Nuffnang

Thursday, December 9, 2010

La Tahzan

La Tahzan.
Buku ni sgt pemes kan..aku pun tak habis khatam lagik.. insyaAllah nak sambung baca =)

Mahu share sikit..mane tahu boleh membantu memujuk hati2 yg terluka atau dilukai atau sedang diuji dgn apa2 ujian yg datang..yang pentiing hati kene sentiasa terbuka dan redha atas setiap ujian yg diturunkan. Itu tanda Allah merindukan rintihan hamba-Nya, masih menyayangi kita. Kita dipilih dan diuji. Disebalik kesusahan, pasti ada kesenangan.

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja; “KamI telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orangorang yg dusta.”
Surah Al-baqarah, ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT  APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kami menyukai sesuatu padahal  ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
Al-Baqarah, 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu mellainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Al-Baqarah, 286

RASA KECEWA?
“janganlah kamu berasa lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamukah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”
Ali-Imran, 139

KEPADA SIAPA AKU HARUS MENGADU?
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
Al-Baqarah,  45

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-prang yang beriman, Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai menenangan).”
Ali Imran, 200

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
“sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan menberikan syurga untuk mereka..”

At-Taubah,111

KEPADA SIAPA AKU MENGHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
At-Taubah,129

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN!
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melinkan kaum yang kafir.”

2 comments:

Lea Isnawi said...

a'ah buku ni memang sgt best.
tp x baca lagi...
dgr org ckp la..hehe

merahitujambu said...

waa.cm best jeee