Nuffnang

Thursday, August 4, 2011

Alahai motokar!

Motokar? Klasik bangeten. Hep, jangan korang tak tahu pulak motokar tu ape. Dulu aku ingat motosikal dengan motokar tu same. hehe. tapi tu dulu la. dulu. Sekarang ni dah pandai sikit. Tahu lah jugak nak beza motosikal dengan motokar.

Kes 1 :

Aku kene saman. Ye. kene saman. Sebab bawak kereta laju la sangat. Bukan laju sangat pon. 123km/h. Lebih 13km/h halaju. Cet. Tak puas hati langsung kene saman sebab bawak exceed 13km/h je. Kalau kene saman sebab bawak sampai 160 atau 170km/h puas hati la jugak nak membayar RM150. Itu pun kalau bayar within 15 days dari surat saman sampai rumah. Kalau lebih 15 hari, kene bayar RM200. Lepas tu kalau lewat lagi RM300. Tak pasai-pasai kene saman masa aku drive balik dari penang ke selangor. Dari utagha mestilah lebuh raya PLUS ye dop. Oleh kerana aku tak kerja lagi, encik Dearie la yang mensupport eden nak bayar saman tu. Thanx dearie =)




Kes 2 :

Mak ayah aku masing masing berkerjaya. Jadi, sudah pagi-pagi mereka keluar bekerja. Aku pulak matahari dah tinggi baru nak celik mata. Kereta kesayangan aku (yang aku bawak dari penang ke selangor), mak aku guna pagi tadi. eh jap, bukan kereta aku pun. Kereta ayahanda tercinta. kihkih. Aku takdop pitih lagi nak ade kereta sendiri lagi. Jadi, 2 buah kereta mereka dah bawak. Ada lagi 2 buah kereta kat rumah. Satu auto, satu manual. Oleh kerana aku ni BANYAK sungguh adik-adik angkat aku yang dok mengiow. Aku pun dengan baik hati nak bagi depa makanan lah. Sekali tengok "biskut" depa ni semua dah habis. Kuat makan betul diorang nih. Ade dalam 10 ekor kot adik-adik angkat aku kat rumah. jadi aku bercadang untuk keluar dan mencari makanan buat mereka. Jadi, aku mendecide untuk bawak kereta manual which is SAGA biru keluaran yang pertama. Keluaran yang pertama. Kereta tu dikenali juga sebagai 1st car ayah aku dan beliau tidak pernah mahu menjual kereta kesayangan nya itu. Kenapa aku pilih kereta Saga itu? Ini kerana tempat yang aku nak pergi carik makanan adik-adik kesayangan aku ni adalah pekan koboi. Kereta auto lagi satu tu agak besar dan agak susah nak menyelit di pekan koboi. Lagi pula kereta itu kelihatan agak eksklusif, sekali ter'scratch', memang mak aku terus scratchkan aku. Sebab kereta itua adalah  kereta kesayangan dan idaman beliau. Pehhhhh...bawak kereta manual lama memang mencabar. Aku terasa macam aku ni baru nak ambik lesen. Kalau pemegang lesen P, takpe lagi. Ni asyik tersengguk-sengguk kereta tu. Inilah padahnya terlalu biasa membawa kereta auto. Lepas tu terus lupa gaya manual. haha. Adik aku puas hati dapat gelak terkekek tengok aku drive manual. Cesttttt. terus aku rase nak sekeh dia. Oh, lupa. kereta itu juga tiada power steering. Sakit tangan aku kau tahu T_T

Gambar ni ihsan gugel. Kereta antik yang ada kat rumah aku,sebijik camni.. hihi. best best.



11 comments:

Anonymous said...

haha sian..tu la kan..kalau dh lama sgt asik bwk auto kang bwk manual mesti ada ja yg x kena hehe..

bujal X said...

kemain comel posing~~cincin lawa~~

*selamat berbahagia dan salam ramadhan eri!

erysweetie said...

ZZY : eheh. tu lah pasal. terus kereta taknak bg kerjasama. cett

erysweetie said...

bujal : itu posing tak-sedar-diri-dah-tua. tenkiuk2 puji cincin..hehe

thanx doakan ery bhgia..ramadhan kareem..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

trime kasih berkunjung dan komen di blog sy..

sy sgt menghargai..

selamat berpuasa dan salam perkenalan..

semoga berkunjung semula ya

Unknown said...

muahaa...aku ade sejibik keta camtu kaler ijau rumput dalam mulut lembu..

Unknown said...

peh.. aku yg lelaki ni pun bwk 100km/j je..

erysweetie said...

jiji : kereta antik kan..haha

erysweetie said...

heidi : err...penyakit kot aku ni..hehe

LaLaLovy said...

i pun byk kali kena saman speed track. =)

erysweetie said...

hehe..abeh la duit kene bayo =p