Nuffnang

Wednesday, January 12, 2011

La Yukallifullahu nafsan illa wus'aha


Jam menunjukkan pukul 2.12am waktu Malaysia. Mata masih belum mahu tidur, padahal esok ade kelas radiotherapy pukul 10-12. Pastu kelas MRI sampai pukul 1. Lepas tu dar pkul 3- 5 petang kelas radiobiology. Mmg cukup bagus aku ni..jangan tak bangun esok pagi sbb ngantuk sudeyyyy…heheh..




Tertarik dengan ayat yg pernah diberikan oleh seseorang kepada aku bahawa aku seorang yg emosional. Kenapa? Hamba Allah tersebut bg ayat “emosional kerana mencari rasionalisasi dalam setiap masalah yg dihadapi”. Jujurnya aku agak tersentap dgn ayat itu. Kurang di situ logiknya. Kenapa aku kata kurang logic. Cuba kita tgk, masalah itu adalah ujian kan? Ujian dalam kehidupan kita ni siapa agaknya yg beri? Ok, tak perlu fikir…tentunya Allah yg memberi ujian dalam hidup kita. Kenapa perlu kita mencari rasional? Setiap ujian dan dugaan dari Allah Yang Maha Besar tersimpan 1001 rahsia, hikmah dan rahmat yg mana kita sebagai hamba Allah yg sgt lemah ini tidak dapat lihat,tahu atau rasa tanpa izinnya.  Jika kita tidak bersangka baik pada Allah dgn tidak mencari rasional, itu akan membawa kita menyalahkan permasalahan itu, dengan kata lain menyalahkan ketentuan Allah. Tapi cube tgk balik, kita menyalahkan siapa sebenarnya? Menyalahkan Yang Maha Pencipta? Siapa kita nak pertikai apa yang Allah telah tentukan. Konsep Takdir lebih luas dari apa yang kadang2 kita lihat. Kita takkan dapat rasa nikmat bersyukur atas setiap ujian yg menimpa diri kalau kita tidak mencari rasional nya. 

Moga kita sama-sama diberi kekuatan menghadapi kehidupan yang tidak mudah mana. Allah lebih tahu kemampuan kita. Lebih tahu ape yg terbaik bagi hamba-Nya. Sama-sama tingkatkan rasa syukur setiap kali dilanda kesedihan, keperitan. InsyaAllah ganjaran yang besar bagi mereka yang sabar.. Sabar itu Indah.. subhanallah.. mudah untuk di baca, di tulis dan disebut..hakikat sabar itu sgt pedih. Tapi, selagi kita masih berpijak di bumi milik Ya Rabb, selagi jantung masih berdegup untuk distribute oxygen dari left ventricle to the  whole body and bring back carbon monoxide to the right side of our heart, we must obey Allah and sunnah Rasulullah.

Yakin dengan janji Allah, bahawa pada setiap kesusahan, pasti ada kesenangan.
Dan Allah tidak membebani hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu dipikul...Alhamdulillah...Grateful is everything

Semoga esok pagi boleh bangun dengan hati yang kuat untuk ke kelas..yeahhhhh… ade 5 months to go…go ery go! =)

Nanite semua…

*bismikallahumma ahya wa amut*

No comments: