Rasa bosan. Ye, saya sgt banyak kerja sekarang tapi sangat tiada mood untuk buat semua kerja2 yang sedang menanti untuk disiapkan. Padahal hari khamis dan jumaat bg minggu ini free.. sbb lab pada hari khamis dah setelkan minggu lepas dan hari jumaat pulak hanya focus untuk thesis yang sy baru mencari-cari journal yang sesuai. Esok ade kelas tuition untuk budak2 form 4 dan form 5. Sekarang saya adalah cikgu.hehe.Bile dah ade MSc baru boleh jadik lecturer.. tapi rasenye nak kerja dgn hospital dulu kot..nak handle patient with various type of cancer..
Cikgu fizik? Omaigod.. kamu tahu, fizik adalah subjek yang paling saya tak suka darab 30 ribu kali tak suka mase sekolah dulu. Lepas SPM tahun 2004 dulu, berazam supaya tidak lagi melihat buku fizik, apetah lagi menyelak. Sekali dapat tawaran PASUM. Oke, walaupun amek Sains Hayat, tapi fizik adalah subjek wajib. Penat sungguh memujuk hati untuk buat yg terbaik untuk subjek ini walapun sgt lah tak suke dan depress setiap kali belajar walaupun untuk konsep yang simple. Ternyata Allah lebih mengetahui kemampuan saya. Masa degree, Allah tetapkan untuk dapat course yang memerlukan physics which is saya dah grad tahun lepas after 4 years study. Dan sekarang Master Medical Physics dan insyaAllah grad bulan 6 ini. Jom, same2 doakan untuk saya.hehe.. Lihat, camne sy cube elak dan lari-lari jauh jauh dari subjek physics…Allah tetapkan kehidupan sy pada subjek yang paling saya tak suka. Saya menyesal? Sedih? Oh, itu tidak pernah sama sekali. Walaupun pernah satu mase dulu setiap kali nak exam physics, electricity, magnetism etc..mesti saya menangis sbb depress.. Alhamdulillah, boleh buat..dan result pun buat saya di tempat saya sekarang.. Thank You Allah.
Kita cuba capai sedaya upaya ape yg kita mahukan dalam hidup kita, tapi Allah knows best what is the best untuk kita. Segala ujian dan dugaan, hadapi dengan tenang. Tanamkan rasa syukur setiap kali ape yg kita mahukan tidak tercapai. InsyaAllah pahala bagi orang2 yang sabar.
Bersangka baiklah pada Allah.. ade hikmah atas setiap apa yg di beri…
Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan saya sekarang..walaupun dalam keadaan berombak tak kena masa, kadang-kadang angin taufan, kesimpulannya kehidupan yang tak lah berapa stabil secara emosinya. Tapi satu yang saya yakin “Allah tidak membebankan hambaNya di luar kemampuannya”
Innallahama’ana =)
saya sgt suke my samsung wave. view gambar kat dalam phone sgt sgt cantik. Screen laptop yg tak cantik. hehe.
*org selalu ingat saya cikgu sbb kat poket tepi beg saya banyak pen*
p/s : pen dan buku nota kecik adalah benda penting yang perlu ada dalam beg saya selain buku sudoku dan alat mekap..kui3 =p
To my cinta hati : bile nak main sudoku sesame lagik?
To my cinta hati : bile nak main sudoku sesame lagik?


6 comments:
cikgu....best2!!!!
hehehe.... cikgu tuition jep =p
hooo.. selamat maju jaya dengan phhysics!
selalu gak dengar orang kata, jangan benci-benci, nanti itulah yang sentiasa bersama kita. hahaha..
laaaa.. da habis la spm .. kalau tak nk jugak cegu tusyen yg comel ^_______^
asada...tu la pasal...kene bergelumang seluruh kehidupan..padan muke sendiri..hehe
fathiah, ni cegu garang..ekeke.. =p
Post a Comment