Nuffnang

Saturday, June 5, 2010

Kekaguman terhadap rancangan Imam Muda Astro Oasis




Korang mesti dah dengar kan pasal Rancangan Imam Muda kat Astro Oasis dan serentak ditayangkan kat beberapa channel yg lain. First sekali, aku nak ucapkan tahniah sbb sgt bagus buat cmni. Takdelah dok loqlaq layan AF je.. atau Mentor ke… Program-program camni la sgt diharapkan untuk mendidik remaja, belia dan jugak org yg dah berumur (tak best guna org tua..hehe) untuk same2 check balik diri kita..sejauh mana amalan kita kat dunia ni nak bawa ke akhirat kelak. Kenapa aku ckp cmni? Sbb kita hidup untuk mati. “Hidup untuk mati” – ayat yang mudah ditulis dan disebut tp sgt susah nak dipraktikkan kan. Kehidupan hanya sebuah persinggahan yang kita semua tahu takkan kekal. Yang abadi tetap di akhirat. Apa yg kita buat sekarang, kompem akan di soal dan dipertanggungjawabkan. So, buat sehabis baik untuk kehidupan kita di dunia. Bak kata seseorang yg sgt precious in my life “if u have to choose to be good or bad, choose to be good.. if u have no choice,then be good”
Ok,melalut kelaut lagik aku nih… tak habis2 kan..ekekekke.. sori2..
Malam td tu la aku dok tgk rancangan Imam Muda. Subhanallah, semuanya pada aku manusia hebat. Yang bab mengaji toksah ckp la.. huffaz kot semua.. sedap sgt bila mengalunkan kalimah Allah. Mereka ini lah yg kita harapkan dapat membentuk generasi yg berakhlak dan memimpin ummat.
Tertarik dgn satu segmen yang mana diorang ni buat pembentangan dalam bentuk kumpulan. Satu kumpulan ada 2 orang. Ada satu soalan yang ditanyakan oleh seorang “pakcik” kepada Imam Muda Ashraf. Soalannya lebih kurang ‘siapa yang patut dipersalahkan bila kes pembuangan anak ini banyak terjadi pada anak-anak melayu islam’. Dan aku sgt suka sebenarnya dengan jawapan Imam Muda Asyraf. Agak terkejut bila ‘pakcik’ yg bertanya tu berkata ‘sy rasa jawapan awak terpesong dari soalan sy’ dgn memek muka yg agak judge di situ. Maaf, tapi aku mmg agak tak suka melihat manusia yang bertanya bukan untuk tahu atau berbincang,tp lebih kepada menghukum.
Sape yg tgk Imam Muda malam tadi,mesti tahu ape jawapan Imam Muda Ashraf. Yang tak tahu, meh aku share. Bace sampai abes, kalau tak abes..aku babap sorang-sorang..heheh..
Imam Muda Ashraf jawab cmni “Kita jarang mendengar atau melihat kes pembuangan bayi yang dilakukan oleh kaum selain kaum melayu islam. Kenapa? Kerana contohnya jika kita lihat bile seorang bapa mengetahui anak gadisnya terlanjur lalu mengandung..terus bapa tersebut berkata ‘keluar kau dr rumah ni’.. Belum anak gadisnya buang anak, bapanya sudah buang anaknya sendiri dulu. Jadi paradigma begini yang kita kene ubah”. Jawapan yang diberikan tidak straight. Dan jawapan yang diberikan membuatkan kita berfikir dgn lebih dalam dan lihat dari banyak perspektif.
 Inilah pemimpin yang kita nak sebenarnya. Melihat dr banyak angle, jadi banyak permasalahan dapat diselesaikan. Pada aku,jawapan yang diberikan mmg jawapan yang bijak. Jawapan yang diberikan oleh manusia yang suka melihat/observe dan berfikir.  Bukan manusia hanya menunggu jawapan dan menghukum. Jadilah manusia yang suka berfikir, teruskan berfikir..kerana minda dan otak kita adalah kurniaan Allah yang terbesar bagi manusia..yang membezakan antara manusia dan bukan manusia..hehe
Dan aku mmg tak puas hati ngn ‘pakcik’ yg bertanya tu..hahahha.. sori la yek pakcik~
Next week aku nak tgk lagi, moga2 mereka yg kita harapkan ini mampu memimpin dan mengubah segala paradigma negatif dan pemikiran yg agak kurang intelek kepada masyarakat yg lebih suka berfikir dan menjadi lebih positif.
Entry aku kali ni agak serius jugak kan.haha. daaaaa~

8 comments:

tepianmuara said...

setuju.

