Pehhh. Aku baca berita ni terus rasa nak sentaps. Sebab harini baru rase taknak masak dan nak beli jek kat bazaar ramadhan. Dasar Pemalas!.
Kamu baca berita ni dulu.
BH] MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.
Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.
Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.
Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.
“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.
Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.
“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.
Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.
Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.
Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

Kata aku :
1 ) Innalillahiwainna ilaihi rajiuun. Mati itu pasti, dan penyakit itu adalah asbab kepada apa yang telah Allah tetapkan.
2) Betapa besar hikmah kenapa ada ayat "An-nazofatu minal iman" which maksudnya : Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Iman ini apa? Iman ini adalah tauhid. Keyakinan kepada Allah, Malaikat, Rasulullah, kitab Allah, Hari kiamat, qada' dan qadar.
Yang mana betul2 nak ditegaskan yang Allah sangat nak hamba-hambaNya menjadi seorang yang pembersih dalam apa jua keadaan. Nak solat, perlu bersuci dari hadas. Ini lagi bab makan yang nak masuk dalam perut kita, jadi contributor kepada tenaga, masuk dalam salur darah, membantu pembentukan sel-sel dalam badan.
Memang aku tau, kalau yang jual dah banyak-banyak ni, depa ada yang tak berapa nak kisah bab kebersihan. Asalkan dapat dijual. Tapi depa tak pikir yang mana Allah akan soal balik apa yang depa buat, perniagaan yang depa jalankan. Kemudharatan yang depa sebarkan pada orang ramai.
3) Oleh kerana mata kita ni bukanlah mata mikroskop ataupun, takkanlah kita nak pi buat ujian sampel makanan setiap kali nak makan ye dop? Sebab itu, pentingnya doa dan mohon pada Allah diberi perlindungan. Sebab tu ada doa sebelum makan. Dan kalau terlajak makan dah pun, jangan lupe baca doa dah terlajak yek.
Takde sape yang boleh jaga kita selain dari Allah.
Hati-hati okey!

8 comments:
sebab tu saya tak beli makanan yang tak ditutup~~
hati-hati too :)
bujal : hoho. menakutkan.
syuti : thank you =)
tak suke aku g bazar
jiji : ko masak sendiri eh?
adui..bahayanya
tu ler pasai..mmg kene hati2...
Post a Comment