Nuffnang

Tuesday, June 28, 2011

Ade ke orang carik?

Malam tadi baru tukar semula setting blog setelah seminggu lebih kot memprivatekan blog...

Maaf yek kepada yang menyinggah blog ni tapi takleh masuk pulak. Ada masalah jiwa yang tak dapat dielakkan..kikikiki...

Rindu? Op kos lah rindu dengan blog polka dot eden ni. walaupun takde sape puji blog aku cantik, aku nak puji jugak sendiri-sendiri. hehe

Semalam ada interview Penang Adventist Hospital, position Medical Physicist. Aku tak berharap sangat pun sebenarnya. masih dalam mode nak merehatkan fikiran dan otak yang keletihan.  Dan banyak lagi perkara yang perlu disetelkan dalam masa terdekat. Moga Allah permudah segala urusan. *kecut*

 Setelah sekian lama tak menulis, tiba-tiba otak aku jadik beku pulak nak tulis ape kat entry kali ni. Padahal lately banyak jugak membaca.

Especially majalah solusi. Beli satu majalah, macam2 input boleh dapat. Ni pun tak abes lagi baca. Tu tak masuk lagi lain2 buku yang menjadi koleksi peribadi. Ade yang baca separuh, ade yg baca suku..ade yg belum start baca pun ade.

Beli nya bukan kemain beria nak sangat. Baca tak khatam lagik. ish ish ish.

Eh eh, haritu aku ade bagitau aku test skin care Aura Maya kan. Alahhh..yang takleh pakai even bedak pun for 15 days. Ni hari ke 12 aku pakai. I rasa I jelita lah you... hahahha. muntah..sila muntah dengna ayat itu. kihkih

Yang bintik-bintik macam kene gigit nyamuk tu takde lah banyak sangat macam haritu. Ni aku tak menyabo nak habiskan 3 hari lagi. Mendapat kebebasan yang hakiki. kehkeh... Lepas ni nak beli set besar pulak. Mintak dearie sponsor boleh? =p

Hati sedang kacau, ini sangat best untuk memberi ketenangan =)
"Ya Allah, aku tidak nampak lagi hikmahMu yang menetapkan demikian..
Ilmuku yang terbatas tidak mampu menjangkau ilmuMu yang Maha Luas. 
Tetapi aku tetap yakin..Engkau Maha Benar Ya Rabb..syariatMu tetap benar.."




Friday, June 17, 2011

Kenapa nak sangat dengan dia tu?

Kenapa aku nak sangat dia?

Sebab dia handsomeeeee


Kenapa aku nak sangat dia?

Sebab dia sangat cool


Kenapa aku nak sangat dia?

Sebab dia besttt


Kenapa aku nak sangat dia?

Sebab aku nak lah! ape lagi ye dop?


Ape yang aku nak sangat tu?










Oleh kerana aku masih mempunyai masa terluang yang banyak lagi hebat, maka aku pun dok usya Caldina kat CCM (Caldina Club Malaysia) sambil mengusya harga dia kat mudah.my.

Oh My.. Aku punye adrenalin rush semakin membuak-buak bila aku baca lebih-lebih pasal caldina ni.

Bila aku dapat nak beli kereta ni. Mahu sangat ok, mahu sangat.

BMW 5 series aku lupekan sudah dari kepala. Biar je lah Caldina ni yang aku letak siap2... Walaupun lambat jugak kot nak dapat since harga Caldina second hand pong dah cecah 100K++. 

Ade rezeki, insyaAllah ye dop..boleh lah aku nak bawak kerete ni. Tak dapat GTfour, dapat ZT pun sangat best dah. wink wink..

Tapi kene tengok jugak jenis2 yang consume minyak tu. Sakit kepala nanti fikir minyak. Dah lah minyak kereta Malaysia ni mahai. sobs sobs... If consume minyak sangat tinggi, kene alter kot nak bagi tak tinggi sangat consume minyak tu. 


Carik kerja- carik kerja - carik kerja. Nak menyoppingkan diri..kihkih.

Wish Merah + Caldina Silver = Mantop dah kan. hihi


Eh, harini first day tepek Aura Maya yang aku baru beli last week. 15 days : no make up or even jhonson baby talcum yang best tu. Nanti ape-ape progress lepas guna Aura maya, aku share la kat sini eh. mane tau korang dapat jugak benefit dari ape yang aku dok membebel jek ni.

Kbai. Nak pergi Klinik kesihatan USM.

Thursday, June 16, 2011

Muka macam kene gigit nyamuk. ape lagi produk next? Aura Maya?

Dah tak tau berapa kali lappy aku ni dok off sendiri-sesuka-hati dia. Tau lah nak mintak tukar baru dah. Tapi nanti lah dulu, pitih tak dop lagi nih. Tunggu eden kijo dulu baru boleh buat hal lebih2 okey. Kalau tak, nanti i nangis guling guling. Takde sapo nak pujuk. sobs sobsss...

