Nuffnang

Tuesday, August 11, 2009

XPDC ke Pulau Sara, Tasik Banding

"kat tasik banding ade ikan besar2".."kat tasik banding banyak kes lemas kat sane"...
ini ayat2 mengenai tasik banding yg aku dengar sebelum tiba di tasik banding dan berXPDC di Pulau Sara..

So,dengan penuh kemalasan dan kecuakan dalam hati,aku pon g jugak la since dah bayar rm100 and sume dak2 medrad 4th yr pegi kesemuanya. Aku bercadang taknak sentuh air memandangkan banyak cerita2 mengerikan tentang Tasik Banding.

Pagi khamis (6 ogos) kami bergerak menaiki bus dr USM ke Tasik Banding yang memakan masa 3-4 jam. Macam2 aksi kawan2 aku tido..dan kebanyakan masa dalam bas diisi dengan tdo sbb student medrad ni suke tdo..hehe. Sebelum bas bergerak masing2 bising dok pot pet..beberapa minit kemudian sume dah terlentok..termasuklah aku..hehe

selepas beberapa minit perjalanan~

Sampai2 kami di sana,beberapa minit kemudian ade sebuah van datang. Itulah jurulatih kami. Nampak mmg betul2 terlatih la..hehe.. Seusai solat jama' taqdim di surau berdekatan,kami diarah untuk membuat satu barisan panjang dr tempat beg ke feri (feri ke? mcm tongkang da~ )
Pstu,kami pon hangkut la beg bersame2.. APA YANG PENTING!!! KERJASAMA!! hehe..betul kan kawan2 =p




Sebelum memasuki feri(tongkang), kami di beri taklimat oleh mr.burn (encik abu bakar)..kami dgn khusyuk mendengar taklimat yang diberikan..pastu terus masuk tongkang dengan kelajuan yang amat rendah. Untuk sampai ke pulau Sara mengambil masa 2 jam,maka tdo lagi la kami..(kami suka tdo) hehe.

sampai2 di sana,kami diminta untuk membuat satu barisan panjang untuk menhangkut barang2 dr tongkang ke tempat penginapan kami..Waktu tu baru lepas hujan,mmg sgt2 licin..cabaran yang pertama ketika tiba di sana..hehe...

ni la pakwe saye,oppss..jurulatih kami..eheh

Selepas kami letak barang di dalam chalet(chalet ke? =p) kami duduk di 'dewan terbuka'. Tiba tiba hujan pulak..Aku pon best la dalam hati,sebabnye takyah la wat aktiviti water confident (aku tak confident ngn air-cuak beb). tapi hujan sekejap je..pastu cerah balik. Jadi aktiviti water confident di teruskan. Terase nak skip,tp jurulatih suruh gak buat. kami pon capai life jacket. Aku berdoa dalam hati banyak2 supaya selamat la..huhu...Aku pon masukkan kaki sikit2..sambil memegang tali. Mula2 mmg dpat rasa tanah lagi. Pastu terus dalam. Gulp!! aku pon tetap memegang tali tu smbil sedikit terapung disebabkan life jacket,sikit2 confident aku meningkat. Sampai beberapa meter dr darat,kami diarah untuk melapaskan tali tersebut dan bergantung pd life jacket. Sedikit demi sedikit di ajak ke tengah..macam2 aksi kitorang buat. under pengawasan dan arahan jurulatih. Sume org kene buat beb. heh.

water confident~

Selepas beberapa jam kami berendam,kami pon naik la ke darat memandangkan menghampiri waktu maghrib. Terus siap2 mandi dan solat. Mmg penat sbb kene berenang(tp gune life jacket) =p

Pastu kumpul semula utk makan malam. Selepas mkan malam yang besh,kami diberi taklimat untuk esok. Pastu masuk tdo. letih.

Hari ke2 di Pulau Sara,
Pagi2 lagi kami dah bangun,seusai solat dan menyediakan diri,kami terus bersarapan kemudian warm up untuk jungle tracking. Jungle tracking di Pulau Sara,sgt2 adventure. Curam. licin. pokok banyak duri. tinggi. jauh.penat. Kami berehat di puncak bukit sambil makan daun tongkat ali. (siyes regain tenage tp mmg pahit gle). kami pon dapat rasa buah2 hutan dan daun2 yang boleh dimakan,mengenali pelbagai jenis pokok2 hutan. Mmg sonok. tp pnat sgt dan btul2 adventure. Nak kate tergelincir,jatuh. banyak yg jatuh dan gelincir. siap kene gelongsor lagi..haha..tp best!




Selepas aktiviti jungle tracking,kump 1 dan 2 akan melakukan KAYAKing manakala kump 3 dan 4 buat FLYING FOX. jadi,kami pon mengangkut kayak2 yang berat tu,dah la tanah licin.mmg mencabar beb. maklumlah baru pas hujan lagi..

