Nuffnang

Saturday, December 12, 2009

10 kebenaran tentang lelaki??



10 Kebenaran Tentang Lelaki.

1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.

2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.

3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.

4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.

5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.

6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.

7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.

8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.

9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.

10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.

Wah,ye ke??

Hurm,kalo betul..kene take note la kan..hehhee

Kredit to Mr. rorin






9 comments:

alaqim said...

perghhh..
ini luahan hati ke ape...

erysweetie said...

hehe..tkde mknenye luahan hati~

incik alaqim,betul ke yg 10 kebenaran tntang lelaki itu?hoho..sile jawab =p

wan2911 said...

hurm..ye ke kebenaran?
no komen..hehe ^_^'

erysweetie said...

ish2...benar ke enggak sih~hehe

Unknown said...

yang pasti,lelaki mmg LEBIH MANJA berbanding perempuan

erysweetie said...

haha..ye kot lebih manje dr perempuan kan..
sesape yg dah kawen,mesti dah knal sgt perangai lelaki ni cmne kan..=p

Anonymous said...

Nice entry.. supprising statements.. but interesting... mmg boleh take note.. but i think that 10 things yg dia bagi tu very personal..
banyak jugak rasanya differ kalau ditanya kpd lelaki lain pulak... :) ... but interesting neverthesless

erysweetie said...

hehhe...ni mesti lain dari incik anyn kan =) takpe,boleh jadik rujukan di hari muka...

Anonymous said...

bila agaknya nak ada post 10 kebenaran tentang wanita yek? and yg kredit nya can be given to Cik Ery? :)