Nuffnang

Monday, December 9, 2013

Sewing Project saya || El-Hamra' Wardrobe.

Assalamualaikum?

Memang sangat lama dah terbiar je blog ni. Dulu-dulu at least akan update weekly kan? Dakpelah kan. Takde benda ekstravagaza kaat blog ni. hehe.

Sebelum ni ery ade cerita yang ery join kelas menjahit Yasalma kan? Alhamdulillah, ilmu makin berkembang. Semakin banyak pattern sudah di torai. Alhamdulillah become better and better =)

Mesin jahit tep dan mesin jahit lurus pun dah ade sendiri alhamdulillah. Tak pernah terfikir pun akan ada mesin jahit sendiri and akan suka menjahit. Hihi. Sekarang ni memang gian menjahit. Masuk jakel dan kamdar, insyaAllah habes beratus jugak. Ayoyoyoy. Tapi best, boleh pakai baju baru tiap minggu =p. Tapi dah sebulan tak dapat buat baju sendiri sebab dok buat baju orang lain. sadis betul.. hukhuk

Ni antara koleksi yang pernah ery jahit. Alhamdulillah dah dapat pada tuan masing-masing. =)
Antara baju terawal yang ery jahit. Princess Dress El-Hamra' nama dia.kiki. And i loike it veghiiii muchos =p


Yang ni pulak untuk salah seorang customer. request untuk nursing jenis yang mudah selak. Senang bagi mommy yang breastfeed baby. mommy gojesss gituh bile pakai Nursing Princess Dress El-Hamra'



Kanak-kanak version =)



Yang ni jenis jubah A-cut. A-cut sesuai untuk mereka yang suke kesimpelan. Kesimpelan? 


Ehem. dan ini label baju El-hamra' Wardrobe =) Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.




Tuesday, September 10, 2013

Belajar jahit jubah dari kak Yasalma - Modest Dress Designer.

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum. w.b.t. Masa ramadhan lepas dah nak masuk syawal, ery ade join kelas by YASALMA. Agak femes jugka tailor ni. Dress and jubah yang dia jahit memang cantik. Alhamdulillah, Allah izinkan ery belajar dengan kak yasalma.

Ery ni memang zero basic, mak ery pandai menjahit..tapi mak ery pun dah lama tak menjahit sebab ayah suruh kurangkan aktiviti menjahit. hehe. Lepastu, mesin jahit tu mak beri pada makcik. Jadi, sejak ery besar, memang takde mesin jahit. Ery ni agak cerewet pasal baju and jubah especially. Bila tengok orang dok belajar menjahit dari zero basic, tu yang register jugak nak belajar ngn kak yasalma.

Time ramadhan haritu ery belajar one to one. Memang sangat senang,cepat dan dalam masa 2-3 jam boleh siap memotong dan menjahit untuk seorang beginner okey!. Kalau beginner pun dapat buat sehelai jubah dalam masa 2-3 jam sahaja..apalagi yang dah biasa memotong kain dan mejahit ye dak?

Dari segi yuran, agak sedikit mahal tapi frankly speaking memang sangat lah berbaloi dengan ilmu yang kak salma ni bagi. Memang sangat senang dan insyaAllah mmeng motivate kita nak menjahit sebab tak terlalu complicated.  

If korang nak join, boleh pegi FB page : Bengkel Seharian Membuat Jubah. and buat appointment dengan kak salma. =)


Ni jubah yang dah siap. happy gile tak terkata rasa bila dapat buat camni

Belajar terus guna mesen jahit industri tapi seriusly best gile. Rasa nak pegi kelas lagi belajar lain pulak. hehe

Ni nota ery untuk buat jubah, dah reupe macam belajar math pulak =p
Alhamdulillah, Allah izinkan ery beli mesin jahit sendiri jugak.. Ery dah beli mesin jahit Brothers GS2700 alhamdulillah. Tak sabar nak mengisi masa dengan menjahit. Kalau boleh, memang ery nak jadi wanita yang serba boleh. Dalam masa nak sambung PhD, boleh menjahit-jahit sambil baca journal. hihi.

Rabbi yassir wala tu'assir. =)





Monday, July 1, 2013

Sungguh. Rindu Zawjee.






Sungguh.

Amat rindu chentahati.

Long-distance-marriage is very painful.

T_T

Tak tahu dah berapa kali asyik nangis jek.

Doakan saya cepat dapat pindah dan duduk dekat dengan zawj.

Unbearable. Really.

