Malas mahu bersesak-sesak dan kemudian pulang melihat parking kereta takde, nanti jadik crancky camne? Sape nak tolong pujuk? *kenapa nak pujuk?* - Alah, layankan jek la kan dearie. hehe.
Back to the topic.
Apa itu Bunion? Mengikut Encik Gugel yang baik hati, ini definisi Bunion :
A bunion is an enlargement of bone or tissue around the joint at the base of the big toe (metatarsophalangeal joint).The big toe (hallux) may turn in toward the second toe (angulation), and the tissues surrounding the joint may be swollen and tender. (Wikipedia, 2011) *pesanan : takleh letak wikipedia dalam reference thesis ok*
Dengan kata yang mudah lagi senang, bunion ni adalah tumbesaran yang berlaku pada tulang kat ibu jari kaki. Terai tgk gamba kaki bawah ni.
Pertama sekali, ni bukan kaki aku ok. Ni kaki entah sape tah. Ihsan Encik Gugel. Kalerkaler jari pun tak boleh, sbb nanti nak wudhuk tak sah. Kalau tengah cuti malaysia takpe. Heh.
Yang kedua, perasan tak yang kat tulang ibu jari kaki dia terkeluar sikit tu? Tak straight dan ade angle. Dush! Kalau tak straight tu mmg lah ade angle. Hooo.. Itu lah yang dinamakan bunion. Ia mengakibatkan kesakitan kepada pesakit. dan mudah terpelecok. ye ke?
Boleh jadi ia disebabkan genetic yang dibawa oleh nenek moyang terdahulu atau ada jugak sebab lain. Aku malas nak study banyak2 pasal bunion. Sebab report MRI aku pun tak siap lagi. haha.
Jadi, ape kaitan Bunion dan Crocodile a.k.a Buaya
Buaya boleh ade bunions tak eh? Boleh check deme la nanti ye. Jangan kene ngep sudah.
Aku adalah salah seorang pengidap penyakit bunions. T_T kesian kat aku kan. Kalau pakai kasut tu kompem tak lama. Sgt cepatlah kene tukar baru.
Sebab yang pertama, aku pengguna yang tak mesra. Dengan kata lain, pengguna yang ganas.
Sebab yang kedua, Kaki aku sangatlah manja. Selalu sgt nak tukar baru. haha. nampak jelas itu hanyalah alasan =p
Jadik, aku pun telah dapat sepasang selipar baru berjenama Buaya ini. Selesa pun selesa dan cantik. Walaupun kasut yg selesa sgt susah nak cari design yg cantik. Oh, itu hakikat.
Pink kaler. Aku suke kaler soft plus tak lah nampak 'tua' sgt. At least beri aku kebahagiaan.
kasut perlu berbentuk wedges untuk mengelakkan diri dari sentiasa terpelecok dan juga untuk memberi imej tinggi kepada si pendek ini. T_T
Anyway, thank you dearie..
Sape budak nih? nyemak je!





2 comments:
cik ery ni mmg kelakor la...
ader je idea kelakor dlm entry..:D
err....kelakor? *garu kepala* hehe
Post a Comment