Hangat naaaa. Lusa nak ramadhan dah. Sekejap sangat rasa masa berlalu. Tanda-tanda kiamat makin hampir. Wuwuwu. Banyaknya dosa aku. Ramadhan ni adalah bulan mega sale. Sebulan dalam setahun. Sangat mahu dapat kaut banyak untung dalam ramadhan kali ini. Dan sangat berharap moga aku, kamu, kamu dan kamu semua dipanjangkan umur untuk beribadah semaksima mungkin. Sebab, belum tentu kita dapat lagi ramadhan tahun depan. Hep! Ramadhan lusa la. mana tau esok ajal. Solat hajat naaa mintak panjang umuq untuk beribadah. Berganda-berganda kita dapat dalam ramadhan. Aku tau memang ada sale besaq kat jusco sekarang. Aku pun ade hati nak pi jugak, tapi megasale yang Allah bagi ni,kita kumpul untuk kita bawak kat akhirat nanti. Yang Kekal!
Aku taknak mengarut sangat dah dekat nak puasa ni. Meh kita belajaq naaa.. hang jangan nak lari tiap kali baca pasai agama. Dok diam-diam baca apa aku nak tulih ni tau.
Based on tajuk entry aku kali. *hang pi baca ataih tu*. Takpelah, oleh kerana aku sayang korang, aku ulang tulis semula tajuk itu : Perkara yang SANGAT disukai isteri apabila suami melakukannya.
Sapa-sapa suami, atau bakal suami, isteri dan bakal isteri, dan semua lah, sila baca beberapa perkara ni ye. Aku dapat dari buku yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Aziz : Bunga kebahagiaan. Buku favorita aku. hehe
1. Isteri adalah manusia yang sensititf dan lemah lembut sifatnya. Oleh itu suami perlu melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati0hati supaya tidak melukakak perasaannya.
Hadith : "Wahai suami, lembutlah terhadap isterimu" (H.R Bukhari & Muslim)
2. Isteri suka dirayu, dipuji kecantikannya, layanannya serta pilihannya.
3. Isteri sudah menghabiskan masanya berhias bagi menghiburkan hati suami. Oleh itu, suami perlu menghargai usaha isterinya.
4. Isteri menyukai suami yang dermawan dan murah hati. Oleh itu suami perlu berusaha menjadi pemurah mengikut kemampuan masing-masing
5. Isteri sangat menyukai peribadi suami yang mulia, memiliki keyakinan diri yang tinggi serta mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat.
6. Isteri sangat menyukai suami yang suka memujinya, khususnya pujian yang diberkan didepan orang lain seperti ahli keluarganya.
7. Isteri sangat senang hati apabila suaminya sering mengingatinya walaupun mereka berjauuhan dengan cara menelefon dan mengirim SMS.
8. Isteri sangat menyukai sami yang memberikan perhatian istimewa kepadanya ketika dia sedang bersedih atau sedang sakit.
9. Isteri menyukai suami yang gemar menggodanya seperti anak-anak dan mencumbuinya mesra.
10. Isteri menyukai suami yang perkasa ketika melakukak hubungan, serta melakukannya dengan kelembutan dan kasih sayang.
11. Isteri sangat senang apabila suaminya membuatnya merasa dirinya penting dalam hidup suaminya
12. Isteri menyukai suami yang memperlihatkan rasa cemburunya yang wajar serta menunjukkan kekhuatiran sekiranya dirinya ditimpa bahaya.
13. Isteri sangat senang sekiranya suami mempercayainya, mempercayai akhlak dan amanahnya.
14. Isteri tidak suka apabiila suaminya memuji kecantikan, layanan atau pilihan wanita lain.
15. Isteri tidak suka suami menyebutkan kelemahannya sekalipun dengan niat bergurau terutama di depan orang lain.
16. Isteri tidak suka sekiranya suami mengancamnya dengan penceraian
17. Isteri tidak senang hati apabila suaminya membicarakan mengenai poligami walaupun secara bergurau
18. Elakkan dari memandang wanita lain di depan isteri walaupun secara tidak sengaja. Ini akan melukakakn harga diri dan perasaanya serta menumbuhkan rasa cemburu dalam diri isteri.
19. Rumah adalah segalanya bagi isteri. Oleh itu, sebagai suami pastikan keperluan isteri disediakan secukupnya mengikut kemampuannya.
20. Suami perlu usahakan supaya pekerjaannya tidak mengalihkan perhatiaanya daripada isteri dan keluarga.
21. Tinggalkan urusan pekerjaan suami diluar rumah dan berikan sepenuh perhatian kepada isteri dan anak-anak apabila berada disamping mereka.
22. Elakkan meninggalkan isteri sendirian di rumah dalam satu tempoh yang lama tanpa keperluan yang mendesa, terutama ketika pasangan belum dikurniakan cahaya mata. Sekiranya pasanagan sudah mempunyai cahaya mata, sekurang-kurangnya isteri akan menyibukkan dirinya dengan memberi tumpuan kepada anak-anak disaat mereka berjauhan.
23. Isteri sengat senang dengan perlakuan suami yang mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman setiap kali meninggalkan rumah. Apalagi sekiranya ia ditambah dengan kucupan.
24. Apabila berlaku perselisihan faham antara pasangan, suami ataupun isteri perlu berusaha supaya tidak melampaui batas. Suami diingatkan supaya tidak melampaui batas apabila membuat sebarang tuduhan kepada isterinya.
Contoh : Apabila melihat isterinya berhias, suami jangan menuduh secara melulu kononnya si isteri berhias supaya dilihat oleh lelaki lain. Boleh jadi si isteri berhias supaya dilihat oleh suaminya, supaya suaminya senang hati apabila melihatnya.
Fuhhh..panjang menjel-jela aku taip. Amacam? Best kan buku Tuan Guru Nik Aziz ni. Tapi aku sendiri masih belum khatam.
Jangan baca seperti mencurah air ke daun jambu ye. Ambik input yang penting demi masa depan yang bahagia. insyaAllah. hihi. Takde orang taknak bahagia ye dak. Bahagia datang dari Allah, dan atas usaha kita untuk mencari bahagia dengan cara yang Allah redha.
Jangan kau fikir aku gatai sebab amek topik ni. Aku nak share ape yang aku baca dari buku yang sangat best dan banyak sangat input. Penulisan yang sangat mudah difahami. Dan buku ni walaupun topik pertama dia adalah PERKAHWINAN, tp aku rasa tidak tertakluk kepada 13PG, 18 above ke ape-ape tah. Semua lapisan boleh baca dan cedok ilmu sama-sama. Baiti Jannati insyaAllah =)
![]() |
| Sangat sweet kan. Baju pengantin perempuan sangat cantekkkkkk. Simple Yet Elegant. hihi |