O Allah, permudahkanlah.


Tuesday, June 11, 2013

Pelik?


Masih ada rupanya manusia yang kelihatan seperti tidak puas hati dengan apa yang Allah telah beri dalam kehidupan saya sekarang.

kelakar. yes. kelakar.

My life has nothing to do with your life. Please terasa bagi yang perlu terasa.

Allah letak saya di 'track' kehidupan ini. Allah pasti tahu apa yang terbaik buat saya.

Cuba check balik kita ni hidup untuk apa?

Cuba check balik apa matlamat sebenar hidup kita?

Untuk dapat dunia semata-mata atau nak kejar akhirat?

Kehidupan yang semestinya abadi dan kekal.

Antara redha manusia dan redha Allah, saya pilih redha Allah dulu. Saya harap, kamu pun pilih redha Allah dahulu.

Jika dapat keduanya, saya sangat bahagia.

Jika terpaksa memilih antara dua itu, saya akan pilih redha dari Dia.

Alhamdulillah, saya juga dapat redha manusia-manusia terpenting dalam hidup saya dan

insyaAllah saya juga dapat redha Allah selagi saya hidup berpandukan syariat.

Saya pernah buat silap. Sama seperti kamu. Tetapi rahmat Allah itu luas. Sangat luas.

Saya dan kamu pasti ada ruang untuk bertaubat dan memohon maaf pada manusia yang mungkin kamu sakiti.

Hidup saya, Allah dah tulis. Dan saya redha. Saya bahagia.

Sungguh, bahagia itu datang dari Dia dari jalan apa sekalipun. Tiada satu tangan pun dapat menahan jika Allah mahu campakkan rasa bahagia dalam hati saya

Atas apa sahaja yang telah dan perlu saya lalui, Allah beri rasa manisnya bergantung sepenuh kehidupan ini pada-Nya.

Saya belajar mengatur tadbir kehidupan saya bergantung pada takdir-Nya

Indahnya hidup bertawakal. Susah nak dapat. Serius susah.

:)

Dan Alhamdulillah itu yang saya dapat dan saya belajar lepas Allah turunkan segala kesakitan
dalam hidup saya disebalik senyuman yang saya perlihatakn luarannya.

Allah, uruskanlah segala urusan kehidupan ku dan janganlah serahkan diriku kepadaku walau sekelip mata.
:)


p/s : beberapa tahun lepas, email saya telah di hack beberapa kali. saya tidak redha sehingga anda datang dan berterus terang. Andai tidak, mungkin anda masih berhutang dengan saya sehingga hari pembalasan. :)





Monday, June 3, 2013

Review : Jubah dress dan half moon labuh untuk waleemah.

Bismillahirrahmanirraheem ;)

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni batuk agak teruk jugak. Almost 2 weeks jugak lah. Post wedding punya batuk. ekekekek. Cuaca kan sekarang sangat panas pastu kejap-kejap hujan. Makan ubat dan minum air kosong manyak-manyak okep. =)

Cuti tak lama, sebelum majlis takde ambik cuti dan lepas majlis cuma ambik cuti 3 hari. Lepastu sambung kerja balik. Banyak sangat yang kene hold plan and masuk kerja, memang parah jugak nak kejar balik kerja-kerja yang tertangguh tu. Uhuk. Takpelah, berkhidmat untuk negara. ehe.

Masa walimah haritu, ramai jugak yang tanya ery kat mana buat dress and semua-semua persiapan. Persiapan ery simple-simple aje. Cuma ery start awal, settle payment month by month sikit-sikit. Tak lah rasa segedebuk keluar duit kan? hehe.

Mula-mula dulu ery cuma rasa nak sewa je kat butik pengantin, tapi bila ery tengok cutting mak aihhh.. memang zawj takkan kasik punyelah pakai. Sebab most of baju pengantin if not all pun mesti mesti ade yang ikut cutting and shape badan kan. Dan bila ikut cutting badan perempuan ni, Allah marah. Bila Allah marah, camne nak dapat redha dan berkat dari Dia? Kalau masa majlis walimah tu sendiri yang nak dapatkan berkat sepanjang hidup berumahtangga tu pun Allah dah murka, macamana nak bina baitulmuslim ye dak? Ery tak kata semua baju pengantin kat butik tu tak bagus, ada yang betul-betul ikut syariat. Kene pandai carik, tepuk dada dan tanya iman. =)

Then ery decide nak buat jubah flowy kembang ala dress. Tapi still ery tak tau fabric camne yang sesuai. Satin ke, jojet ke? Lepastu ery start gugelling carik fabrik ape yang sesuai dan yang tak panas sangat even dalam cuaca panas. Alhamdulillah ery jumpa blog student fashion designer yang suggest kan fabric ape yang sesuai untuk wedding.

