Nuffnang

Wednesday, April 27, 2011

Tangan cramp, otak beku.



Perasan tak? Aku banyak diam lately, jadi pasif, tak aggresive. Tapi pasif dari dunia blog je la. Mulut aku mane boleh diam. Dok pot pet saje. 

Bukan ape, oleh kerana sekarang musim exam, jadi aku pun perlu mengexamkan diri untuk memastikan aku convo kali kedua bulan 9 nanti insyaAllah.

Refer anak panah kaler merah dalam gambar atas tu. Pagi tadi pukul 9 pagi berlaku paper Radiobiology and radiation chemistry.



Oleh kerana dalam kumpulan kecil (22 orang), maka exam dijalankan di Sekolah Fizik sahaja (School of Physics). Kalau di UM, dikenali sebagai fakulti..kalau di UIA dikenali sebagai Kuliyyah.. kat USM masih lagi level School. ngehngeh. *tapi aku suke sebut School Physics, sebab macam best.*

Aku sampai kat school around 8.55. Perlu naik ke tingkat 3 sebab dalam list haritu exam diadakan di Seminar Room 2. Aku naik2 atas, pintu utama dia berkunci. Aku dah start rase geram..apsal la diorang ni tak unlock pintu ni. Dah menyusahkan aku nak kene turun semula tingkat bawah dan naik semula tingkat 3 melalui pintu lain. Naik tangga ok,  takde lift! Ok, ade lift, tp lift barang dok hujung bangunan area lab. 

Lepas aku sampai tingkat 3 kali kedua. tu diaaaaa...kunci lagi.... Aku dah start tensen amat sangat. jam dah pukul 9.05 pagi. Aku terus capai handphone. Ni lagi satu aku geram. Loudspeaker rosak. Aku check kat samsungwave forum, mmg banyak masalah hardware (loudspeaker) pada samsung wave. 

Aku check handphone, ada beberapa miscall dari beberapa rakan. Ada salah satu mesej "ery, exam kat lab macam sem lepas". Oleh kerana aku ni dulu suke makan semut, jadi memang aku lupa lab tu kat mana. 

Aku try call mereka tapi tak berjawab "confirm dah jawab exam ni" hati aku berdetik. Dengan berpeluh-peluh sambil bermuka muncung sepanjang muncung angsa yang boleh disangkut baldi, dan mengomel sendiri-sendiri sambil diperhatikan beberapa foreigner, aku terus berjalan pergi bahagian admin. 

Ahh..peduli hape aku kau nak tengok aku bebel tengah2 jalan. Aku tak jumpe exam class aku ni tahu tak? Aku sedang berperang dengan masa depan aku ni tahu tak? Maka aku bergegas masuk office dan jumpa Penolong Pendaftar, Puan Zuraini. seorang yang sgt baik dan sangat ramah. Tapi aku tak dapat tanya terus sebab dia masih bercakap di phone. 
Kecuakan aku time tu toksah cakaplah. Aku dah teramat sgt cuak. Suara aku pun dah bergetar tapi still masih boleh satu office dengar. Aku kalau bercakap lagi2 tgh under pressure tak kisah dengan surrounding. 

Dah dapat tahu tempat exam, aku terus menapak ke Lab Fizik Gunaan. 

Aku bukak pintu dengan agak kuat. Sangat under pressure. Jam menunjukkan 9.15pagi. Masa aku masuk lab tersebut, nampak kak ina dengan Dr azhar cuba call aku. 

Aku dengan nafas tercungap-cungap, nervous dan cuak terlampau..terus Dr Azhar tunjuk seat aku. Aku campak nota2, ambik pencil case terus pergi tempat duduk. Lab ber-aircond tapi bahang badan aku tak tahu nak describe camne.

Aku duduk je, Dr Azhar try buat aku cool down. "Takpe..awak ambik nafas dulu, tenangkan diri.. awak start 9.15, awak boleh habis 11.15".  

Walaupun 15 minit tu taklah lame sangat, tapi sangat cukup buat aku cuak tahap gaban morka kau tahu. 15 minit tu untuk exam memang sangat tak boleh disia-siakan. 

kalau mase undergraduate, aku ada masa termenung, tido, conteng-conteng..sekarang jangan harap. 2 jam exam cukup buat tangan aku cramp, tulisan jadi buruk dan tak sempat habis jawab pun.

Kalau exam 3 jam lagi lah, sampai esok harinya tangan aku sakit sebab perlu menulis dengan laju. still, sangat susah nak score kat USM ni. TT. Cuma setakat ni alhamdulillah, masih berpuas hati atas ape yg aku dapat.


Dr Azhar pengerusi program Fizik Perubatan, menggantikan Prof Suhaimi.. Dan dia buat aku cool down balik tadi dan consider kelewatan aku dan terima kasih pada kawan-kawan yang risau, carik sana sini, call tak dapat.. aku sangat bersyukur ada mereka. 

Aku tak tau nak ucap terima kasih camne kat diorang.. Walaupun korang baca benda ni, maybe rase benda ni benda kecik..aku rasa benda ni satu benda yang sgt besar... Aku rasa sangat dihargai. Syukur Ya Allah.. Zaman sekolah aku tak dapat rasa semua ni, dan Allah ganti semua kesakitan aku zaman sekolah dulu dengan kawan-kawan yang aku dapat dari masa degree dan masters sekarang ni.



