan yang sedap2. Dan yg sedap itu kompem byk kalori kan…
Uwaaaaa…tensen gue..
Macamane mau kurus kalau gini dong..
Nak tau apa yg menyebabkan aku nangis guling guling ni? Sob sob *sambil lap air mata*

Semuanya disebabkan ini :






Tadi ada 2 org junior ppsp (pusat pengajian sains perubatan). Diorang nak buat family day,jadi diorg ni jual big apple donut dr bilik ke bilik. Dan mata aku cepat je Nampak ALIEN ni. Kalau takde alien,aku tak kesah sgt. Sengal ok aku ni. Tak tertahan betul.
Aisey, ni yg rase mau pegi jogging untuk bakar balik si alien ni.Ceh~
Aku nak sambung nangis guling guling lagi..daaaaa~ *sob sob*

Thursday, January 28, 2010

Penyakit malas ini sangat bahaya




Dah beberapa hari kebelakangan ini, aku asyik dok rase malas je. Penyakit lama datang kembali. Even nak makan pon malas. Apa kes? Perut lapa,tapi sbb malas nak bersiap,redah panas untuk pegi beli makanan..terpaksa aku berlapar  *boleh la aku kurus kalo cmni kan,ahahah*
Nak buat entry baru pon rasa malas. Camne nak upgrade life kalau malas je kan. Akibat malas ini,report Quality Assurance aku tak siap lagi. Pastu isi boring Master pon tak settle lagi. Padan muke aku. Sekian terima kasih.
Apa obat bagi malas? Ada org kata,takde obat malas ni. Tapi hari ini,aku tau yang ada obat untuk malas. Malas versus Buat (do).
“Malas” akan sentiasa menggangu “do”. “malas akan sentiasa mencari jalan supaya “do” jadi macam “malas”. Bila “malas” dah menguasai “do”, apa yang kita kene buat?
“Do and Do More!” biar padan muka “malas”. “Malas akan kalah kalau kita upgrade “do” kepada “do and do more”..hehehe..
Apa motif aku buat entry ni? Sbb aku dah bersemangat balik. “Malas” dah kalah sbb “do and do more” dah menguasai diri..yeay!
Dah,aku taknak tulis panjang2.. komitmen aku diperlukan di tempat lain.. *eceh,ayat poyo disitu*

Jap,korang cube bukak ni www.googlegooglegooglegoogle.com. Untuk org yang malas bukak tab atau window. Hahahhah…


Monday, January 25, 2010

365 ways to keep your love alive







Salam rakan rakan ku terchenta..
Maaf dah beberapa hari blog ini tidak di update. Kelmarin pergi picnic dan BBQ kat Pantai Melawi,Bachok. Sangat cantek dan best sgt. Aktiviti course aku untuk batch aku. Angin sepoi sepoi dalam bahasa feghancis nye. Ada staff dan lectrer lagi. Esok2 aku upload gambar yek =)
Hari ni aku nak jadi Doktor Cinta yang tak bertauliah. Masa aku tgh kemas kemas buku,terjumpa satu buku kecik yang aku pernah dapat dulu. Dari seseorang yang pernah bertakhta di hati aku suatu masa dahulu. (alamak,dia baca blog ni..minta mahap yek incik tawel~ngeheheh =p)
Tajuk buku ni adalah “365 WAYS TO KEEP YOUR LOVE ALIVE”. Written by John Gray.




 



Dalam buku ni ada banyak stage untuk jatuh cinta.
1)      Looking for love
2)      Building your love
3)      Troubles in love
4)      Starting again.

Ok,kompem la aku takkan tulis semua kan. Kalo korang nak,meh potostet dari aku..ngehehe.. pastu bayar RM50 =p sbb buku ni import dr Ireland (itu pon nak batak ke ery?). Well,perlu la aku batak sbb aku tak pernah smpai Europe lagi ok. =p

Aku nak bagi sikit jek kat sini dari chapter LOOKING FOR LOVE (sesuai untuk sesiapa yang masih single dan mencari cari soulmate. Well, “soulmate is not perfect but perfect for us” eceh..sile geli ngan entry aku kali ni..hehe
“ When a woman is focused more on giving than receiving, when she cares more about pleasing him than about what would please her, a man will not become more interested in her”
Kiranya kene main tarik tali la kan kalau agak2 nak jatuh cinta dengan lelaki yang korang suke. Kang dia ingat dia tu kachak sgt . Lelaki kan cepat perasan..ahahah.. *jgn marah aku* =p

