Niqab. Ape dia? Biasanya orang melayu kita kenal ia sebagai purdah.
Sekarang ni memang agak banyak jugak yang buat niqab/purdah ni sebagai fesyen di majlis pernikahan/perkahwinan. Hok yang tu aku toksey komen sangat lah.
Yang aku nak kata cantik ni pada mereka-mereka yang istiqomah dan benar-benar berniqab. Entah, rase sejuk sangat tengok depa ni.
Ye lah, cabaran untuk berniqab kat Malaysia ni bukanlah mudah. Pergi mana-mana pun orang akan pandang sebab "pelik". Maksud "pelik" kat sini adalah lain daripada kebiasaan yang kita nampak wanita2 islam di malaysia.
Mungkin ade yang stare sebab rase annoying dan ada jugak yang stare sebab kagum dengan mereka ini. Yang rasa annoying tu mungkin ade rase cemburu la kot. kihkih. Mungkin ade yang terdetik "eleh, cantik sangat ke sampai nak tutup-tutup muka".
Tapi honestly bila aku tengok golongan berniqab ni, ada rasa nak kenal mereka dengan lebih dekat. Sebab insyaAllah mereka dari golongan orang yang baik-baik.
Berniqab ni perlu satu tekad dan kekuatan yang utuh dalam hati. Sedangkan aku ni nak consistantly pakai tudung labuh bulat pun agak susah. Time sekolah dulu ikut peraturan sebab memang perlu pakai tudung labuh bulat. Masuk universiti, time tu dah start trend shawl pusing sana sini. Aku yang masih remaja ni pun asyik dok suka nak buat jugak sebab cantik.
Tapi! Bukan maksud aku bershawl atau pakai lilit-lilit tu tak menutup yang sepatutnya. Cuma kadang-kadang lebih mudah tak terjaga berbanding tudung labuh.
Walaupun aku masih susah lagi nak kembali pada zaman selepas sekolah yang boleh consistantly bertudung bulat labuh dan masih suka kepada lilit-lilit dan shawl, aku sendiri kene admit hakikat ni.
Actually macam-macam hujah yang dikeluarkan pasal niqab ni. Ada sesetengah ulama' kata ia adalah wajib dan yang meletakkan hukum sunat. Aku nampak niqab ini lebih kepada menjaga diri seoarang wanita/perempuan/muslimah.
Perasaan nak pakai tu ade la jugak. kihkih. tapi aku macam tak layak je.
Buh-bye =)



9 comments:
sy sgt memandang tinggi muslimah yg berniqab..sy ad stigma bhw mrk yg berniqab ini adlh org yg tnngi ilmu agamany&tinggi akhlah ny..jjur sy katakan yg sy sgt cemburu dgn muslimah yg berniqab&mmkai tdg dgn smpurna.sy cemburu krna mrk kuat dan cekal dlm mengabdikan diri ke jalan allah dn sy x mmpu utk jd spt mrk..
kalo tak pakai pon tak jadi masalah..tapi kalo dah wajah tu sampai boleh mengundang berahi lelaki jika melihatnya..sunat pakai..
@me : =) insyaAllah semoga kamu kuat mengabdikan diri pada jalan Allah. Takpe tak pakai niqab, asal menutup aurat dengan sempurna..
@jiji : aku tak rase perempuan tahu kalau2 wajah mereka mengundang berahi lelaki kalau orang tak bgtahu. mostly aku survey kenapa mereka berniqab, sbb nak jaga diri sendiri dan jugak rasa malu yg ada.
ade je pompuan cantik berpurdah.
sriyes,
hehe
ko bile nk berniqab?
@amer : yup..mmg ramai..aku pun pernah tgk..mmg comey + cantik gile.
daus : soalan cepumasperak tuh.
Alhamdulillah ukhti... moga Allah beri kkuatan utk mngenakan niqab juga... jom sama2 ikut sunnah pkaian para isteri nabi, ummahatul mukminin.. =) salam ukhuwah fillah... =)
Post a Comment