Take note oke =)

1) Silky Fabiano
2) Valentro Uomo
3) Satin Silk
4) Soluna platinum
5) Valentina

Ery dapat list ni dari blog adik ni ;) thanx dik.

http://fashionableshuha.blogspot.com/2012/12/fabrik-atau-kain-yang-sesuai-digunakan.html

Untuk buat long and flowy dress, digalakkan ambik kain bidang 60. lagi cantik okey. Haritu ery ambik fabrik silky fabiano. Time tu ade sale gila best kat JAKEL. Sebut je nama kain, nnt dia akan bawak and bagi banyak pilihan yang best. Ery terus beli 5meter for me (If bidang 60, 4meter should be enough) untuk buat dress labuh dan 4 meter for zawj dari fabrik yang sama untuk buat baju melayu dia =) Ohhh.. He was so handsome and macho on that day. Tak tau lah dah berapa kalai gedebuk gedebuk jatuh chenta. ekekekek =p

After that, ery start hunting, sape yang boleh hantar jahit buat dress. Yes, dengan usaha mencari melalui google, dan of course bersama bantuan Allah, ery jumpa akak yang jahit baju dan beading sekali. Allahu Rabb. Rumah dia pun tak jauh dari rumah ery. Bandar Sri Permaisuri is berjiran dengan Bandar Tun Razak, terus buat appointment and mintak akk tu jahit. Ery bgtau ery prefer lace and beads and tak suka labuci. and masyaAllah Alhamdulillah, she did exactly the way i love my dress would be =) Boleh pergi Facebook page akk comel ni  https://www.facebook.com/ZafnisCreations?fref=ts

and yes, memang tak mahal dan berpatutan akk tailor ni ambik upah.

Jahit jubah dress : RM80
Lace and beading plus 3D roses dkat kaki dress and both lengan : RM150


Lepastu ery terfikir, hmmmm...nak buat tudung camne yek? Mula-mula nak jahit tudung labuh sendiri macam selalu buat. Tapi somehow warna tudung tu lebih pekat dari warna dress. More to red color. Memang tak berapa masuk. Tetibe teringat halfmoon labuh yang senang gile nak pakai dan terletak cantik dari my sweet adik Kasihnya Laila. Boleh visit her fb page : https://www.facebook.com/RuuhulHubbiCollection?fref=ts

Jam tu jugak PM my adik laila and request buat halfmoon labuh double layer with simple beading and lace. MasyaAllah, that halfmoon only cost me about 55MYR. Bayangkan, Big labuh halfmoon, double layer with beading and lace somemore. Sangat lah happy sebab memang match sungguh dengan my jubah dress. ;)

Overall, alhamdulillah ya rabb. Tak terkata rasa syukur majlis berjalan dengan lancar. Dipertemukan dengan manusia-manusia hebat yang membantu memudahkan urusan saya. Semoga Allah membantu dan memudahkan urusan-urusan mereka yang banyak membantu memudahkan urusan saya =)

Sedikit gambaq yek ^^ Sesapa yang masih mencari idea nak buat camne majlis, harapnya entry ni membantu uols oke..


Dearie, u look so hemsem lah. hikhik =p





Gambar 4 atas ni semua dari my official wedding photographer. Simply suhperb. Boleh tengok FB dia kat sini : https://www.facebook.com/mkhaleefah?fref=ts


Gambar kat bawah ni semua dari camera personal. Masih tunggu full gambar dari my OP =)


Love them all. Precious gift from Allah. Thank you Allah. 


Hold my hand, untill jannah. 

Kesayangan suami saya, kesayangan saya juga :)



I want to be with you for the rest of my life. Pls, grow old with me zawjee.

Semua kek yang ada dalam majlis ni, ery order dari 1 tempat jek. and seriously absolutle suhperb.  Especially kek  rainbow. Memang habis licin cuppies and kek lepas majlis =) Nak ery review kek ? hehe

2 insan yang sangat sangat sangattttt sabar melayan kerenah saya, yang sentiasa perlu adjust diri untuk saya, yang terlalu banyak berkorban jiwa, perasaan, kehidupan, wang demi saya. Oh Allah, sayangilah keduanya sepertimana mereka menyayangiku sejak diri ini dalam rahim ibuku. Limpahkan kehidupan mereka dengan kebahagiaan dan keberkatan duniaMu dan akhiratMu. Masukkanlah keduanya ke dalam syurga firdausMu. 


