Nuffnang

Friday, January 20, 2012

Assalamualaikum ustazahhh

Plan harini nak balik rumah mak since ade cuti sampai 4 hari tuh. Boleh berehat banyak sikit. Tapi kalau dah kat rumah mak, memang tak berapa nak berehat lah jawabnye. Definisi berehat aku adalah tido ye kawan-kawan. hehe.

Kepenatan yang amat sangat, dan terfikir bahawa LRT dan KLIA transit ke putrajaya akan sgt sesak, aku cancel jek plan nak balik. Badan tak larat dan sangat letih nak bersesak-sesak. 


Sempat lagi merembat lipstik baru cap mebelin, (baca : Maybelline) kat guardian.  *Maybe you born with it, Maybe its maybelline*. Kaler memang nude tap not really nude. Mmg sgt natural and i love it. Will be my favorita lah kompem! hihi. Tapi pakai kat rumah je lah op kos. Cannot go out with it. huhu


Sebelum sampai apartment, singgah makan roti canai dulu, Dari minggu lepas craving gila makan roti canai *eh, ade ke yg aku tak craving?* =p

Bile perut dah penuh, mari eksesais dengan berjalan kaki dari bistro ke rumah. Di kala gerimis mengundang, aku redah je. Alah, bukan hujan pun, takyah nak manja sangat ye dak. 

Sebelah apartment aku duduk sekarang ni ade sekolah menengah, sekolah rendah dan sekolah agama. Bas sekolah kaler kuning tu pun banyak keluar masuk. Seronok tengok telatah budak-budak kecik ni. Really reminds me mase aku sekolah rendah dulu. Dulu larat nak berlari banyak, sekarang nak jogging pon semput. haha. Eh, itu bukan tanda gemuk, itu tanda umur dah banyak. erk!

Tengah syok-syok berjalan berhati senang akibat perut kenyang, sebuah bas sekolah kaler kuning lalu tepi jalan bawak budak sekolah rendah yang aku rasa darjah 1-darjah3. Baru balik dari sekolah agama. Tetibe budak-budak tu jerit ramai-ramai  "Assalamualaikum Ustazah". Siap lambai-lambai lagi. haha. Aku pun jawab lah salam sambil lamba-lambai. Kemain suka diorang aku lambai. EH, tetibe aku rasa aku macam artis ade peminat. hakhak =p

Well, at least aku rasa sangat happy bila orang panggil aku ustazah. Why? sebab aku nak jadi the real ustazah for my children insyaAllah. Satu masa dulu, aku pun pernah jadik ustazah yang mengajar tauhid, feqah, tajwid,  akhlak. Pernah jugak bergelar cikgu fizik mase aku buat postgraduate dulu. Kesian jugak bila diorang blur dengan ape yang aku explain. Sampai kering tekak jugaklah aku nak explain. Mase level diorang dulu pun aku rasa macam susah gila. Tapi nak mudah mana nak mudah kan. Kenelah susah and blur dulu.

Bila teringat kenangan tu, rasa best sangat-sangat. Betapa banyaknya Allah bagi aku nikmat. Teramat sangat banyak. Jadi bila sekarang turn aku diuji, dan untuk aku mengeluh? Betapa tak bersyukurnya aku. Mula-mula dulu memang terasa sangat berat. Tapi kalaulah dengan ujian yang berat itu buat aku tak lupa Dia dan jadi semakin dekat dengan Dia, aku sangat mahu itu berbanding dengan nikmat yang banyak tapi jadi semakin jauh dari Dia.

Haih, merapu lagilah aku ni. hehe =p

Ok lah, nak sambung makan bubur. 

EHHHH????

*patutlah gumuk* kehkeh 


Sebelum choiw, nak share screenshot dari shoutbox aku. hehe

=)
Ameen, mudah-mudahan insyaAllah. 




4 comments:

Aida Azryn said...

makan bubur apa tu? :)

Unknown said...

kalo engko dah berniqab nanti..bak sini no wali engko..

erysweetie said...

@aida : bubur ayam.. tapi lebih macam nasi air versi klate.hehe

erysweetie said...

@jiji : peh. mmg tak la kan.