Laptop ape yang bagus eh sekarang? yang comel, ringan dan puas hati, yang tak banyak buat hal. ade dop? eh, harga kau jangan bg range tinggi2 lah pulok.. lainlah kalau kau nak belanja aku kan. hihi.

Itu satu masalah aku tension, ini ade satu lagi masalah. Dah  2 bulan kot rasenye aku tension pasal perkara ni. Tak best langsung tengok muke kat cermin nampak bintik2. Start bile tangan ni gatai nak beli moisturizer dengna pencuci muka Olay. Naik lah bintik2 merah.

Soalan tetibe keluar : "Eh, aku ni kulit sensitip ke?". Ayat sedapkan hati " aku ni tengah tension ni..tu yang naik bintik2 ni..jerawat pong same"

Lepas tu tukar pulak L'oreal moisturizer, pencuci muka etc.. satu set lah senang kate..nak bagi glow la kononnye. Aku tak tau ape yang tak kene dengna muka aku. parut pun taknak hilang. Terasa sakit hati tengoko muka sendiri tahu tak? T_T

Sedih tahu tak. sedih.

Tak suke nak tepek foundation tebal-tebal atau letak concealer ke...tak suke tak suke. Sebab leceh nak cuci bila mahu solat. Jadi, sedang sgt berusaha untuk kembali dapatkan kulit muka yg sihat yang tak perlukan make up bagai.

Adik aku yang last hari tu datang penang. tak pernah-pernah budak gemok tu tegur muka aku. Tetibe dia tanye "Eh kak, apsal muke ko banyak bintik2?" Dia adalah budak lelaki gemok yang baru naik 13 tahun. Kecik2 lagi dah pandai nak tegur muka aku. Nampak sangat lah obvious nya tu. 

Dah decide nak stop guna L'oreal, Olay ape benda lagi tuh. Nak teruskan experiment dengan Aura Maya. Harapnya memang sesuai dengan kulit muka aku nih. Penat dah nak carik yang sesuai. Tak polah mahai sikit..asal puas hati ye dop.



Tahu produk ni pun selepas di suggestkan oleh Nessa Radzi. Cun melecun puan nessa ni okey. Oh, baru sahaja menjadi puan. Sebaya eden =)


Sangat cantik kan. Tak payah berangan nak gadis ini. Dia dah bersuami. ehehe. =)

Bosan betei aku dok menaip tp laptop ni asyik nak off je. haih -.-"



Ok, babai lah ye.

Tuesday, June 14, 2011

Setel sudah. ye. sudah setel.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberi support dan doa. Saya berasa sangat terharu. isk isk.

oh.apeakumerapikni?

Aku tak merepek lah! VIVA ( Baca : vaiva ) aku dah settle alhamduillah semalam. Result dah keluar dan alhamdulillah pass semua. Hoyeh. Dah boleh letak M.Sc dengan B.H.Sc sebelum name aku.hakhak.

Tapi semalam dekat sejam aku punye presentation. Habis setiap point dalam graph aku tu prof mad belek. Haiyokkk..berpeluh-peluh aku nak jawab soalan dia.

Kelmarin dapat email dari LAP Lambert Germany Publisher nak publish dissertation degree aku. Huwah. Happy la jugak kan. Ok ok. mmg happy. kiki...

Klik kalau nak tengok dengan besar gabak.


Tapi tu lah...walaupun duit dan edukasi yang tinggi ( baca : high education) boleh menjadi penyumbang kepada kebahagiaan dalam hidup manusia...tapi itu bukan syarat utama. Aku masih cuba mencari bahagia dan tenang yg kekal dalam hidup aku. Macam yang dah aku paku siap2 dalam kepala dan hati aku " Jika Allah mahu memberi kebahagiaan pada seseorang, ia tak boleh di halang oleh apa2 tangan sekalipun... dan jika Allah menghalang kebahagiaan dari seseorang, ia takkan mampu di hulur oleh ape2 tangan sekalipun". Maksudnye Kebahagiaan itu milik Allah..datang dari padanNya. Jadi, kita perlu pohon dari Dia. Toksah nak berlagak dengan pencipta alam...

Lepas ni operasi job application pulok. Ade sape2 tak nak hire aku, nak amek aku keje? Aku nak kerja goyang kaki, tapi gaji masyuk. Ade tak? kehkeh... tak lah..taklah.. Yang sesuai dengan keje yang aku buat la ye dop?

Tapi kan, otak aku ni tengah nak plan nak menjahit lah, mengait lah, buat cupcake lah, haiyoookkkk...ape kene dengan aku ni?


Mak aku sangat expert mengait.. Dia pernah mengait gambar masjid shah alam siap buat frame lagik. Oleh kerana beliau mok eden..jadi, aku rase macam boleh inherit sikit bakat baliau.. walaupun aku masih ragu2 tentang hasil tangan aku ni. hahah.. Tak kisahlah, aku nak try jugak.. yeha~

Belajar buat cupcake pong best jugak kan...