“ A woman needs to understand what makes her special to a man”
Tak perlu rasa rendah diri sgt kot walaupun korang mmg rendah macam aku.ngehehhe =p.  Maksud aku jgn la rendah diri sampai kene pijak2 pon diam jek kan. Kene yakin diri. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Sebelum nak kenal pasangan, kita kena kenal diri kita dulu. Kene tahu kekurangan dan kelebihan diri masing masing

“You cannot make someone physically attracted to you. All you can do is create the right conditions to make the person discover what chemistry is possible”
Kalau cmtu,korang ym la orang yang korang suke waktu lunch. Pastu tanya dia “awak buat ape tu”. Kalau dia reply “sy tgh lunch”. Time ni la korang leh kate korang ade chemistry dgn menjawab “eh,same la kite. Saya pon tgh lunch ni..kita ada chemistry la” haha.. itu gedik oke.. Chemistry wujud dari dalam hati,bukan di buat buat.

“Finding the right person for you is like hitting the centre of target. To aim and hit the centre takes a lot of practice. Some people may hit the centre right away, but most do not”
Walaupun dah putus cinta 56 kali,jgn give up. Mana tau cubaan ke 57,korang jumpa soulmate yang diidamkan. Eceh~ =p

Ok,yang ni betul betul fakta. Bukan cobaan….
“A woman needs :
Someone who cares about her well-being,
To understand what she is going through and recognize the validity of her feelings.
Someone to love freely and trust that she will be loved in return
Someone to notice her, love her and adore her “

Itu antara ayat2 jeewang yang ada dalam buku itu. Ada banyak lagi,tp tak larat aku nak tulis semua. Hehe. Pemalas betul aku ni kan =p
Nak tau tak,dalam buku comel tu kan,ada satu penanda buku yang aku sgt2 suka. Ada daun Real Shamrock. Daun ni ada 3 helai daun. Daun bolat bolat. Aku suke. Sbb aku pon bolat.hehe. Kirenye aku serupa dengan daun ni la. Ade chemistry gitu =p
Mahu tgk tak bookmark itu? Tgh bwh ni okept =)









Ada teka teki lg kat sini :
Antara motor ngan kereta,mana lagi tua?


*kalau tuan hamba bijak bestari,kene la tuan hamba jawab
kalau tak tau jawab,bantai jek..heheh =p

Friday, January 22, 2010

Lagi-lagi telan duit!


Customer service CIMB adalah yang paling teruk yang pernah aku jumpe. Aku nak withdraw duit td kat CIMB menggunakan kad CIMB aku. Setelah beberapa ketika duit tak keluar. Cuma resit yang keluar tapi menandakan aku dah dpt rm50 itu (dah deduct dari akaun aku) tp duit tak keluar. Pastu tulis “temporarily out of service”. Ape kes? Aku baru hepi2 sbb nak tapau bihun tomyam kat makcik comel D’village dpn HUSM ni. Tup2,duit tak keluar. Aku rase nak ketuk je mesin ni. Ni mesti tak buat quality control kat mesin nih (apakah?).
Aku masih lagi dapat bertenang sbb aku terus  dial number customer service CIMB yang hanya berfungsi dari pukul 9am – 11pm. Sengal betul. Maybank punye 24hours tau tak. Pernah aku call pukul 4 pagi sbb nak settlekan tiket balik aku ke KL. Walaupun suare org tu mengantuk,still melayan soalan aku dengan baik dan memuaskan hati.
Sebelum dapat bercakap ngn staff tu,terlalu lame aku nak tunggu dan byk check point2 yang terpakse di harungi. Cet! Menyusahkan. Pastu bila dah dpt ckp,aku pon bgtau la secara detail yang aku withdraw duit,tp duit tak keluar dan terdapat deduction pada akaun aku. RM50 beb. Banyak gak tu pada aku. Boleh g isi minyak kereta aku ke,makan kenyang2 kat Noodle Station ke,kat kopitiam ke. Ni sesuke die nak telan.
Pastu org customer service tu jawab “kalau cmtu,kene pegi cimb bank terdekat,buat report dan tunggu sekurang2nya 3 hari sehingga 14 hari bekerja”. Jawapan yang tak menyenangkan hati langsung setelah duit tu ditelan oleh bank CIMB sendiri. Aku pon jawab “ sy dengar,kalau cmni la..biasenye susah nak balik duit tu. Jadi macamane ni? Dia terdiam seketika pastu die jawab “Cik buat report dulu ye bla bla bla (jawapan yang sama diatas)”. Pastu dgn nada tegang aku tanye lagi “bila sy dah buat report,sy boleh dapat duit tu time tu jugak tak?” Dia jawab “err..kena tunggu 3 hari bekerja (jawapan yang sama!)” Aku balas balik “Saya kene tunggu  sekurang-kurangnya 3 hari untuk dapatkan rm50 saya,kalau tak dapat balik camne?” Dia terus terdiam tak dpt jawab!
Aku marah sbb customer servis dan mesin yang tak efektif!. Tak boleh ke kalo dia buat report dulu. Means ada data dalam akaun aku tu nnt. Aku bukanlah hebat sgt dalam perbankan ni,tp sekurang-kurangnya janganlah menyusahkan aku nak ulang alik bank semate mate nk tuntut RM50 aku yang TAK confirm lagi dapat ke tak. Tu aku yg keluarkan rm50. Kalau sesiapa yang kena sampai rm400 ke? Lagi naya..
Lagi satu,kenapa tak upgrade machine. Teknologi aku rase makin maju. Takkan masalah teknikal yang berulang ulang cmni pon tak dapat nak settle lagi?
Selepas beberapa ketika “temporarily out of service” dah boleh memberikan service kembali – setelah mesin itu menelan duit aku. Cam cipan!huh..marah sungguh aku ni~
Aku terpkasa withdraw duit jugak sbb dalam purse aku sume 6 hengget oke..heheh
Akibat kemunucungan terlampau aku nih,aku tapau bihun tomyam, teh ais dan juga burger double daging. (patut la aku makin jadi apam,sbb bile aku tensen je..nafsu serakah selera aku mebuak2).Siap berjalan2 isi minyak kereta sorang2 dan melayan lagu rock kapak. Semua ni gara gara CIMB!.
Aku sgt suke service maybank dan celcom yang efektif!
Lupe nak bgtau, CIMBclicks pon cam hareeemmmm…guna lah Maybank2u.heh~




