Hangat naaaa. Lusa nak ramadhan dah. Sekejap sangat rasa masa berlalu. Tanda-tanda kiamat makin hampir. Wuwuwu. Banyaknya dosa aku. Ramadhan ni adalah bulan mega sale. Sebulan dalam setahun. Sangat mahu dapat kaut banyak untung dalam ramadhan kali ini. Dan sangat berharap moga aku, kamu, kamu dan kamu semua dipanjangkan umur untuk beribadah semaksima mungkin. Sebab, belum tentu kita dapat lagi ramadhan tahun depan. Hep! Ramadhan lusa la. mana tau esok ajal. Solat hajat naaa mintak panjang umuq untuk beribadah. Berganda-berganda kita dapat dalam ramadhan. Aku tau memang ada sale besaq kat jusco sekarang. Aku pun ade hati nak pi jugak, tapi megasale yang Allah bagi ni,kita kumpul untuk kita bawak kat akhirat nanti. Yang Kekal!
Aku taknak mengarut sangat dah dekat nak puasa ni. Meh kita belajaq naaa.. hang jangan nak lari tiap kali baca pasai agama. Dok diam-diam baca apa aku nak tulih ni tau.
Based on tajuk entry aku kali. *hang pi baca ataih tu*. Takpelah, oleh kerana aku sayang korang, aku ulang tulis semula tajuk itu : Perkara yang SANGAT disukai isteri apabila suami melakukannya.
Sapa-sapa suami, atau bakal suami, isteri dan bakal isteri, dan semua lah, sila baca beberapa perkara ni ye. Aku dapat dari buku yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Aziz : Bunga kebahagiaan. Buku favorita aku. hehe
1. Isteri adalah manusia yang sensititf dan lemah lembut sifatnya. Oleh itu suami perlu melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati0hati supaya tidak melukakak perasaannya.
Hadith : "Wahai suami, lembutlah terhadap isterimu" (H.R Bukhari & Muslim)
2. Isteri suka dirayu, dipuji kecantikannya, layanannya serta pilihannya.
3. Isteri sudah menghabiskan masanya berhias bagi menghiburkan hati suami. Oleh itu, suami perlu menghargai usaha isterinya.
4. Isteri menyukai suami yang dermawan dan murah hati. Oleh itu suami perlu berusaha menjadi pemurah mengikut kemampuan masing-masing
5. Isteri sangat menyukai peribadi suami yang mulia, memiliki keyakinan diri yang tinggi serta mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat.
6. Isteri sangat menyukai suami yang suka memujinya, khususnya pujian yang diberkan didepan orang lain seperti ahli keluarganya.
7. Isteri sangat senang hati apabila suaminya sering mengingatinya walaupun mereka berjauuhan dengan cara menelefon dan mengirim SMS.
8. Isteri sangat menyukai sami yang memberikan perhatian istimewa kepadanya ketika dia sedang bersedih atau sedang sakit.
9. Isteri menyukai suami yang gemar menggodanya seperti anak-anak dan mencumbuinya mesra.
10. Isteri menyukai suami yang perkasa ketika melakukak hubungan, serta melakukannya dengan kelembutan dan kasih sayang.
11. Isteri sangat senang apabila suaminya membuatnya merasa dirinya penting dalam hidup suaminya
12. Isteri menyukai suami yang memperlihatkan rasa cemburunya yang wajar serta menunjukkan kekhuatiran sekiranya dirinya ditimpa bahaya.
13. Isteri sangat senang sekiranya suami mempercayainya, mempercayai akhlak dan amanahnya.
14. Isteri tidak suka apabiila suaminya memuji kecantikan, layanan atau pilihan wanita lain.
15. Isteri tidak suka suami menyebutkan kelemahannya sekalipun dengan niat bergurau terutama di depan orang lain.
16. Isteri tidak suka sekiranya suami mengancamnya dengan penceraian
17. Isteri tidak senang hati apabila suaminya membicarakan mengenai poligami walaupun secara bergurau
18. Elakkan dari memandang wanita lain di depan isteri walaupun secara tidak sengaja. Ini akan melukakakn harga diri dan perasaanya serta menumbuhkan rasa cemburu dalam diri isteri.
19. Rumah adalah segalanya bagi isteri. Oleh itu, sebagai suami pastikan keperluan isteri disediakan secukupnya mengikut kemampuannya.
20. Suami perlu usahakan supaya pekerjaannya tidak mengalihkan perhatiaanya daripada isteri dan keluarga.
21. Tinggalkan urusan pekerjaan suami diluar rumah dan berikan sepenuh perhatian kepada isteri dan anak-anak apabila berada disamping mereka.
22. Elakkan meninggalkan isteri sendirian di rumah dalam satu tempoh yang lama tanpa keperluan yang mendesa, terutama ketika pasangan belum dikurniakan cahaya mata. Sekiranya pasanagan sudah mempunyai cahaya mata, sekurang-kurangnya isteri akan menyibukkan dirinya dengan memberi tumpuan kepada anak-anak disaat mereka berjauhan.
23. Isteri sengat senang dengan perlakuan suami yang mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman setiap kali meninggalkan rumah. Apalagi sekiranya ia ditambah dengan kucupan.
24. Apabila berlaku perselisihan faham antara pasangan, suami ataupun isteri perlu berusaha supaya tidak melampaui batas. Suami diingatkan supaya tidak melampaui batas apabila membuat sebarang tuduhan kepada isterinya.