Lihat. Sangat cohmel bukan. Perasaan tangan gatal nak buat semua ni sedang meluap2. EH, tetibe rasa diri terajin lah pulak kan... Memang kene merajinkan diri. Kalau tak, boleh pengsan sebab bosan.

Kalau dah terer buat nanti, takyah aku susah2 nak order cake or cupcake untuk birthday dearie ke...and nak bagi hadiah kat orang ke... ewah...berangan kan.

:: Fullstop :: kbai.

Tuesday, June 7, 2011

Hoh! Tua sangat ke? -,-"

Harini terpaksa merajinkan diri pergi General Hospital Penang....

Sebab haritu kan mata aku ada scar. Luka sebab lama sangat pakai lens...

Ni dah masuk bulan ke 6 rasenye tak memakai lens mcm aku pakai dulu...wuwuuwuw...

Scar kat bahagian retina.. Jadi dearie bising dah suruh pergi check Dr sebab aku postponed follow up check up dah 2 bulan...



Eh, aku rase mate aku kaler cokelat. Apesal jadik kaler hijau kebiruan pulak? haih... jadi minah salleh la i lepaih ni...kikih =p

Ok, tak payah nak berangan lagi. Kat bahagian tepi mata tu lah scar tau ulser yang terjadi pada mata aku... Alhamdulillah..not at the centre lah.. kalu tak, mmg vision abeh laaaaaa...

Sekarang ulcer tu dah tak appear dah..alhamdulillah....

Cerita pasal pergi hospital tadi, 3 kali aku pisang hospital besar penang tu tahu tak. Punya lah ramai orang. Parking sangat penuh. Naik tension semata nak pergi carik parking saje. Sesak tu toksah cakap lah. Kalah HUSM...

Dah jumpe parking, terus lah pergi Klinik Pakar Mata yang pernah aku datang awal tahun dulu 2-3 kali... Kene buat re-appointment lah pulak. Dan kau tahu date dia bagi aku adalah pada bulan 9. Hohoi...3 bulan dari sekarang okey...

Ada bau-bau tak pergi klinik pakar mata tu lagi lah jawabnya.

Dannnnn..... apsal nurse tu panggil aku "kakak". Ini betul2 nak buat aku nangis. Nangis guling-guling itu pasti lah.

Pastu keluar lagi soalan best.

"Ni appoinment anak ke akak"

Hohoiiii.... terguris aku dengan soalan itu kau tahu. T_T

Fine fine, aku kene sedar diri aku makin tua...sobs sobssss...


Haaa.... aku sempat baca pada medical card aku tu "Left healed cornea ulcer"
Alhamdulillah...ada harapan nak pakai lens balik kan dearie...weeeeee...

Kene lebih menjaga mata selepas ini. Kene lebih disiplin... hoyehhhh...

daaaaaaa~

Monday, June 6, 2011

Subjektif sangat ke cantik tu?

Aku bukanlah nak cakap pasal kecantikan-manusia-itu-subjektif.. Dah terlalu banyak dibincangkan oleh ramai orang. Bosan bosan..

Cantik muka ke..canti perangai ke..cantik kata-kata ke...benda tu dah terlalu common ye dak?

Nak cantik semua tu, selalu lah doa bila tengok cermin yek.



Yang aku nak kate cantik tu adalah graph aku. haha. setelah interpolate dan buang beberapa point yg menyakitkan mata.

Pada kau, mungkin rasa graph aku tak cantik langsung, takde value atau takde makna. Tapi pada aku, graph aku sangat cantik. hihi. Itu yang aku katakan bahawa cantik itu subjektif. Ia bukanlah objektif mahupun menjawab secara true/false.

Esok perlu hantar report thesis. Ni baru terkedek2 nak siap. Rase nak muntah siapkan semua ni.

Esok nak berjimba! kihkih.




Cantik tak graph? haha. Buat secara marathon, membaca secara marathon. Otak ni pun dah terkial-kial nak lari. Takyah letak banyak2 graph kat sini. menyemak saje blog ni nanti.

1 more step : VIVA! Harap2 presentation berjalan dengan lancar... Cume ade sedikit rasa tak best dalam hati sebab aku tak all out untuk report thesis ni.

7 Mei discuss dengan Prof Mad tukar tajuk dari Perubatan Nuklear ke Radiotherapy. Kene start dari zero. 6 Jun dah kene submit. Experiment sgt banyak nak kene run.

Betul2 tension sebulan terakhir ni. Fine, bukan sebulan je. Dah setahun aku rasa sangat sangat tension. kehidupan yang sangat hectic. Padan muka diri sendiri nak sangat dapat Master dalam masa setahun.

Beratus kali pernah rasa nak give up untuk dapat second scroll ni.. Thanx dearie sentiasa support dan doa. =)
Moga lagi satu step ni, Allah permudah untuk aku explain dengan baik dan jawab soalan dengan baik dan tenang.

Sikittttt lagi ery. bertabah lah!




Ayat penenang hati hari ini "your scroll is waiting for you". =) Thank you myamor~


* dah lama tak pergi SPA. mahu pergi, mahu pergi, mahu pergi*