 Ok,ini gambar aku mase tgh hepi mengingati bihun tomyam..muke hepi nak makan. Muke muncung panjang yg boleh sangkut timbe aku takleh letak sbb ianya sgt horror..


p/s : dah lama tak buat mulut ikan..




Monday, January 18, 2010

Syok sendiri weh




Assalamualaikum…

Entry kali ni kan,buleh tak aku nak buat entry syok diri sendiri? (macam la entry sebelum ni tak syok sendiri kan..ahahah)
Boleh tak? Boleh la…pelizz.. aku nak syok sendiri kejap jek…
Korang bagi kan…sile angguk 10 kali…kalo tak bg pon,angguk jugak yek..heheh..

For those yang ade add aku kat fb,mesti perasan ada status aku yg aku tgh layan lagu kopratasa – permata untuk isteri..tetibe aku jadi jiwang.. agak pelik bukan? Kalau tak pelik,bukan ery namenye..heheh…
Korang tau tak,bile aku dgr lagu kopratasa ni,hati aku sejukkkk sgt.. mmg lah sejuk sbb aku baru lepas minum teh ais..ngeheheh… Takdek takdek..mane boleh minum teh ais banyak2,habis musnah karang diet aku.
Maksud aku sejuk kat sini bila aku rasa nyaman jek dalam jiwa sanubari aku ni (peh…ayat tak boleh blah bukan). Aku yakin, semua orang nak kawin kan. Walaupun belum ade bf atau gf,mesti jeles jugak bile tgk membe2 terdekat dah kahwin,dah bertunang..lagi2 yang dah ade baby. Mesti bahagia di samping si kecil yang comel.
Sekali lagi aku ingatkan,entry ini aku nak syok sendiri tau...harap korang dapat menahan nak gelak guling2 ke..nak muntah ke..harap bertabah sampai korang habis baca entry ni…hikhik..gelak gedik disitu =p
Berbalik kepada aku yang tgh syok sendiri ni, ape yang aku mahukan dari seorang lelaki
1)      Seorang yang tak tinggal solat atau lewat solat.. lagi sejuk hati aku kalau zaujee aku solat kat masjid atau surau. Tapi sekali sekali berjemaah kat rumah. Serius aku sgt suka situasi itu. Sangat suka bila dia bacakan Al-Quran time2 aku coti coti malaysia,sampai aku tertidur.wee..bestnye
2)      Seorang yang tak begitu serius. Maksud kat sini boleh la buat lawak sket sket kan..kang aku bosan kalau asyik cakap something yg serius je. Well,aku rase mostly perempuan suka lelaki yang pandai buat lawak kan
3)      Aku suka lelaki yang hebat tetapi humble. Hebat dari segi education,ilmu agama dan ilmu akhirat TAPI dalam masa yang sama seorang yang merendah diri. Aku sgt sgt respect lelaki yang humble. Lelaki yang tunjuk diri dia hebat,sory beb..aku tak suke.. jgn harap aku nak respect..ngehehhe..
4)      Dari segi paras rupa aku tak pentingkan sgt.  Asal kemas dan bersih serta berketerampilan..good enough bagi aku. Kang hensem sgt,susah nak jage..hahaha.. Lagi 1,sbb aku ni gemok,aku suke lelaki yang badan tak terlalu kurus la.. macam Fahrin Ahmad tu,boleh consider la…hahahha (apekah?) =p Kenapa aku pilih yg cmtu? Sbb aku mahu rasa dilindungi..eceh..ayat  takleh blah di situ.
5)       Of coz yang memahami aku,penyayang dan sabar dgn kerenah aku.. Aku ni muncung panjang tau,boleh sangkut baldi kalau tgh bengang atau merajuk.hahha..itu mak aku yang ckp la =p
6)      Yang ada duit juga penting ok. Takkan dia nak bg aku makan pasiaq pulak kan. At least boleh bg aku makan Kenny rogers tiap hari,ok la tu..haha