Contoh : Apabila melihat isterinya berhias, suami jangan menuduh secara melulu kononnya si isteri berhias supaya dilihat oleh lelaki lain. Boleh jadi si isteri berhias supaya dilihat oleh suaminya, supaya suaminya senang hati apabila melihatnya.
Fuhhh..panjang menjel-jela aku taip. Amacam? Best kan buku Tuan Guru Nik Aziz ni. Tapi aku sendiri masih belum khatam.
Jangan baca seperti mencurah air ke daun jambu ye. Ambik input yang penting demi masa depan yang bahagia. insyaAllah. hihi. Takde orang taknak bahagia ye dak. Bahagia datang dari Allah, dan atas usaha kita untuk mencari bahagia dengan cara yang Allah redha.
Jangan kau fikir aku gatai sebab amek topik ni. Aku nak share ape yang aku baca dari buku yang sangat best dan banyak sangat input. Penulisan yang sangat mudah difahami. Dan buku ni walaupun topik pertama dia adalah PERKAHWINAN, tp aku rasa tidak tertakluk kepada 13PG, 18 above ke ape-ape tah. Semua lapisan boleh baca dan cedok ilmu sama-sama. Baiti Jannati insyaAllah =)
![]() |
| Sangat sweet kan. Baju pengantin perempuan sangat cantekkkkkk. Simple Yet Elegant. hihi |



13 comments:
ery.. ;)
mok : hoi. ko ngape? hahahaha
wahhh sweetnya. senyum2 baca post ni hihi
Bismillah...
Sungguh lama rasanya tidak meninggalkan kesan tapak kaki yg tidak berapa kecik di box comment utk blog ini.. well.. this is the last blog i commented pon.. jd mmg sudah agak lama tidak meninggalkan comment di mana2... and rasanya the main reason is when i commented.. the comment sometimes is sufficient to create another entry pon...
Yg ni pon sedang menuju ke sana nampaknya.. harapnya di izinkan tuan punya blog.. sy tersenyum membaca entry ini.. kerana terselit (rasa nya selit itu tdk cukup utk explain..sebab dia lebih dari selit.. lebih mcm terserlah) list of things yg sgt baik utk diamalkan oleh lelaki2 yg bergelar suami.. dan lelaki2 yg bakal menjadi suami..utk selami nasihat berguna dari hati seorang tuan guru melalui nukilan(peh istilah) blogger.. yg do put some effort highlighting important words.. supaya penulisan tidak terlalu mono tone (penulisan pon ada tone ke? for me they are..)
Tahniah kepada penulis entry, semoga diganjarkan dengan pahala atas nasihat dan peringatan(peringatan sebab if org tu suami patutnya dia kena belajar benda ni sebelum jadi suami) dan perkongsian ilmu.. sbb ilmu adalah utk diri dan dikongsikan..itu adalah sifat ilmu...
Cantik cincin tu.. cincin apa tu ye? MasyaAllah lebih cantik rasanya jika ia berada di jari manis insan yg selayaknya... sapa? insan yg dihadiahkan cincin itu kepadanya...
Pagi tadi driving.. ditemani oleh Tuan Guru Nik Aziz.. Alhamdulillah.. dan teringat satu phrase dia.. kito ngaji nie.. keno tengok gapo kita ngaji dan gapo kito buak.. bilohok kito buak tu tok keno nge ilmu.. kito kena turut yg kito ngaji tu... kena sentiasa ada muhasabah dalam mempelajari ilmu.. bila datang ilmu yg betul.. maka berdo'alah.. ber azamlah.. agar ilmu itu dapat di amalkan.. utk kebaikan diri dan masyarakat..
Teringat pula kata seorang ustaz ketika sambutan ramadhan di sini minggu lepas.. kita dalam hidup nie.. kalau kita tak leh nak rasa kita patut bagi manfaat pd orang lain.. baik jadi lembu kuba.. pk makang kedaghoh (dia orang terengganu) (translationnya dalam bahasa jawa kanchong darat :p : Thinking about getting things to eat only.. and mating too.. well.. animals.. what do we expect??)
Lebey pulak dah cakap jawa "kanchong darat" ...ehemm.. anyways.. selamat manfaatkan ramadhan al-mubarak.. semoga dapat manfaatkan bulan mega sale Allah ini dgn semaksimanya...
bile kamuu mahu tunang @ nikah...abg da stable :) ngeh2~~~~
tekun gak eh.hehe
baju pengantin tu mcm bj kawin i dulu...kaler biru putih..gitu....
etong : sgt gula kan..hihi
Anonymous : weehhhhuuuu....akhirnye anon saya kembali juga..lebih dari setahun menghilang..rindu tahu tak? hehe.. ehem, mmg sufficient buat 1 lagi entry..but i loike tau =). Of course la sangat banyak perkara penting, buku TGNA ni yang tajuknya bunga kebahagiaan ni dihadiahkan oleh insan yang sgt teramat istimewa dalam hidupku.. Cincin ini milik saya..walaupun dah pernah bengkok sbb terpijak didalam kereta wish merah, tapi dah ok semula. Dan again, cincin yg sgt istimewa. Cinta hati saya okey =)
wow..terernye cakap jawa kanchong darat..boleh prektis lagi ni.. hihi.. sekali lagi, terima kasih kerana kembali.. wink wink (sgt happy)
aqeela : hehe..nanti walimah, aku jemput naaa...
rathiqah : aah, tingkat 1 =)
kak bery : i pun nak baju pengantin camni... baju camni je.. hihi
panjangnya....terketar2 membacanya....:)
Post a Comment