Nuffnang

Tuesday, May 31, 2011

Musim tunang, nikah, kahwin, preggy?

Pheww....

Lame sungguh aku bercuti dari membuka blog dan jugak blogwalking..

ni semua gara-gara aku terpaksa buat eksperimen laju-laju supaya boleh buat writing laju-laju...

tapi kasihan, writing masih slow...mood tak berapa nak up...

buat chapter Material and Methods pun tak siap-siap lagi. Kasihan bukan? Minngu depan nak kene submit.

Masing-masing terkejut bila saya perlu bercerita bahawa saya tukar tajuk thesis saya sebulan sebelum submit.

dan semua "sempat ke ery?"

oh oh..saya rasa mahu nangis sebab saya rasa sangat penat. T_T

Tapi Allah kan dah kata "Di sebalik kesusahan itu, ada kesenangan"

Dan ape pun kesusahan yang kita hadapi sekarang...Allah dah janji dengan kesenangan dan kebahagiaan dengan syarat SABAR.

huuuuu...perlu motivate diri sendiri... kadang-kadang jiwa rasa letih sangat, tak kuat...

Dan kekuatan orang mukmin itu adalah dengan doanya...

doakan saya ye. =)

Ohh...

Berbalik kepada tajuk entry, kepada kawan2 saya yang bertunang dan bernikah...barakallah untuk anda semua.

maaf sebab saya tak dapat hadir dek kerana kerja yang masih belum siap ini.

Mari lihat mereka..hoyeahhh....

Tahniah Acap che lah dan isteri...

Tahniah Pejot dan isteri...

Tahniah Fiza dan suami...

Barakallah...moga hubungan suci kalian di rahmati... Pernikahan itu menyempurnakan separuh agama =)

ohhoo...bila baca balik dari awal... kjap "aku"..kejap "saya".haha...biaq pi la...

ada lagi kawan2 yang walimah...tp gambar masih tidak dapat dilihat oleh mata yang kabur ini...kihkih...

eh, apsal bila orang nak teka aku keje ape, mostly keluar ayat ni :

"akak keje cikgu eh?"

atau pun...

"ustazah eh?" -.-"

Fine...fine...aku memang kopipes muke mak sejiban sejibik...





p/s : nak pegi sini lagi boleh tak? nak makan kepok leko..hehe..dekat je pun kan.. =)

Sunday, May 22, 2011

Terasa sungguh teramat malu.

Terpelecok dan aku memang tak dapat dipisahkan.


Aku pernah buat entry dulu yang aku "tergelongsor" depan cafe. Ouchhhh... jatuh my water face okey...

Nak bace entry tu, klik SINI

Hari ini, jam 9.02am, bawah library mahu bergerak ke school of health sciences... sekali nak turun tangga, macam biasa aku terpelecok. Entah nape tah kaki aku ni. Pakai slipar pun terpelecok, ni lagi pakai wedges.

Baik punya landing kaki aku, sekali terpelecok, terus terjatuh..

macam dia menjerit-jerit "aku dah penat jalan lah weh"

Maklumlah, kalau kat usm penang, memang badan diamanjakan dengan kereta. Kat sini, hamek kau jalan kaki ke mana sahaja memikul laptop yang berat T_T. Nak nangis guling-guling lah camni. wuwuwu..

rindu lah my baby kat penang... Wait for me ok dear. *wink wink*


Orang suruh buat keje, tapi dok buat gini. anak sapo ni?

Kali ni tak dapat "padan muka". Kali ni dapat " hati-hati please..." hihi..

chiow, En reduan dah panggil nak pergi radiotherapy department...

Wednesday, May 11, 2011

Nikmatnya hidup.

hoyeh..

Sesungguh sangat lama aku dah tak update blog sesawang yang semakin jelas kelihatan sawang-sawang yang hadir. (?)

Haritu dah balik penang, kini berada di kelantan semula.

Motip?


