Jujur,
hari ini jiwa aku sangat kacau,
taufan pun kalah kot,
Banyak sangat keluhan berat yang aku lepaskan harini. Mengeluh ni tak elok sebenarnya, seolah-olah aku tak bersyukur. Aku tak mahu jadi manusia yang tidak bersyukur. Aku mahu jadi Hamba Allah yang bersyukur walau apa yang jadi sekalipun.
Tapi, kadang-kadang keluhan berat itu tak mampu aku simpan. Seakan sangat mahu dimuntahkan.
Saat aku menulis ini, hati aku sedikit demi sedikit pulih. Tidaklah se-gloomy semalam dan saat bangun dari tidur pagi tadi.
Berat rasa apa yang ada dalam lubuk hati aku. Terasa tersangat sempit dunia dan jiwa. Rasa sedih berada dimana-mana. Seakan taknak berjauhan dari aku.
Aku yakin, bila diuji..aku adalah manusia yang dipilih sebab Allah sayang.. Allah rindu dengar rintih hati dan kita minta dari Dia. Tapi ada masa yang kadang-kadang aku rasa sgt tak mampu. Dan ada pelbagai persoalan yang keluar dari benak fikiran, syaitan yang mengganggu hati..
Sangat perlukan sokongan,nasihat yang berlandaskan islam. Aku taknak dengar nasihat yang bersandarkan emosi,amarah mahupun minded yang sempit.
Aku tak tahu nak luah segala yang aku rasa. Rasa berat ini terlalu berat. Diuji dengan sesuatu yang paling mahu dielakkan..diberi sesuatu yang aku rasa amat sukar..
Alhamdulillah..aku redha segalanya.. moga dengan ujian ini, aku mampu mendekatkan aku dengan Maha Pencipta..yang punya segala yang ada atas muka bumi, di langit dan segala-galanya. Dan dapat diampunkan segala dosa-dosa lampau.
Aku mahu melihat dunia dari kaca mata akhirat.
Jika Allah mahu memberikan kebahagiaan kepada seseorang..ia tidak mampu dihalang oleh apa-apa sekalipun. Jika Allah menahan kebahagiaan kepada sesesorang, ia tidak mampu dihulur oleh sesiapa pun.
p/s : entry ni bukanlah nak menagih simpati sesiapa..cukuplah ianya menjadi platform untuk aku mengeluarkan sedikit beban dalam jiwa yang tak mampu aku luahkan. Hasbunallahi wani'mal wakeel..
:: 3 9 1 0:: Take care please.

5 comments:
Barangsiapa memperbanyakkan istighfar nescaya Allah akan melegakan tiap2 kegundahan mereka, melepaskan tiap2 kesempitan mereka & memberinya rezeki secara x trduga-duga. -Hadith riwayat Abu Daud.
kita minta pd Allah setangkai bunga segar,IA beri kaktus brduri, kita minta kupu2 diberi ulat bulu, kita sedih dn kecewa. Kemudian kaktus i2 brbunga,indah skali dn ulat bulu mnjadi kupu2 yg cantik. itulah jalan Allah,indah pada masaNya.DIA tk beri apa yg kita harapkn,DIA beri apa yg kita perlukan.kdg2 kita sedih dn kecewa,tp sebenarny DIA sedang mengatur yg terbaik dlm hidup kite.
yep..kita tak tau ape yg Allah nak beri nnt... jika tidak di dunia pun tak apa.yg penting akhirat sana insyaAllah...
syukran =)
selagi hidup harus gembira,ramai yang tak hidup lagi.
tp hidup ada turun naik... yang penting tenang =)
Post a Comment