Aku boleh jamin semua orang islam tahu yang syaitan sangat takut dengan ayat Al-quran.
Tapi, bacaan tu kenelah betul. Tajwid sangat perlu kene jaga. Kalau tak, kompem dia dok gelak je kat orang yang baca tu sebab syaitan pun bukan tak tahu ayat Al-quran ye dak?
Share sikit dari ape yang aku baca pagi tadi.
1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke.
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
Hidupkan rumah kita dengan bacaan Al-quran. Yang mana dok hostel pun selalulah baca.
Rasulullah tinggalkan kita 2 benda yang sangat sangat berharga : Quran dan Sunnah.
Tak rugi setengah sen pun baca Quran ni. Pahala dapat, tenang hati dapat, malaikat masuk rumah kita. Semua untung..
Dan aku sangat happy ada manusia yang bacakan aku Al-Quran saat bercuti-cuti malaysia =)
Satu perkara kene paku dalam kepala, tinggi mane pun belajar, kalau tak reti baca Al-Quran, hidup tak berguna. Sia-sia je.
Update sikit je lah eh.. lame sangat tak update blog ni. hihi
Agak sedikit sibuk dengan exam, research etc.. InsyaAllah ini untuk terakhir kalinya ambik exam. PhD level takde coursework. hehe. Tapi cabarannya kompem berbeza dan of course lebih susah..
Level tension aku pun dah makin meningkat. Petang ni mahu ke gym. =)

No comments:
Post a Comment