Selamat bertemu kembali di blog yang kononnye simple yet elegant. tapi hampeh. Tak simple dan jauh sekali dari elegant. kehkeh.
Takpe, masih cuba untuk menjadi simple tetapi tetap elegant..ewahhh...
Kau jangan pelik bila aku mengarut berlebihan sebab otak aku sekarang tengah kejang dan tegang.
Soalan MRI dan ultrasound susah gilas. TT
Haritu dah "mati" paper radiobiology dan radiation chemistry. Hari ni "mati kuasa dua"
Minggu depan ada kebarangkalian "mati kuasa sepuluh juta". Paper radiotherapy dan nuclear medicine.
Semua muka ketat keluar exam hall. Dan mula lah keluar ayat "Takpelah tak dapat score pun, dapat lepas pun dah cukup bagus dah"
Oh yeah. seperti ayat itu sangat menenangkan. Jujur, kami takut mahu repeat. Bukan takut lecturer atau admin atau usm. tapi tersangat letih dah kehidupan begini.
Kadang-kadang aku rasa best jadi student. Bila rasa best tu datang, mula lah aku memasang angan-angan sambung phd.
Bila tiba-tiba datang rasa yang dah letih nak belajar, mula lah search kat gugel "jawatan kosong april 2011"
5 tahun sudah di USM. 5 tahun itu bukan sekejap kau tahu. Kalau mase mula-mula masuk usm ni aku kawen, umur anak aku dah 4 tahun. Dah boleh panggil "mama, mommy, bonda, ibu dan lain lain" hikhik
| Masa kat PASUM 2005/2006 |
![]() |
| Gemok, pendek, tembam. USM Kelantan 1st year 2006 |
Bila aku tengok balik kehidupan aku, aku rasa puas. Walaupun banyak jugak aku jatuh, rebah, lemah, sedih, depress, stress dan segala negativity yang cuba masuk dalam jiwa, Alhamdulillah, Allah masih beri aku peluang dan peluang dalam hidup ini.
Sangat mahu menjadi manusia yang melihat dunia dari jendela akhirat.
Sebab, kita banyak menghadapi exam dunia. Exam akhirat lagi susah. Dalam kita menghadapi exam dunia, kalau fail boleh usaha untuk lulus. Kalau markah rendah, masih ada lecturer yang akan tolong.
Kalau exam akhirat kita fail guano tu? Takde yang akan tolong melainkan amalan dan usaha kita sementara nyawa masih di badan, matahari masih terbit di timur.
Phewwww....
memang sesi meregangkan otak betul aku kali ni. Sedikit sebanyak rasa lega lepas rasa sgt ketat jawab MRI dan ultrasound tadi.
Dan aku sangat berharap, esok hati aku akan berbunga. Sangat perlukan my booster right now..
Allah, permudahkanlah....
=)


18 comments:
waaa...
best USM!!!
hehe...
best best..
wuwuw~~ gO, go.. be strong! =) hee..
heheh...thank you aini.. belaja molek jugok deh~ =)
so~~~pagi ni hati berbunga2 tak?
Hidup tak mudah. Biasa lah.
Tapi dengar nama paper tu pun dah rasa dumbfounded.
adeh. Jom offline. Ngadap buku.hee
BEST JADI STUDENT SEBAB DAPAT DUIT FREE.SCHOLAR LAGI.TAYAH PK NAK CRI DUIT XD
agreed. kurang2 exam dunia kalau fail bleh repeat. itu pun dah terasa azab. ini pula exam di 'sana' nanti.
=)
manis..heee
Bujal : dah ade taman kot hati aku ni..haha
raihana : nak offline tu mmg tak mampu =p hidup tanpa internet seperti bdn tiada jiwa. hahak
izyan : duit scholar tak cukup banyak..=p
hero : yeahh...tepat..
hiro : apekah yang manis?
best dapat jadi student. kalau rasa nak ponteng, ponteng je. hiks
hehe..yeah. point yg sgt kuat disitu =p
babe, best jadi student sbb...itulah tyme utk enjoy. bila da kawin, pergerakan terbatas. ;)
errk...cmtu kah? tp tak bape terbatas la dear..hihihi..
Post a Comment