Wajiblah ade motip. Project aku tak siap lagi kot. kot? Petang ni baru boleh guna machine radiotherapy.
Nama manjanya adalah LINAC (Linear Accelerator). Errr... name tu tak lah bape nak manje kot kan. heh.

Pagi ni masih belum boleh guna. Patient masih ramai yang perlu gunakan machine tu. Jadi pagi2 En.Reduan mesej aku suruh study kat lab pasal research study aku ni.

Arakian, aku pun bersiap dan berjalan kaki dar rumah sewa tumpangan ke USM. Pehhhhhh... panas mencanak-canak pukul 9 pagi buat aku berpeluh-peluh yang boleh buat refill air mineral tahu? euuuuuuww...gross =p

Penat je aku tepek moisturizer l'oreal lah, foundation stage lah.. hancur tahu? hancurrrrr... T_T

Bunyi macam sadis kan. Taklah berapa sadis sangat. Ape aku heran muke nak bercapuk ke hape.

Aku cuma starving kan ekon. Melampau panas nye. hukhuk.

Dan sekarang...yeehhhaaaaa... aku sudah berada di bilik ekon. sorang-sorang atau nama lainnya adalah alone. Sambil menikmati collagen.. ohh..nikmatnya hidup setelah bersusah payah.

Kenapa aku cerita pasal ekon eh? sebab ekon tu beshhhhhhhh.... sape kate ekon tak besh, meh aku katok. kehkeh...

Patutnye tajuk entry ni aku tulis "nikmatnya ekon" ye dak?


Masuk-masuk lab... nampak kat dinding..


more than a year ago...rindu mereka.. =)




Yeay. weekend cepatlah sampai. Can't wait! wink wink.

Saturday, May 7, 2011

Chim chum atau cimcum atau Food Village

Aku pernah jugak buat entry pasal cimcum ni. atau chimchum atau tak kesah lah kau nak eja camne sekalipun.

Pernah masuk jalan-jalan cari makan rasenye..atau ape tah rancangan lain. Tapi ade orang pernah bagitau yang cimcum ni masuk tibi lah.

2 hari lepas, oleh kerana gamma camera rosak, dan aku terpaksa tukar tajuk dalam masa 1 month untuk siapkan semua. memang pengsan.  Jadi aku berdesup menghadirkan diri untuk berbincang dengan Prof Mad. Dan telah di decide, tajuk aku yang "Image quality of SPECT based on myocardial perfusion" telah di tukar kepada "Dosimetry of electron beam in inhomogeneous phantom".

jadi terpaksa menyampaikan diri di Kubang Kerian hari khamis juga kerana hari jumaat, di kelantan cuti. Dan Prof Mad ke UM dari hari ahad ke selasa. No choice, pecut berdesup aku kesana pagi khamis. Pulang ke penang semula hari jumaat. Letih, tapi lega. =)

Terasa dah lama merindui cimcum ni. Dan oleh kerana ramai jugak aku tengok serach pasal Chim Chum atau Cimcum ni, meh aku buat satu entry khas untuk Chim Chum.

Cimcum ni macam Jhonny's lah jugak. Dan macam Seol Garden jugak. Steamboat, bakar2 dan makan masuk perut sendiri-sendiri.

Ade 2 branch di Kelantan. Pengkalan Chepa (berdekatan airport) dan Di Jalan Bayam (berdekatan husm). Di KL dengar kata ada cawangan lain, tapi aku tak sure kat mana.

Latest aku pergi, satu kepala RM15.90 dan kau orang boleh makan sesuka hati sampai habis. Boleh ambik mee, nasi goreng, buah, bubur(nasi air) dan semua yang atas meja. Tapi make sure habis ok. kalau tak kene charge. Haha. yang ni aku tak tau betul ke tak. Sebab pergi makan dengan dearie atau kawan2, sentiasa licin.

Dasar perut size tak berapa kecik =p


Ini sahaja makanan kami =p




Kakak cantek.

