Haritu balik rumah, copy cerita 'Adam Hawa' dari laptop mak. Hehe. Dah berkurun cerita, bari nak tengok kan. Kebosanan sorang-sorang, memang layan drama atau movie je lah jawabnya sambil menggemokkan lagi badan ni.
8 tahun lepas, ade lah membeli novel 'Adam Hawa' ni. Oh ya, novel pertama yang ery beli, is 'Bicara Hati' in 2004. Tengah nak ambik SPM tu, diorang ni dok seludup bawak novel pegi hostel. Ery pun join sekaki lah kan. Sekarang ni memang trend orang buat cerita guna novel lama-lama kan? diadaptasikan lah kirenya. Tapi ery tak berapa suka orang ubah cerita dari cerita asal. Macam drama Bicara Hati tu, memang menyimpang dari cerita asal dia yang kat novel tu. dannnnnn pelakon dia tak cukup hensem dan cantik la untuk bawak watak tu. Haha. Dulu-dulu waktu gila novel, masuk dalam dunia novel yang penuh fantasi, kompem akan rasa hero dan heroin cerita tu sangatlah hensem dan jelita. ewahhh..hihi.
Berbalik pada adam dan hawa, setakat ery dah tengok sampai episod 16 ni, memang jalan cerita yang sama. Best best. Tapi dari dulu ery tak berapa suka watak Ain Hawani yang sangat ego dan lama sangat berdendam dan membenci. Tapi well, cerita novel kebanyakkannya berakhir dengan happy ending. Tapi ade jugak ending yang sedih, tapi sebagai pembaca, of coz lah nak happy ending kan. Kalau tak, memang akan rasa tak best lah cerita tu kan..hehehe
Ery banyak jugak collection novel masa tengah tunggu result SPM dulu, memang hidup dalam dunia fantasi betul.hehe. Sekarang, fuhhhh..perjalanan hidup ery pun rasenye memang boleh buat novel. Penuh dengan drama yang ery pun tak tahu ape kesudahannya. Yang penting ery nak hidup bahagia dunia dan bahagia akhirat terutamanya. Macam mana sekalipun perjalanan hidup ery yang Allah dah tetapkan, ery kene berusaha untuk bahagia. Sebab..bahagia, tenang, sabar, redha bukan datang secara bergolek. Semua tu perlukan usaha dan doa. Usaha dengan mencari ilmu, mendekatkan diri pada Dia kan. =)
Recently, ery ada beli 2 buah buku yang ery pun belum habis baca lagi. Dulu novel laju je baca. Sekarang niiiii....ayoyoyoy..hihihi
Cinta Kerana Allah by Ust Pahrol Mohamad Juoi dan
Penawar Duka Pengubat Sengsara by Dr MAZA.
both my favorita book. Author yang best dan pengisian yang best! ^^. Tapi tak abeh lag baca. ekekekke..
"Sedarilah..kita semua akan melalui 'bicara dan didikan TUHAN' menerusi pentas ujian. Kita mengharapkan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik"
Allah, permudahkanlah perjalananku. dan. kami.
P/S : 8 years back. 16 vs 27. Fuh!


2 comments:
yup2,, cerita adam hawa memang best,, sama la,, Nurna dulu pun suka sangat baca novel,, asyik beli novel je,, tp skunk da tak da masa nak baca novel,,
hadirnya kesedihan,
http://www.youtube.com/watch?v=NLI3-HSM3KA
Post a Comment