Thursday, May 16, 2013

It has been so long :)

Bismillahirrahmanirraheem =)

Assalamualaikum warahmatullah.

Lama sungguh rasanya tak menjenguk blog yang rasenya macam dah lama sangat terbiar. Sekali check, rupenya last entry on early march. hehe. Pepura bizi la kan konon-nya. Busy sikit, malas banyak. Boleh ke? hehe.

Hmmm...lama jugak stuck fikir idea apa nak tulis untuk entry baru. Tengah menulis ni pun idea still tak sampai lagi. hihi.

Anyways,

Ok tak ni? Very the simple. InsyaAllah for my majlis waleemah nanti =)

Dalam gambar ni nampak warna pink kan? Tapi true color dia is dark peach. Upah jahit dress jubah and buat beading kat Bandar Tun Razak. Veghi the near and veghi the cheaper upahnya and yet sangat lah satisfied dengan jahitan dan beading yang dibuat. Alhamdulillah Allah temukan dengan orang yang betul untuk  tempah ;) Benda-benda best memang saya tak berapa reti nak simpan sikit, sebab tu lah up entry pasal baju pulak. hihi.

Lepas ni plan nak belajar jahit jubah kat Bukit Bintang. Dengan Kak Yasalma. Yuran tak berapa nak murah tapi insyaAllah bila ade ilmu, yang lain semua mudah kan asalkan nak ada usaha. Hopefully one day boleh buka butik eksklusif sendiri untuk provide dress yang mengikut syariah dalam wardrobe uols insyaAllah. Best sebenarnya pakai labuh-labuh ni. Sebab truely speaking akan rase di protect. Eventhough orang cakap gemuk lah, besar lah. Just whatever. Sebab gemuk ke, kurus ke wanita tu, body shape dia just only for her zawj. Orang lain tak perlu nak menilai sangat.

And yes, quoted from a vlogger (couldn't remeber her name) -
 "Wearing tudung labuh, baju longgar. Euwwwww.. you look fat lah"
....... But, I don't see how wearing ketat-ketat you look any skinnier.


Me : Indeed!

and lastly, actually I quite berdebar to post it here. hihi. Tapi to invite sesiapa yang baca blog ni, maka dengan merendah diri, pembaca blog ini semua dijemput ke majlis waleemah saya dengan insan yang Allah telah tulis dan tetapkan untuk menjadi zawj saya. Alhamdulillah, insyaAllah akhirnya majlis waleemah ini akan diadakan pada 25 Mei 2013. Sesiapa yang ada kelapangan dan sudi datang majlis saya, mohon PM saya di personal FB saya :  Jendela Kecerdikan . InsyaAllah saya akan bagi address dan jugak pos kad jemputan =)


Till then..
babaiiiii~ ^^



Saturday, February 16, 2013

Kenangan itu.

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar uols? =)

Hari ini hari jumaat, yeay, esok sabtu. Dan ada trial make up insyaAllah ^^ Hopefully ok.

Dok browse video kat youtube, tengok-tengok ape yang menarik. Terjumpa video Enta Eih by Nancy Ajram. 1 of favorita song dan antara yang banyakkkk sangat ingatkan ery pada kawan-kawan ery masa study kat USM Kubang Kerian dulu. Batch 2006 to be precise. :)



Sangat sentimental pulak malam ni bila teringat balik semua kenangan dengan kawan-kawan Medical Radiation (MedRad) 2006. Sebab diorang memang suhperb. Malam ni terasa sangat rindu pada mereka, tu yang meluahkan kat entry ni. Ery tak tau nak describe camne kerinduan ery pada kenangan study tu semua. Especially bila dengar lagu enta eih ni, teringat mase masing-masing berusaha untuk kurus, pergi berbelly dance sama-sama, study 3-4 pagi siapkan thesis kat kopitiam depan usm sama-sama. Tu tak masuk lagi pergi Tasik banding, Jeram Mak Nenek, Pantai Melawi, buka puasa sama-sama, masak ramai-ramai.  Terlalu banyak. Ery tak berani sangat nak browse folder "MedRad" sebab pasti ery akan menangis sebab terlalu rindu.