Terima kasih kepada kakak cantek kerana temankan saya pergi ke USM kubang kerian. Saya dah buntu dah time tu. Kakak cantek ni walaupun kecik dan nampak muda, dia merupakan pelajar PhD. Setahun lagi, dapat lah Dr. kakak cantek ni. Lepas tu kerja terus dengan USM. hoyeh. bestnye dia. Aku jugak masih terkapai kapai lagi nak abeskan . T_T

Pandangan hadapan kedai cimcum
Oh, lupa nak bagitau, yang aku pergi ni berdekatan dengan HUSM. Kat bawah ni nanti aku letak alamat dan peta ke lokasi tersebut oke.

Sempat aku rembat. kehkeh

Peta lokasi lah.

Sesapa yang duduk area KL atau tak dapat nak datang kelantan untuk rasa kesedapan cimcum, korang boleh call phone number yang kat bisnes kad deme nih. Boleh tanya lokasi diorang kat KL.

Memang tak menyesal lah weh try chim chum ni. bukan ciumcium oke.



Kelantan : terlalu banyak cerita aku di sana. =)

Tuesday, May 3, 2011

Tension berganda-ganda. Thesis aku tak boleh run!

Aku rasa nak nangis guling-guling. Hidup penuh tekanan. Uwaaaaa......

Ingatkan gamma camera dah ok, so dah boleh pergi HUSM dan buat research untuk thesis aku.

Tak taulah nak describe betapa tegang otak aku sekarang ni. Nak je aku fly pergi kubang kerian sekarang mintak tolong prof mad.

boleh je nak tukar tajuk, tapi aku kene start dari zero. Aku kene study the whole procedure. Allahurabbi....sgt tekanan T_T

kenapalah gamma camera ni demam time aku sangat perlukan khidmat dia. Oke, memang lah ade jugak di General Hospital Penang dan Mount Miriam, Penang.. Tapi aku saat genting ni, aku perlu staff yang bekerja dalam department tu dah biasa dengan muke aku yang comot ni.



Gamma camera

Gamma camera ni bukan DSLR camera hokey. Gambar atas tu mase research project aku mase buat degree. Machine ni digunakan untutk pesakit.. Balang tengah-tengah tu kita panggil phantom.

Tempat yang balang tu duduk adalah tempat patient akan baring.

Dan Gamma camera yang atas ni lah yang tengah rosak sekarang. T_T

Aku super duper risau tahap gaban dah ni.. Rasa nak larik pergi Queensbay..huwaaaaa

Nak buat preparation radionuclide. Berat gila lead gown. For protection!


Aku sangat perlu struggle untuk research ni.. teramat risau...

Allah, permudahkanlah.

T_T

True friends? Kawan baik? Kawan betul? Kawan karib?

Assalamualaikum...

Maaf atas kelewatan megupdate blog yang cam hampeh ni. heh. Tak pelah, yang penting, aku syg blog ni. hehe

Fuhhh..

Bari habis exam. Pagi tadi last paper untuk masters.. Lepas ni fokus pada thesis dan VIVA. omaigod omaigod. Mata juling lagi sebab stress. @_@

Harap sangat lah aku lepas dengan baik semuanya. Bak kate omputeh, with flying colours..kihkih.

Okeh, takmau lah cerita pasal exam aku. Bukannya best pun. Macam biasa, sakit jiwa jawab soalan. 



Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini pasti mempunyai rakan. Tidak kiralah samada rakan baik, rakan tak berapa baik, kenalan, rakan rapat, bestfriend dan sebagainya. Ewahh... ayat macam nak buat karangan SPM.

Ehem, spm untuk bm aku tak lah tinggi mane.. A1 je..kihkih...tu je la kot yang mampu dapat A. Yang lain hampeh =p

Apa beza kenalan, kawan, dan sahabat?

Nampak macam sama tapi banyak bezenya. Errr...antara mereka banyak persamaan tapi perbezaan pun banyak. hehe. baru betei...

Meh kite belajo ye.

Kenalan.

