Assalamualaikum...
Maaf atas kelewatan megupdate blog yang cam hampeh ni. heh. Tak pelah, yang penting, aku syg blog ni. hehe
Fuhhh..
Bari habis exam. Pagi tadi last paper untuk masters.. Lepas ni fokus pada thesis dan VIVA. omaigod omaigod. Mata juling lagi sebab stress. @_@
Harap sangat lah aku lepas dengan baik semuanya. Bak kate omputeh, with flying colours..kihkih.
Okeh, takmau lah cerita pasal exam aku. Bukannya best pun. Macam biasa, sakit jiwa jawab soalan.
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini pasti mempunyai rakan. Tidak kiralah samada rakan baik, rakan tak berapa baik, kenalan, rakan rapat, bestfriend dan sebagainya. Ewahh... ayat macam nak buat karangan SPM.
Ehem, spm untuk bm aku tak lah tinggi mane.. A1 je..kihkih...tu je la kot yang mampu dapat A. Yang lain hampeh =p
Apa beza kenalan, kawan, dan sahabat?
Nampak macam sama tapi banyak bezenya. Errr...antara mereka banyak persamaan tapi perbezaan pun banyak. hehe. baru betei...
Meh kite belajo ye.
Kenalan.
Kenalan adalah seseorang atau beberapa org yang kita kenal-kenal sahaja. Kita tak berapa nak tahu info peribadi dia. Dan kenalan ini dalam range kita kenal dia dan dia kenal kita. Not more than that. Ibarat kenal-kenalan di facebook yang awal2 tak kenal pun boleh jadi kenal. heh. FB lame aku terlalu banyak kenalan. Jadi banyak jugak kenalan yang tak berapa aku nak kenal. Jadi, telah ditutup page tersebut.
Kawan.
Boleh jadi kawan sekolah, kawan sekerja, kawan semeja, kawan sepejabat, jangan sampai kawan sekatil sebantal sudey..hehe. Kawan ni level dia up sikit dari kenalan. Which kita tahu details peribadi dia walau tak berapa detail tentang diri dia. Maksudnya tahu secara rough. Biasanya kawan-kawan ni dikumpul masa zaman sekolah. Ada jugak tambah kawan atau nama glemernya "add friend" dewasa kini. Tapi kebanyakan kawan yang betul2 kawan adalah kawan yang ada betul-betul depan mata. hehe
Sahabat.
Sahabat ni level dia aku letak jauh dari level kawan. Sahabat ni yang mahu tegur kesilapan kita dengan baik, sentiasa bersangka baik, dan takde dengki-dengki atau jeles-jeles. Takde rase nak bersaing2 yang tak berapa nak elok. Sahabat ni susah nak cari. Yang ingatkan kita, yang nak kita berjaya sama. Yang tolong masa susah. Yang tak lokek ilmu. Dan yang paling penting, sahabat ni adalah seorang yang tidak bercakap belakang. Yang tahu sesuatu tentang sahabat dia tapi tidak mahu berusaha untuk bersangka baik dengan bertanya khabar dan keadaan semasa.
Berapa ramai dalam kalangan kita yang tak berapa nak bersangka baik dengan orang sekeliling? Dengar orang menyampaikan yang tak berapa baik tentang sahabat kita, itu dan ini, macam2..tapi takda usaha untuk bertanya supaya hati dapat bersangka baik. Susah bukan nak jadi manusia husnuzzon.
Aku sendiri pun masih jauh dari level yang aku tulis tu.
Betul-betul ke dah true friends bila kita tahu ade sesuatu berlaku pada sahabat kita tapi kita keep on diam dan tidak bertanya? dan simpan dalam hati dan macam-mcam imaginasi yang tak baik keluar dari kepala. Membenarkan syaitan bermain dengan hati dan fikiran?
Sangat susah nak dapatkan seorang sahabat. Teramat susah. Sebab tu banyak hal aku prefer lone ranger.
Alhamdulillah, masih ramai manusia yang sekeliling aku masih mahu mengambil berat. Terima kasih sangat2...
Sedikit ingatan dari kalian, sangat2 aku hargai. Maklumlah, siapalah ku ini..untuk memintal buih, yang memutih..menjadi permaidani..seperti mana..yang tertulis dalam novel cinta.........lalalalala....kehkeh
Sahabat yang baik jugak sentiasa nak bawa sahabat dia ke jalan yang Allah redha, yang mengingatkan antara satu sama lain. Kan comel bila ada sahabat baik sama2 bertazkirah dalam perbualan biasa2.. waktu shopping ke..waktu buat facial ke...waktu kat spa ke..heheh =p
Tazkirah ni maksudnya peringatan, takyah lah buat formal sangat. Nampak benda tu berat. Buat secara sempoi, mengembangkan ilmu kan bagus =)
Anyways, itu je lah yang aku nak tulis. Taklah banyak mane pun.
Sekadar pendapat dan pandangan dan atas ape yang aku perhatikan dan atas segala pengalaman diri. =)
hoyeh, mahu pergi gym...
eh, korang dah tagk THOR? weekend lepas aku with dearie moerie gi tengok. Best gilas. Nanti aku buat review. Aku letak rate 4.6789/ 5.0
Assalamualaikum.
Sila SUKA kalau suka. hehe

5 comments:
yeke?t nak download ah filem tu.XD
shiema takde bestie shiema rase. shiema kawan je ngan semua. tu lebih senang :D
hehe..tu lah.. nak cari bestie mmg susah..tp kalau ada, mmg anugerah =)
ada banyak peringkat rupanya
op kos la hiro~
Post a Comment