Alhamdulillah, nak masuk bulan ke-3 dah aku bekerja di sebuah hospital universiti area cheras. Alhamdulillah, kerjaya yang aku memang aim sejak aku masuk universiti. Allah permudah dari segi kerjaya, dari segi education. Tapi dari segi personal life, lain pulak kisahnye. hehehehehe.
*lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat* pujuk hati. ye pujuk hati.
Ok, kalau kat goverment or semi government, nama position kerja aku adalah pegawai sains fizik. Kalau kat hospital swasta, lebih dikenali sebagai medical physicist. Biasanya kat jabatan radioterapi dan onkologi lah ye.
Radioterapi?amende tu?
Basically, dalam nak merawat pesakit yang ade kanser, ade 3 methods. Yang pertama : Surgery atau pembedahan. Yang kedua : Chemoterapy. Yang ketiga : Radiotherapy
Surgery tu kompem lah korang tahu specialist ni buat ape ye dak? Well, yang ramai org confuse adalah between radiotherapy and chemotherapy. Ramai jugak yang ingat radiotherapy and chemotherapy adalah sama. Chemotherapy adalah rawatan kanser dengan consume ubat. Macam dalam tibi contoh cerita Tentang Dhia, paling pemes kalau orang kata ade kanser, mesti chemotherapy ye dak?
Radiotherapy pulak kaedah merawat atau mengurangkan kesakitan bagi pesakit kanser menggunakan radiasi. Contoh : High energy x-ray (x-ray bertenaga tinggi), gamma ray (biasanya dari radionuclides), atau electron.
Radiotherapy tak perlu kene cocok-cocok jarum, bedah-bedah ke. Just kene baring atas couch atau meniarap and macam x-ray biasa. Cuma opkos, setiap rawatan ada side effects tersendiri. Contoh pembedahan, nak heal luka yang kene bedah tu perlukan masa yang lebih. If chemotherapy pulak macam yang biasa dalam tibi tu, rambut gugur. Radiotherapy pulak effect pada kulit yang mungkin sedikit burn, muntah but still it depends pada ketahanan tubuh individu.
Jadi, ape kerja aku sebenarnya?
Aku buat bodo je dalam ofis tu. hikhikhik *gelak mintak penampor* =p
Fine. fine. Dalam nak rawat pesakit guna radiation, perlu ade planning yang precise. But still, kita tak tahu interaction yang sebenar. Allah knows best. Kita boleh merancang yang terbaik. Jadi, kat ofis bilik ahli fizik tu, kami kene buat treatment planning. Kene set beam, energy, field size, isoncenter and kene prevenet organ at risk. Setiap organ dalam badan kita ada tolerance dose yang boleh dia terima. Contoh untuk spinal cord, paling maximum spine bole receive dose not more than 50Gy.
Secara mudahnya, meh tengok gambar nak?
Jeng jeng jengggg..memperkenalkan, meja kerja saya yang bersepah sangat. blerghhhh.. Atas ni contoh planning untuk external beam radiotherapy. Ada lagi satu nama dia brachytherapy. Yang ni pulak guna radionuclides, masukkan dalam badan patients dalam certain time. Banyak methods actually nak treat cancer ni. Please jangan kecikkan view korang.
Lepastu, scope kerja aku pun kene make sure machines yang berkaitan dengan radiation berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Perlu buat QA daily and monthly untuk mechines yang ada. Sekarang ni aku tengah agak pening nak buat draft QA monthly untuk CT-simulation. Tebai betul nak kene baca guidelines.haih -,-"
Well, aku share semua ni bukan nak menunjuk whatsoever. Aku nak people and masyarakat tahu bahawa kita ada teknologi ni semua. Teknologi ni lebih banyak dan lebih berkembang kat US, australia, europe etc.And aku cerita ni semua nak orang tahu apa beza radiologi and radioterapi. So, masyarakat akan lebih banyak info about this kan. Sharing is caring kannnnn. hihik =)
And and and, aku pong nak promote course yang aku ambik masa degree dulu which is Medical Radiation USM located at kubang kerian kelantan. Lepastu preferably sambung buat MSc (master) in Medical Physics secara coursework di USM penang atau di UM. Boleh jugak buat MSc by research Medical Radiation or Medical Physics.
Cakap pasal undergraduate, ouch. rindunyeeeeeeee rase zaman-zaman itu. Rase macam nak pinjam jam doraemon. Boleh rewind jugak mase-mase 4th year early 2010 yang manis itu. hikhik
Sekarang ni memang cam tah pape kan entry aku. haih. teruk betei lah. Dah lah idea nak nulis pun tarak. Nak wat guane nih?
p/s : bila jari pun dah tak berapa nak selim! -.-"



12 comments:
cik kak ni nak tunjuk jari jemari yg tak slim itu kah or nak tunjuk cincin dijari itussss........
errrr... cincin kottttt..hahhaha
senang ke amek course medical radiation tue??
klu lepas grad nak dapat keje senang ker..or kena amek master..?
sorry..byk tanye..cume curious..hehe
- V for Vendetta -
tak senang, tp tak susah sangat.. kene combine physics + biology.. plus ade sikit chemistry..
if tau mana nak carik kerja, insyaAllah mudah.. =)
sy suka org banyak tanya..hehe
huwaaaaa
sy sgt minat cos ni dulu :)
tapi dpt blaja dlm tomografi pon dh okeh
tapi still x dpt keje lagi ni..tgh berusaha..:((
errk...minat eh? heheh..nnt suh anak pulak amek =p
insyaAllah ade rezeki nnt..berusaha!
Assalamualaikum
just nk tye..
my dad br dpt kesan cancer rectum..
doc bg 2 option:
1st: terus operate tp kene pakai tabung untuk buang najis. pastu br wat chemo or radiotherapy
2nd: chemo+radiotherphy. bile ketumbuhan mengecut, br operate.so tk perlu pakai tabung.
which one is better
waalaikumussalam.. first of all, takziah buat fieda dan sekeluarga.. semoga tababh mengahdapi ujian ALlah didunia ini...
bile specialist suggest untuk surgery, means baru stage awal...insyaAllah ada harapan untuk sembuh..biiznillah...
actually ikut keselesaan patient n family... yg mane2 pun akan under surgery...
cume kene tahu side effect chemo and radiotheraphy..
like for chemo, contoh side effect akan gugur rambut, diarrhea, muntah, pening, cepat penat/fatigue. tp bile treatment hbis, side effect takde dah..
tp side effect radiotherapy,skin irritation, nausea, diarrhea,penat...
boleh sy tahu, akan dptkan treatment kat hospital mane? =)
insyaAllah, semoga dgn penyakit ini dpat menghapus dosa2 lampau.. be strong..
kak,sy dpt interview tuk pegawai sains fzk under kkm selasa ni.biasanya dorang akn tnye ap ye?tq akak cumel...^__^
Salam,
Boleh x explain lebih lanjut lagi tentang job scope?
And boleh x terangkn beza radiologi, nuclear medicine and radioteraphy? Maybe dr segi equipment or source yang digunakan.
Thank youuuu :)
assalamualaikum kak, saya dapat kos sains major fizik kat upm. boleh tak saya buat master kos medical physic kat usm ?
Terima kasih akak :)
semoga berjaya di dunia dan di akhirat :)
Post a Comment