Dulu aku tak faham,
kenapa manusia sanggup buat sesuatu,
walaupun sakit dan perit, masih mahu dilakukan,
masih mahu dihadapi, masih sanggup ditelan.
Sekarang aku faham,
dengan usia yang makin meningkat,
pengalaman semakin banyak,
ujian semakin mencabar,
buat aku berfikir sesuatu dengan lebih dalam,
dan melihat perkara dari pelbagai aspek dan sudut.
Memaksa otak untuk berfikir,
mencari sebab dan musabab,
mencari punca dan kesan atas perkara yang berlaku.
Ya, minda harus positif,
supaya hati tidak membenarkan hasutan halus makhluk bertanduk dan berekor,
berjaya menembusi hati,
lantas, membuatkan diri semakin jauh dari Ilahi.
Pujuk hati,
Melihat dunia dari jendela akhirat,
sangat meringankan beban yang ditanggung.
Ujian itu menambah iman.
Tiada nabi dan rasul yang ringan ujiannya.
Innallahama'ssobirin....
=)
Saya suka kalau awak suka. Kalau awak suka, tekan SUKA =)

8 comments:
minda harus positif..i loikee~~
i loikee too~ hehe
ujian itu tarbiyah dari Allah..=)
exactly! =)
setiap ujin tu buat kita lebih matang..cewah =)
ehe. bergantung jugak.. kalau rase nak amek iktibar atau nak berfikir, insyaAllah lebih matang =)
sori2..aku tak pandai sgt bab gini..
tq tq..haha
far8 : hehe...kongsi2
Post a Comment