Tajuk ape pun aku tak tau. Malam tadi aku makan malam pkul 8.45 malam. Agak awal kan.
Haruslah awal sebab aku jenis orang tidur lewat. Ni dok kata ngantuk dari petang td.. ni dah 1 pagi,
tapi tak lelap lagi.
Kononkonon nak tido lambat sebab nak buat report nuclear medicine. Tapi aku takde mood langsung, tak suke tulis report tanpa hati. Kang tak productive aku punye report. ahaks!
Hah, benda pelik lagi aku buat. lame dah aku tak beli jajan jajan sebanyak ini. Biasanye aku akan beli makanan sihat seperti KFC, McD, subway. Yay, subway.... *tunggu dearie belanja lagi*
Meh bagi pelempang sapa kata makanan kat atas tu sihat.
Err..tapi subway sihat. Makan sayur yang tebal! haha.
Cekelat cekelat tu semua aku beli kat Caltex jelutong. Masa tengah isi minyak. Entah nape dok mengambil tanpa belas ihsan. heh.
Boleh pulak adik yang jaga kaunter tu "Ni je ke kak?" nada cashier lemah lembut. Aku pun tersengih "err..ni pun cukup banyak dah kot". Oke, dah tua bangka beli cokelat tanpa belas kasihan. Main hambek je. Mujur cokelat murah. Kene aku amek cokelat mahal banyak2 macam Dove berperisa hazelnut, almond and raisin ? lagi lah kalut.
Teruk betul selera aku makan sekarang. Habis punah mase hadapan untuk menjadi kurus T_T.
Aku tak faham ape purpose aku tulis entry malam ni. Sepatutnya aku mengadap report.
Bila fikir pasal thesis Master aku, rase nak nangis. Uwaaaaaaaaaaa.. aku tak run lagik ni. urghhh...nak contact IJN pun belum sempat lagi.
Siapa boleh kurangken tensen aku. Angkat tangan tinggi2 cepattttt...
Dah dah..turun balik. Bau masyem. haha
Last week balik dari Selangor ke Penang drive sorangsorang. Sangat kepenatan. TAPI..haaa..ade tapi.. dari Selangor aku gerak ke Nilai sebab hantar adik aku kat USIM, pastu baru heading to Penang. Pheww..
What a tiring journey. 450km travel sorangsorang sangat lah tak best dan bosan!. Hujan lagi, letih, mengantuk, eksiden bagai. Dan aku pun hampir eksiden. Buat emergency break waktu hujan lebat. Alhamdulillah takde pape.
Ade kereta Hilux eksiden dengan kereta Viva kat lane belah kanan. Dalam keadaan hujan lebat gilak, nampak cahaya semua kembang. Kereta slowly masuk lane belah kiri. Aku pun of course lah kene masuk lane belah kiri. Rupenye ade eksiden Hilux dan Viva tu. Dalam mase nak masuk lane belah kiri, mestilah kena jaga kereta dari belakang ye dak. Hujan lebat di malam hari adalah sangat susah nak menganggar jarak ye rakarakan. Boleh la pulak kereta depan aku ni tetibe tak gerak sbb nak tgk eksiden tu. aigoooo... aku pun terpkasa tekan break emergency. Huuuuu...
Apepun, kene ingat..setiap kali sebelum memulakan perjalanan, bacalah Doa naik kenderaan or at least Basmalah. Mohon perlindungan dari Allah.
Ni baru lepas solat asar dalam pkul 5.30 kat RnR Sungai Buloh. Lepas hantar adik aku kat Nilai. Muke bahagia pekena nugget kepsi. kihkih
Ok lah, mahu beradu. Bismikallahumma ahya wa amutt.
Pssttt...rajinrajinlah klik iklan kat advertelts dengan heartbeat tu ye. heee. thank you



6 comments:
cloud9 mmg best!!! haha..eh pakai speck muka lainlah..
ehe..muka lain eh? muke nerd? kihkih =p
tak suka pakai spek..lagi suka pakai lens..tp buat mase ni tak boleh..doktor tak bagi~huhu..
mok, awat nampak ibu-ibu lagik? *confuse*
=))..sukee bace entry cikery...kelakar,ader jer idea kelakar-cute dlm entry...haha..
moneymok : mata aku luke weh..kene pakai spek..takleh pakai contact lens at least 6 bulan. Kesian kan. Aku nak ikhtiar nak hilangkan rabun. ehem, ape salahnye kalau mcm muka ibu2 pun.. kihkih..mmg makin tua pun =p
kylerul : erk..entry mengarut je.ehehe
Post a Comment