Nuffnang

Tuesday, November 15, 2011

Lame sangat dah tak update sampai tak tau nak update ape.



Tajuk panjang menjela-jela adalah comel bukan? *pangggg*

Harini aku masuk blog ni siap bawak mop dengan berus lantai dengan clorox sekali nak basuh bagi bersih sebab lame sangat terbiar. Okey, tetibe teringat yang aku tertumpahkan clorox dalam bilik mandi. Dahtu, entah ape aku fikir, terus je nak bersihkan bilik mandi itu. Last-last terbatuk-batuk sebab tekak dan sistem pernafasan sangat rasa tak selesa disebabkan terhidu clorox yang banyak. 

Beberapa jam jugaklah aku bau clorox manjang. -_-"

Dekat 2 minggu dah rasenye memang tak blog walking, update ape tah lagi. Kononlah bizinye yek. Fine, memang bizi. Oleh kerana adik aku dah bawak kereta pergi kelas, aku pulak lak terpaksa kejar bas nak pergi kerja. I kan kakak mithali. mestilah mengalah. kehkeh. =p

eh jap, korang pehabaq? lama bebenau tak bermesra alam bertanya khabar kan. Saya di sini sihat-sihat sahaja. malah makin sihat seperti belon yang semakin membulat.

Oleh itu saya berada dalam kondisi yang merisaukan. Maka, mulalah nak carik tips diet lah, supplemen nak kurangkan nafsu makan lah, corset lah, bengkung lah. Padan muka lah diri sendiri. Sape suruh makan tak hengat kan.

Oh ye, nampaknya nafsu shopping pun kembali berjangkit semula. camne ni camne ni? Alah, setakat window shopping ok lagi lah kan. At least tak keluarkan duit dari maybank2u. lulz

okey lah ye. saya memng betul-betul kering idea. Dalam kepala otak saya sekarang adalah treatment planning 3D, brachytherapy plan untuk esok, dan banyak lagi benda yang saya perlu hadam. 

Semoga Allah berkati apa yang aku, saya, kamu dan kamu kerjakan.

Sebelum pergi kerja dan lepas habis kerja, jangan lupa amalkan doa ini. Moga apa yang kita lakukan menjadi satu ibadah. =)




11 comments:

Liana said...

at last...hahaha

minahjanggal said...

kerja kosong bak satu!

asisstant medical physicist boleh?

Anonymous said...

Doa yang bagus. Amalan berdoa ni sangat2 baik, cuma jarang diamalkan walaupun tahu
Happy birthday for tomorrow. Moga diberkati umur
P/s: Boleh cari doa hari lahir =)

Unknown said...

hehe..ye ke ko merisaukan..

bujal X said...

apsal saya tak ble baca entri nih?

erysweetie said...

yana : mmg last2 sokmo =p

erysweetie said...

bestie : wokep! meh nolong. mmg banyak keje gila

erysweetie said...

jiji : mmg dah tahap merisaukan dah ni.

erysweetie said...

bujal : aik?? awat takleh wep?

HEROICzero said...

hehehe nampak sangat dah lama x update blog . =D

Kartini said...

tajuk tu xtau nak update apa. tp pengisian update tu power. hehe. tq for sharing