Assalamualaikum…
Entry kali ni kan,buleh tak aku nak buat entry syok diri sendiri? (macam la entry sebelum ni tak syok sendiri kan..ahahah)
Boleh tak? Boleh la…pelizz.. aku nak syok sendiri kejap jek…
Korang bagi kan…sile angguk 10 kali…kalo tak bg pon,angguk jugak yek..heheh..
For those yang ade add aku kat fb,mesti perasan ada status aku yg aku tgh layan lagu kopratasa – permata untuk isteri..tetibe aku jadi jiwang.. agak pelik bukan? Kalau tak pelik,bukan ery namenye..heheh…
Korang tau tak,bile aku dgr lagu kopratasa ni,hati aku sejukkkk sgt.. mmg lah sejuk sbb aku baru lepas minum teh ais..ngeheheh… Takdek takdek..mane boleh minum teh ais banyak2,habis musnah karang diet aku.
Maksud aku sejuk kat sini bila aku rasa nyaman jek dalam jiwa sanubari aku ni (peh…ayat tak boleh blah bukan). Aku yakin, semua orang nak kawin kan. Walaupun belum ade bf atau gf,mesti jeles jugak bile tgk membe2 terdekat dah kahwin,dah bertunang..lagi2 yang dah ade baby. Mesti bahagia di samping si kecil yang comel.
Sekali lagi aku ingatkan,entry ini aku nak syok sendiri tau...harap korang dapat menahan nak gelak guling2 ke..nak muntah ke..harap bertabah sampai korang habis baca entry ni…hikhik..gelak gedik disitu =p
Berbalik kepada aku yang tgh syok sendiri ni, ape yang aku mahukan dari seorang lelaki
1) Seorang yang tak tinggal solat atau lewat solat.. lagi sejuk hati aku kalau zaujee aku solat kat masjid atau surau. Tapi sekali sekali berjemaah kat rumah. Serius aku sgt suka situasi itu. Sangat suka bila dia bacakan Al-Quran time2 aku coti coti malaysia,sampai aku tertidur.wee..bestnye
2) Seorang yang tak begitu serius. Maksud kat sini boleh la buat lawak sket sket kan..kang aku bosan kalau asyik cakap something yg serius je. Well,aku rase mostly perempuan suka lelaki yang pandai buat lawak kan
3) Aku suka lelaki yang hebat tetapi humble. Hebat dari segi education,ilmu agama dan ilmu akhirat TAPI dalam masa yang sama seorang yang merendah diri. Aku sgt sgt respect lelaki yang humble. Lelaki yang tunjuk diri dia hebat,sory beb..aku tak suke.. jgn harap aku nak respect..ngehehhe..
4) Dari segi paras rupa aku tak pentingkan sgt. Asal kemas dan bersih serta berketerampilan..good enough bagi aku. Kang hensem sgt,susah nak jage..hahaha.. Lagi 1,sbb aku ni gemok,aku suke lelaki yang badan tak terlalu kurus la.. macam Fahrin Ahmad tu,boleh consider la…hahahha (apekah?) =p Kenapa aku pilih yg cmtu? Sbb aku mahu rasa dilindungi..eceh..ayat takleh blah di situ.
5) Of coz yang memahami aku,penyayang dan sabar dgn kerenah aku.. Aku ni muncung panjang tau,boleh sangkut baldi kalau tgh bengang atau merajuk.hahha..itu mak aku yang ckp la =p
6) Yang ada duit juga penting ok. Takkan dia nak bg aku makan pasiaq pulak kan. At least boleh bg aku makan Kenny rogers tiap hari,ok la tu..haha
Ape lagi yek? Setakat yang aku ingat..ini je la..
Tapi aku tahu,aku tak sempurna pun nak dapat lelaki yg aku idamkan.. Kuat merajuk ok aku ni (pengakuan ikhlas di situ skali lagi ) tapi aku cepat cool down (ayat cover). Aku pon bukan baik mana nak dapatkan lelaki yg btul2 baik kan.. Cuma aku harapkan zaujee aku nnt dapat betulkan dan tegur bila aku tersilap ke tersalah ke tergelincir ke..terpelecok jugak ye~
Cuma aku ingin manjadi zaujah terbaik untuk zaujee aku (eceh..ayat geli kan) hahahah..
Yang menjadi sayap kiri zaujee ku..
Nak ada one happy family yang macam permainan “happy family” masa zaman aku sekolah rendah dulu. Ala..yang permainan kumpul nama mak,ayah,anak lelaki,anak perempuan.. kalau kita dapat kumpul keempat empat tu sume,kita dapat the whole family..best betol main mende nih dulu..hehehhe
Ok,aku dah makin mengarut..ni sume gara2 aku dgr lagu kopratasa ni..kan dah kuar entry syok sendiri…hehhee…
Jangan marah ye korang.. kalau korang nak muntah ke,gelak guling guling ke..boleh buat cmtu sekarang.. sbb nak aku nak chow dah..hehehhe
Eh jap,sebelum tu..kalo korang terer la kan.. jawab teka teki ni :
1- Banyak banyak bas,bas ape yang pandai?
2- Ali bin Ahmad, Kambing bin apa?