Jadi, tengok sikit jek lah =p


Sambut raya sama-sama. 
Selalu sangat buat majlis makan-makan out of sudden.
Pantai Melawi  pulak. 
Selesai VIVA. Thesis presentation.
Pre-graduation. 2010.
Bowling together. Ery juara longkang =p
Makan chim chum. 
Kami yang oren. Pantai lagi.

Mandi Jeram. Jeram mak nenek kalau tak silap.








Antara moment paling best, paling happy sepanjang hidup. ^^ Convocation.
Credit to : cinta hati.


Wednesday, January 16, 2013

Replay Qasidah - Ya badrotim



Assalamualaikum ^^


Tak taulah dah berapa ratus kali ery replay. Saje harini nak share kat blog. Best sangat.  Comel kan budak tu? Semoga ery dapat anak-anak camtu insyaAllah. Yang menyambung perjuangan islam dan menjadi khalifah di bumi Allah ^^ Bercita-cita tinggi sungguh kan. hihi. haruslah kan. Semoga Allah permudah dan Allah redha. =)





Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad. 

Selawat yang terbaik adalah selawat  ibrahimiyah yang selalu kita baca masa tahyat/tasyahhud akhir solat. Salah satu tips membuka rezeki yang luas insyaAllah ^^



Monday, January 7, 2013

Kenapa pakai produk baru tapi keluar jerawat?

Assalamualaikum warahmatullah =)

Straight to the point lah yek darls sekalian yang penuh dengan persoalan. hihi. ery selalu sangat-sangat dapat soalan, "Kenapa baru guna Aura maya, vitamin C PMCVC keluar jerwat..sedihhhh sangat"

Ini jawapannya yek! Baca sampai habis tau..jangan skip-skip

1) Toksik. Badan kita ni terdedah dengan toksik yang macam-macam dari pemakanan, gaya hidup, pencemaran, etc.. Jadi, it is normal kalau awal-awal guna aura maya dan PMCVC akan keluar jerawat sebab penyahtoksin sedang dijalankan oleh badan kita (detoxification). Just proceed and trust the product. Kalau baru guna 2-3 hari dah give up and tukar produk, mane lah nak nampak kesan kan? Semua usaha nak cantik, nak berjaya, nak cemerlang exam semua kene konsisten atau istiqamah. Jangan expect benda yang 'kotor' dalam badan kita yang kita dah simpan bertahun-tahun boleh hilang bila cube produk yang suhperb 2-3 hari jek.

2) Keserasian. Seriously, it takes time untuk satu-satu produk tu sesuai dengan badan kita. Semuanya bergantung dengan badan kita. Ade sesetengah orang yang cepat jek serasi dengan produk A, tapi ambik masa nak serasi dengan produk B. dan ade yang sebaliknya. Darls, it is our responsibility untuk cari produk yang sesuai dengan badan/muka kita. Tak bermakna satu-satu produk tu tak sesuai dengan badan kita,  produk tu memang tak bagus. Again, tanggungjawab diri kita masing-masing cari ape yang sesuai dengna badan kita. :) Namo kondem produk lain if tak berkesan dengan kita hokey. ^^

3) Pemakanan. Makanan berminyak, pehhh..memanglah sedap, tapi makanan berminyak tu lah menggalakkan kesuburan muka kita ni ditumbuhi jerawat yang ranum *ery pun tak terkecuali* lulz. Jadi, check balik pemakanan kita camne. Itu semua contribute pada kita punya penampilak okep!

4) Kurang minum air. Darls, tahu tak setiap 35kg berat perlukan 1Litre air. Jadik, pepandai lah kira berat korang and kira berapa liter yang korang perlukan sehari yang sesuai dengan berat badan uols okey =) Dulu masa ery nak start minum air 2liter sehari pun rasa azab, sekarang steady jek minum banyak. Plus, sgt bagus untuk sistem penghadaman and our kidney. Kulit nak gebus, minum air banyak2 yek!

Ehem, setakat ni jek idea yang terkeluar itu listkan ape punca2 nya. hihi. Next time if ade idea lagi, ery buat entry lain okep!

Uols boleh order

1) Aura Maya Skincare korean formula - Malatopss : RM130
2) Pure Marine Collagen Vitamin C Felinna ( PMCVC) - suhperb! : RM85
3) Felinna Inchloss - Mantopss! : RM75


Boleh PM ery kat page FB : El-Hamra' Beauty atau sms/whatsapp 0133398879 (no calls please)

Laju-laju PM okey sebab memang cepat sangat-sangat stok abes. =)