Customer service CIMB adalah yang paling teruk yang pernah aku jumpe. Aku nak withdraw duit td kat CIMB menggunakan kad CIMB aku. Setelah beberapa ketika duit tak keluar. Cuma resit yang keluar tapi menandakan aku dah dpt rm50 itu (dah deduct dari akaun aku) tp duit tak keluar. Pastu tulis “temporarily out of service”. Ape kes? Aku baru hepi2 sbb nak tapau bihun tomyam kat makcik comel D’village dpn HUSM ni. Tup2,duit tak keluar. Aku rase nak ketuk je mesin ni. Ni mesti tak buat quality control kat mesin nih (apakah?).
Aku masih lagi dapat bertenang sbb aku terus dial number customer service CIMB yang hanya berfungsi dari pukul 9am – 11pm. Sengal betul. Maybank punye 24hours tau tak. Pernah aku call pukul 4 pagi sbb nak settlekan tiket balik aku ke KL. Walaupun suare org tu mengantuk,still melayan soalan aku dengan baik dan memuaskan hati.
Sebelum dapat bercakap ngn staff tu,terlalu lame aku nak tunggu dan byk check point2 yang terpakse di harungi. Cet! Menyusahkan. Pastu bila dah dpt ckp,aku pon bgtau la secara detail yang aku withdraw duit,tp duit tak keluar dan terdapat deduction pada akaun aku. RM50 beb. Banyak gak tu pada aku. Boleh g isi minyak kereta aku ke,makan kenyang2 kat Noodle Station ke,kat kopitiam ke. Ni sesuke die nak telan.
Pastu org customer service tu jawab “kalau cmtu,kene pegi cimb bank terdekat,buat report dan tunggu sekurang2nya 3 hari sehingga 14 hari bekerja”. Jawapan yang tak menyenangkan hati langsung setelah duit tu ditelan oleh bank CIMB sendiri. Aku pon jawab “ sy dengar,kalau cmni la..biasenye susah nak balik duit tu. Jadi macamane ni? Dia terdiam seketika pastu die jawab “Cik buat report dulu ye bla bla bla (jawapan yang sama diatas)”. Pastu dgn nada tegang aku tanye lagi “bila sy dah buat report,sy boleh dapat duit tu time tu jugak tak?” Dia jawab “err..kena tunggu 3 hari bekerja (jawapan yang sama!)” Aku balas balik “Saya kene tunggu sekurang-kurangnya 3 hari untuk dapatkan rm50 saya,kalau tak dapat balik camne?” Dia terus terdiam tak dpt jawab!
Aku marah sbb customer servis dan mesin yang tak efektif!. Tak boleh ke kalo dia buat report dulu. Means ada data dalam akaun aku tu nnt. Aku bukanlah hebat sgt dalam perbankan ni,tp sekurang-kurangnya janganlah menyusahkan aku nak ulang alik bank semate mate nk tuntut RM50 aku yang TAK confirm lagi dapat ke tak. Tu aku yg keluarkan rm50. Kalau sesiapa yang kena sampai rm400 ke? Lagi naya..
Lagi satu,kenapa tak upgrade machine. Teknologi aku rase makin maju. Takkan masalah teknikal yang berulang ulang cmni pon tak dapat nak settle lagi?
Selepas beberapa ketika “temporarily out of service” dah boleh memberikan service kembali – setelah mesin itu menelan duit aku. Cam cipan!huh..marah sungguh aku ni~
Aku terpkasa withdraw duit jugak sbb dalam purse aku sume 6 hengget oke..heheh
Akibat kemunucungan terlampau aku nih,aku tapau bihun tomyam, teh ais dan juga burger double daging. (patut la aku makin jadi apam,sbb bile aku tensen je..nafsu serakah selera aku mebuak2).Siap berjalan2 isi minyak kereta sorang2 dan melayan lagu rock kapak. Semua ni gara gara CIMB!.
Aku sgt suke service maybank dan celcom yang efektif!
Lupe nak bgtau, CIMBclicks pon cam hareeemmmm…guna lah Maybank2u.heh~