Kenalan adalah seseorang atau beberapa org yang kita kenal-kenal sahaja. Kita tak berapa nak tahu info peribadi dia. Dan kenalan ini dalam range kita kenal dia dan dia kenal kita. Not more than that. Ibarat kenal-kenalan di facebook yang awal2 tak kenal pun boleh jadi kenal. heh. FB lame aku terlalu banyak kenalan. Jadi banyak jugak kenalan yang tak berapa aku nak kenal. Jadi, telah ditutup page tersebut.

Kawan.

Boleh jadi kawan sekolah, kawan sekerja, kawan semeja, kawan sepejabat, jangan sampai kawan sekatil sebantal sudey..hehe. Kawan ni level dia up sikit dari kenalan. Which kita tahu details peribadi dia walau tak berapa detail tentang diri dia. Maksudnya tahu secara rough. Biasanya kawan-kawan ni dikumpul masa zaman sekolah. Ada jugak tambah kawan atau nama glemernya "add friend" dewasa kini. Tapi kebanyakan kawan yang betul2 kawan adalah kawan yang ada betul-betul depan mata. hehe


Sahabat.

Sahabat ni level dia aku letak jauh dari level kawan. Sahabat ni yang mahu tegur kesilapan kita dengan baik, sentiasa bersangka baik, dan takde dengki-dengki atau jeles-jeles. Takde rase nak bersaing2 yang tak berapa nak elok. Sahabat ni susah nak cari. Yang ingatkan kita, yang nak kita berjaya sama. Yang tolong masa susah. Yang tak lokek ilmu. Dan yang paling penting, sahabat ni adalah seorang yang tidak bercakap belakang. Yang tahu sesuatu tentang sahabat dia tapi tidak mahu berusaha untuk bersangka baik dengan bertanya khabar dan keadaan semasa.

Berapa ramai dalam kalangan kita yang tak berapa nak bersangka baik dengan orang sekeliling? Dengar orang menyampaikan yang tak berapa baik tentang sahabat kita, itu dan ini, macam2..tapi takda usaha untuk bertanya supaya hati dapat bersangka baik. Susah bukan nak jadi manusia husnuzzon.

Aku sendiri pun masih jauh dari level yang aku tulis tu.


Betul-betul  ke dah true friends bila kita tahu ade sesuatu berlaku pada sahabat kita tapi kita keep on diam dan tidak bertanya? dan simpan dalam hati dan macam-mcam imaginasi yang tak baik keluar dari kepala. Membenarkan syaitan bermain dengan hati dan fikiran?

Sangat susah nak dapatkan seorang sahabat. Teramat susah. Sebab tu banyak hal aku prefer lone ranger. 

Alhamdulillah, masih ramai manusia yang sekeliling aku masih mahu mengambil berat. Terima kasih sangat2...

Sedikit ingatan dari kalian, sangat2 aku hargai. Maklumlah, siapalah ku ini..untuk memintal buih, yang memutih..menjadi permaidani..seperti mana..yang tertulis dalam novel cinta.........lalalalala....kehkeh

Sahabat yang baik jugak sentiasa nak bawa sahabat dia ke jalan yang Allah redha, yang mengingatkan antara satu sama lain. Kan comel bila ada sahabat baik sama2 bertazkirah dalam perbualan biasa2.. waktu shopping ke..waktu buat facial ke...waktu kat spa ke..heheh =p 

Tazkirah ni maksudnya peringatan, takyah lah buat formal sangat. Nampak benda tu berat. Buat secara sempoi, mengembangkan ilmu kan bagus =)

Anyways, itu je lah yang aku nak tulis. Taklah banyak mane pun. 

Sekadar pendapat dan pandangan dan atas ape yang aku perhatikan dan atas segala pengalaman diri. =)

hoyeh, mahu pergi gym...

eh, korang dah tagk THOR? weekend lepas aku with dearie moerie gi tengok. Best gilas. Nanti aku buat review. Aku letak rate 4.6789/ 5.0

Assalamualaikum.



Sila SUKA kalau suka. hehe