Nuffnang

Tuesday, August 9, 2011

BONUS weh, BONUS.


Pehh. Ramai aku usya kat facebook masing-masing up status dapat bonus. Lagi-lagi sape yang kerja area Selangor ye dop? Ehem, kampung halaman aku tu tau tak. kihkih.

Tapi toksah la nak fokus Bonus dalam bentuk duit sangat kot dalam bulan ramadhan ni. Fokus nak sedekah banyak-banyak takpe. Especially bersedekah banyak-banyak kepada mereka yang masih belum bekerja. Ada banyak contoh terdekat, seperti aku. (ehem)

Meh aku share lagi bonus ber tan-tan yang Allah nak bagi sepanjang bulan ramadhan ni.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :

BONUS  1 : Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

BONUS  2 : Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka

BONUS  3: Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman : 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

BONUS   4 : Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain ramadhan

BONUS 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disemournakaan pahala amalannya setelah selesai mengerjakannya)



Ramadhan dan puasa adalah 2 perkara yg berbeza. Puasa didalam ramadhan, which is more than sekadar tahan lapar dan haus. 

Haritu aku ade snap gambar passport untuk PhD application dekat kedai gambar la kan. Mestilah kedai gambar. Takkan kedai kasut pulak. ayoyoyo. Lepas snap tu, tunggu lah gambar tu nak di cuci. 

Tak berapa lama ada seorang mamat melayu islam yang nak beli frame dan cuci gambar saiz besar. Dia nampak agak kenal dengna tokey tu. Siap mintak tokey cina tu belanja depa buka puasa. Dah mintak tokey cina tu belanja, boleh pulak kata " Nanti boleh lah buat nyanyi-nyanyi. Takde nyanyi-nyanyi mana syiookkkkk". 

Kat situ jugak aku rasa nak sekeh kepala mamat tu guna kepala lutut aku. (duh)

Aku malas nak hurai banyak-banyak kenapa aku rasa nak sekeh mamat tu. Pikiaq sendiri. sebelum pikiaq tu, baca sikit buku-buku yang boleh bawa kita ke jalan yang Allah redha, bukan yang Allah murka.




Last sekali. Macam biasa. Lihatlah dunia dari dimensi akhirat.




5 comments:

Unknown said...

bulan pesta ibadah

Unknown said...

bulan pesta ibadah

erysweetie said...

jiji yu : yup! tp rasa diri sendiri masih kurang berpesta ibadah =(

LaLaLovy said...

@erysweetie haih, mesti lawa ni. tunjuk gambo kat kite yeee ?

LaLaLovy said...

@erysweetie haih, mesti lawa ni. tunjuk gambo kat kite yeee ?