Itu salah satu faktornya.

Malu pada masyarakat melebihi malu pada Tuhan.

Moga dijauhkanlah perkara-perkara sebegini.

erysweetie said...

betul2..sgt setuju...=)

patutnye lebih malu pada pencipta..

moga diampunkan semua dosa..ameen

zaidharis said...

aduhai,
nila nasib orang bujang,
rumah xde tv,
=)

Sili lawat blog saya,
klik sini!

zaidharis said...

aduhai,
nila nasib orang bujang,
rumah xde tv,
=)

Sili lawat blog saya,
klik sini!

erysweetie said...

hehe... nnt boleh beli tv bile tak bujang lagik =p

Anonymous said...

Untungnya imam2 muda utk dikagumi oleh cik ery.. jeles dengan mereka.. err..err... anyways, sy tak berkesempatan lagi nak tengok dan hakikatnya sejak jumaat 28 Mei 2010 mmg sgt kurang dah tengok tv.. hati dan perasaan utk tengok tv agak hilang dari hati...

Cuma bila di baca drpd apa yg cik ery tulis, rasanya cik ery pon agak menghukum pakcik tu lah (erk..sorry yer cik ery.. sy hanya seorang pengkomen kerdil di blog masyhur ini..aiceh) .. err.maybe tak sampai tahap hukum kot cik ery dengan pakcik tu.. tp mmg imam asyraf tidak menjawab soalan pon..
Dan bagi program sebegini, kemampuan menjawab soalan yg ditanya adalah penting.. tp i do not deny angle yg di ambil oleh imam muda asyraf.. i like the name.. nice.. ermm..anyways.. jawapan dia adalah menarik, sebab dia membuka perspektif dia dalam menjawab soalan.. bagi dia bukan utk menuding jari mencari sapa salah.. tp kenapa kita tak pernah lihat kesalahan yg parents buat dalam erti kata kesalahan yg telah berlaku.. bukan membicarakan punca.. tp membicarakan reaksi terhadap apa yg berlaku...

Apa pon, nama pon realiti tv, pandangan yg diberi sentiasa perlu "selamat", takkan dia nak kata ianya adalah berpunca dari sistem sekolah dan pentadbiran negara.. hehe.. terus kena ban dari tv.. apa pon..selamat terus menonton dan mengkagumi program imam muda.. ni.. dan if berkesempatan share la lagi dengan kami nie... err err.. hehe..

Kepada imam muda asyraf(mana tau kot2 dia ikut jugak blog cik ery.. hehe) teruskan perjalanan tuan.. semoga tuan terus dipermudahkan utk terus matang dan bijak dalam mengharungi masa depan sebagai pemimpin Islam. masyaAllah semuanya usia 21 sampai ke 30 baru.. tak terlalu muda.. sangat sesuai di jadikan calon menantu bagi ibu2 yg menonton rancangan imam muda nie.. =)

cik ery.. thanks for sharing with us as usual.. we surely hope that you keep on writing dari hati..

Munsyi said...

ok. Imam muda asyraf senior saya. sekian.haha

baru sempat tgk episode baru2 ni. best gak.

Anonymous said...

program yang amat bagus sekali...menggalakkan kebaikan...ini perlu di teruskan berbanding rancangan realiti seperti af dan seangkatan dengannya...kerana rncangn sbegitu menggalakan perkara yg lagha...boleh membawa bnyk dosa...program imam muda memberi pedoman kpd remaja sekarang yg smakin hilang arah tuju dan peribadi sbagai islam amnya...harap diteruskan sampai bila2...(x perlu undi pown sbb ini imam muda melahirkan pemimpin yg bijak dan berkualiti)..penuh dgn ilmu pengetahuan...perlu org yg bijak dan berpengetahuan tinggi menilainya...bukan untuk suka2 buat program ini sperti af dan mentor yg hanya mengejar dunia yg sementara semata-mata...insyaAllah imam muda berjaya dunia akhirat...