KAYAK kali ni mmg amat jauh. ade 2 check point lagi untuk rafting. check point yg ke2 siap aku disuruh potong tembikai ats kayak dan epa with jack joe buat demo kayak terbalik dan rescue. Mmg sporting la korg. hebat!. (aku takut bab jatuh dalam air ni,bek potong buah) hehe..
Pastu balik semula ke pulau sara..amat jauh. dah naik dah muscle kat lengan aku nih.heh. =p



Sampai2 je,kami terus tuka grup. Grup 3 dan 4 pulak berkayak,kami pulak bermain FLYING FOX pula..memule mmg aku takut..tapi best lak..hehe..rase cm nak wat lg je =p


Kami pon menunggu grup 3 dan 4 balik dr berkayak,tp lame sgt..pastu kami terus je request kat tokwan nak mandi tasik..pastu tokwan bagi under pengawasan die..sgt best!! kak ida,marni,epa,wawa,aku and the gang siap buat macam2 aksi beragam dalam air tu..heh. macam tak pnah jumpe air.

Pastu dpt offer "sape nak pusing2 tasik naik bot,ikut tokwan" kami pon dengan cepatnye mengejar nak naik bot pusing2 tasik.hehe.macm budak2 =p kami pon main air kat tasik sehingga hampir senja.pastu terus naik dan siap2 uruskan diri.

malam tu pulak lepas siap2,kami dapat makan best!! Ikan toman masak pedas. SUPERB!! daging die mmg sgt sedap,lembut sgt..masih terase lagi dilidahku ini..hehe..
thanx jurulatih!! hehe

pas mamam,kitorg ade aktiviti pulak..sgt seronok bile sume all out.gelak2.we know each other better. thanx tokwan~

Kami sgt2 keletihan sbb terlalu byk aktiviti,masuk2 chalet je terus tdo masing2.heh.


keesokannya (hari ke3) merupakan hari terakhir kami di pulau Sara.
Pagi itu kami melawat perkampungan org asli di pulau sebelah pulau sara. Aku pon ade beli kraftangan diorg. cincin rm2. diperbuat drpada rotan. Diorg ni pulak sibuk nak blaja menyumpit. Ntah nak sumpit sape tah.hehe. Kebanyakan anak2 org asli kat sni tak bersekolah. Agak berbeza dr org asli berhampiran kawasan aku kat selangor. majoriti bersekolah. mungkin kemudahan di sini agak serba kekurangan. Mereka sgt2 gembira bila kami beri makanan (jajan). Siap amek plastik lg suh kitorg isi bnyk2..hihi...

pastu kami teruskan perjalanan untuk melihat bunga raflessia.. syangnye masih belum mekar..sumenye dok kuncup,malu2 gtu..hehe..nak naik tgk bunga tu,mmg curam btul tanah2 kat ctu..banyak pacat lak tu..dah la geli yang amat kat pacat2 ni...urgh! =p

last aktiviti - ABSELING.. yg ni lagi satu aku cukup takut.. abseling yg kat bawahnye ade air tasik..seram dowh.. aku dok tgk membe2 aku turun dulu. konon2nye nak mencari kekuatan nak turun.. yang diorg ni plak,dah turun dok main2 air kat tasik tu.. bunyik 'splash,splash' membuatkan aku nak turun gak wapun takut2..heeee...
mase turn aku nak turun abseling,time tu la hujan..batu of coz dah licin..smapai2 bawah,hujan makin lebat, dalam hati sedikit kuciwa tak dpt main air... tp lame2 ujan makin reda..aku pon ape lagi "tokwan,nak main air boleh?" tokwan jawab "ajak kawan ramai". kitorg pon ape lagi,trus je la turun..besh banget!! siyes~~ hilang segale stress aku untuk seketika.

kami2 yang sampai awal (naik bot ngn abah)

kesimpulannye : sgt2 best g camping di pulau sara..eh,terlupe plak..jurulatih kami dari KOLEJ MARA KULIM..




pakcik chef, mr.burn,cik sweetie,tokwan,abah


mr.saufi , cik sweetie

1 comment:

Anonymous said...

No comments yet for such ...err.. quite long.. tp longest lah setakat that i could recall from this cik-sweetie punya blog..errmmm.. rasa cam ada kat sana dengan detailnya aktivity logging? err...
anyways.. dari orang yg mmg tak nak sentuh air..
sehingga menjadi org yg terkesima (betul ke istilah nie eh.. baru belajar 2 3 hari lepas..) dengan air.. no wonder they susun the aktivity starts with "WATER CONFIDENT" err.. rasanya tu lah nama dia...
Perjalanan yg jauh dari USM ke Tasik Banting.. byk la zzz yg dikecapi.. good.. jgn tak cukup zzz... =)

Thanks for sharing..semoga akan dapat rezeki utk do something that you enjoy doing...