Dan sekarang alhamdulillah ada dearie yang sangat supportive =)


Meh aku nak share sikit pasal paper yang aku jawab tadi, paper radiobiology and radiation chemistry ni secara mudahnya kita nak tau effect radiation in atomic level, pada DNA. Effect yang dtg secara terus atau effect yang datang selepas bebrapa tahun.

Ada pengiraan yang perlu kira  berapa dose yang perlu diberikan pada pesakit cancer dalam masa yang sama nak spare healthy tissues.

Soalan Dr Azhar memang sangat buat aku garu kepala jugak lah tadi. Tapi tak sempat garu pun. Soalan berbelit dan jangan harap straight to the pint. Tak tau pun aku bantai terus jawab sebab aku tau masa memang tak berapa nak cukup. terlalu banyak nak kene explain.

jadi aku telah menggoreng secara sesuka hati sampai geseng. Sape jawa? kalau jawe tak tau maksud geseng, aku sekeh sorang-sorang. hehe



Takde kertas aku yang bersih dari contengan. Soalan tadi. Sape nak, boleh contact. hehe =p


 
hyperthemia. Sakit jiwa aku dengan soalan pelik tu. Ok, tak pelik, aku je tak baca =p

Ada dua lagi paper yang akan menyusul lepas ni. Aku rasa nak buat entry pasal type of masters lah. If korang nak tahulah. tapi if taknak tau takpe..hehe.. At least aku boleh kongsi pengalaman aku ye dak. 

Aku nak jugak buat entry ilmiah sikit. Takdelah entry mengarut je selalu keluar ye dak? ye dak..ye dak dari tadi. =p




Aku lebih suka pakai lens, tapi buat masa ni dearie tak bagi pakai lens sebab mata aku sedang undergo pemulihan sebab ada luka 2-3 bulan lepas. Dah lah last time appointment tak jumpe Doktor. Kesian kan aku T_T

Bila pakai spek rasa tua, nerd. huhu

Sangat tak sabar tunggu jumaat. yeehhaaaaa...

Allah, berkatilah =)

24 comments:

nik lan nik mat said...

eh2..kos kite same la

lan da amek radiobiologi n radiokimia sem lps

radiokimia ssh..radiobiologi sng

erysweetie said...

hehe... lan amek kos ape? katne?

ery subjek ni gabung both...wuwuwu..

safurara said...

gud luck babe.all da best for u.

u without spec is sooo shoomelllsss

Anonymous said...

suka la .
pakai spek comey , tak pky spec pon comey .
duadua comey =)

erysweetie said...

rara : thanx yunk for the wishes =)

masih belum pakai lens again.. sobsss

erysweetie said...

ulya : heeee...muke pakai spek nampk tua.. tak bape syuke sbb nampak tua walaupun mmg dah tua..hihik

~~PurPle LiLyth~~ said...

ngee~~die kuarkan colony forming tu tahun nih yerk??penatla kitorang hapal tahun lepasss..ngee~~nway ery!!all the best..sure sakit2 tangan segala kan..akak kuar dr bilik exam terus rase jari dah kematu..takde masa nak tukar pen pun...nak ubah kedudukan pegang pen pun tak sempaattttt!~~hehe~

erysweetie said...

tu lah kak..tp ery tulis general je.. yg buat tissue culture pastu irradiate various dose pastu tah ape tah lagi goreng..lukis bagai..hahaha...

ni esok paper MRI dgn ultrasound. berdarah mata nak baca, beku otak nak ingat.. ni tgh sgt pening dgn T2-weighted..

mmg sangat susah master ni..bak kata madam chen..hehe...

gamma camera dah baik belum kak leen?

ct N honey said...

harap2 berjaya dgn exam,ingat keluarga mengharapkan yg terbaik darimu

Anonymous said...

hehe.. nerd ok pe. comel je tengok.haha. :P

erysweetie said...

ct n honey : thanx atas doa... yang penting untuk diri sendiri dan masa hadapan =)

erysweetie said...

aida : heeee...nak comel dan tak nerd. guano tu?

THE GREEN said...

Assalamualaikum...


time exam buat la yg terbaik..all de best buat semua blogger yg tgh exam!!

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

erysweetie said...

waalaikumussalam...

thanx =)

Anonymous said...

eh jap2..belajar medic ke? hihi mesti pandai nih..g.luck on your exam ok? hihi

Amir Syahir said...

tengok gambar jerrr..keh2


awak cntik tak pakai spek.

erysweetie said...

zoey : errr..tak pandai pun.. belajar medical physics...hehe

erysweetie said...

hiro : ceh...penat taip banyak2 =p


errr....saya comot~

Izyan Masri said...

WUWUW.MACAM SUSAH JE.SUSAH TAK SUSAH TAK T_T

HEROICzero said...

phewww. nasib baik sempat.

=)

best of luck!

KyleRuL said...

cikery tersipu2 malu dan kekembangan idong nya terserlah diatas pujian yg diberikan oleh mereka2 berkenaan...heheh

erysweetie said...

izyan : tak lah susah sangat...cuma beribu kali jugak lah rasa nak give up..hehe..tp kuatkan hati jugak.. org lain lepas, takkan diri sendiri tak boleh ye dak? =)

erysweetie said...

heroic : haha..aku ade 1 paper lagi...thanx anyway =)

cepat wish lagi =p

erysweetie said...

kylerul : eceh..cam tetau je..hehe..taklah.. saya ni gemok dan pendek tau.. TT