Ape lagi yek? Setakat yang aku ingat..ini je la..
Tapi aku tahu,aku tak sempurna pun nak dapat lelaki yg aku idamkan.. Kuat merajuk ok aku ni (pengakuan ikhlas di situ skali lagi ) tapi aku cepat cool down (ayat cover). Aku pon bukan baik mana nak dapatkan lelaki yg btul2 baik kan.. Cuma aku harapkan zaujee aku nnt dapat betulkan dan tegur bila aku tersilap ke tersalah ke tergelincir ke..terpelecok jugak ye~

Cuma aku ingin manjadi zaujah terbaik untuk zaujee aku (eceh..ayat geli kan) hahahah..
Yang menjadi sayap kiri zaujee ku..
Nak ada one happy family yang macam permainan “happy family” masa zaman aku sekolah rendah dulu. Ala..yang permainan kumpul nama mak,ayah,anak lelaki,anak perempuan.. kalau kita dapat kumpul keempat empat tu sume,kita dapat the whole family..best betol main mende nih dulu..hehehhe

Ok,aku dah makin mengarut..ni sume gara2 aku dgr lagu kopratasa ni..kan dah kuar entry syok sendiri…hehhee…
Jangan marah ye korang.. kalau korang nak muntah ke,gelak guling guling ke..boleh buat cmtu sekarang.. sbb nak aku nak chow dah..hehehhe

Eh jap,sebelum tu..kalo korang terer la kan.. jawab teka teki ni :

1-      Banyak banyak bas,bas ape yang pandai?
2-      Ali bin Ahmad, Kambing bin apa?




Sunday, January 17, 2010

Nak tahu bagaimana anda memilih si dia?




Korang nak tahu tak apa sebab sebenar-benarnya, kamu..kamu dan kamu memilih seseorang yang special dalam hidup?
Just for fun je ye mende ni..mungkin hanya ramalam psikologi yang kadang kadang ada maksud tersurat dan tersirat yang kita tak tahu.
Jom tgk

Andaikata korang dan korang berada dalam situasi dibawah dan semuanya berlaku dgn serentak, apakah perkara pertama yang korang dan korang akan buat? Kirenya yang utama skali la…

 1.Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.


Bayangkan korang ade kat situasi di atas, confirm la kelam kabut kan. Tapi kita ni cuma ada 2 tgn dan 2 kaki. Pilih satu sahaja perkara yang PERTAMA korang akan buat jika kelima-lima kejadian berlaku SERENTAK.

Fikir fikirkan dan selamat beramal..eh,ape aku mengarut daaaa..heheh..
Dah abes fikir?



Fikir lagi.....



Sbb pilihan anda menggambarkan diri anda okeh!
Scroll bawah sket...



Dah abes fikir? Jom sama2 tgk apa jawapannya yek~hehehe


 Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

 Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


So, mana satu sebenarnya pilihan korang? Ke takde dalam list?ekekkekek =p

*aku punye jawapan adalah no 1. Mungkin betul jugak kot psychology test ni..hehehhe

Saturday, January 16, 2010

paranormal AJL?


Ini adalah entry pertama setelah cikery menukar template blog ini. Udah sangat buhsan dgn template yang lame.. Harap harapnya sedap di baca di mata korang jugak la ye…heheh..
Eh,korang ade baca tak pasal ade hantu kat AJL 24? Ke aku yang lambat tau ek?hehe..
Semalam mase blog walking,aku singgah kat blog klubbkid.com,terbaca kisah paranormal ini..
Ada yang kata itu hantu yg kat bhgian atas tu.. ada juga yang kata itu penari faizal tahir.. ada yang kata itu crew…yang mana satu betul,aku pon tak tahu..sbb aku tak tgk AJL live pon…dah beberape hari,baru aku tgk secara online kat tv3.com.my..

Nak tgk gamba mende tu tak?
Klik sini klubbkid.com
Aku tak mo upload dlm blog daku..hehehhehhe

Sedikit petikan dari klubbkid.com:
The facts now are this.

1. Five of us saw the 'figure', and yes it wasn't an illusion of the light or anything. Because I was using a simple camera with not much of a zoom - you can't really see anything but a cloudy blurrd figure.

2. Among the movements were a sort of movement, like a wave. It also stared down at the audience.

3. Aku da bertanyakan orang kuat production TV3 dan setelah gambar dikaji, memang sesuatu yang pelik sebab -
a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut. They came down in the middle of the stage area, above the pit that had hydraulics to lower or raise performers. This was right above the front end of the stage near the audience.


b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain - dan tak mungkin dancer unsupervised alone kalao betol. There had to be a technical/production person to act as a spotter and there was none. Besides, point a. pon da buktikan it's not a dancer.


c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that - orang production akan pakai warna hitam sahaja.


d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.



Err..sikit ke?macam banyak la jugak petikan tu kan..hehehhe...
Ok korang..layanzzz =p

Friday, January 15, 2010

Tolong aku weh~


Aku rase cam nak tuka layout la…seriously dah bosan dgn ini layout..dah la nak edit font and colours pon susah~ aiseh…
Ape pendapat korang eh? Help me pelish~
Tapi kalo dah tuka layout banyak la pulak nak kene edit lg..untuk ‘disqus’ lg..untuk ‘read more’ lg..tu tak masuk lg nak letak link ni kan..sejam pon agaknye tak habes nak edit lg.. cemane eh?
Pandanga korang.. korang.. dang korang…patut ke aku tuka?

Wednesday, January 13, 2010

jiwa kacau


Aku dalam mode jiwa kacau detik ini...
Tp hepi sket la jugak sbb dah berjaye meletakkan DISQUS commet kat box comment aku..ngeeee

Kalau korang teringin jugak nak buat..klik cni http://disqus.com/ 
Klik yang bahagian comment..tp korang kene register dulu ok.. dont worry..free jek..kalo tak 
free,kompem aku tak register jugak..sbb aku bukan kaye...hahahah

Bila jiwa kacau nak buat ape yek?
Sume jadi tak kene kan bile takde mood.. nasib baik la cik lappy dan cik musang(firefox) ni ade buat jadik kawan aku..
Kalau tak..
Mesti
Aku
Dah
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_


TIDO..hehe..
Tapi Prof Mat kate tadi “our cells grow propotional with sleep”
Makin banyak tido,makin tua la kan...ngeeee.
Patut la aku nampk tua..aisey..
Takleh2..aku mude lg =p





Monday, January 11, 2010

ish2..menang la...heheh =p


Korang ingat tak entry pasal aku beli pashmina baru yang sgt cantik,superb dan gojes itu? Ingat tak?ingat tak?
Mesti tak ingat kan (entah2 takde orang bace,haha) . Kalo nak tgk entry tu,klik sini

Snanye aku nak update semalam,tp oleh kerana kepenatan yang amat sgt dan komitmen lain..Aku baru nak tulis entry nih..hehe
Kelmarin aku dapat email dari Jiell’s Collection yang memberitahu yang aku antara pemenang  contest tersebut. Hihihihi.. Serius aku tak sangke pon.. Aku saje participate sbb nak sokong blogshop ni. Tgk2 jadi antara pemenang itu. Walaupun second runner up,aku rase ia merupakan perhagaan untuk aku la kan.hehe
Tgk gmba yang aku bawah ni yek,kalo dapat jumpe gamba aku,korang memang terbaek =) hahah.



Tapi kalo korang tak Nampak..maksudnyeeeeeeeeeeeee
-
-
-
-
Korang kene bukak link ini pula…ahahahah =p ade vedio..kalo rajin,bukak okept..
Aku banyak benda nak tulis. Tapi aku kene buat analysis data untuk research aku skang ni..Nanti kalo rajin,aku tulis panjang2..tu pon kalo korang sudi bace la kan..hehehe… =p
Daaaa~