Nuffnang

Sunday, March 27, 2011

Tahniah untuk perokok!

Bila sangat seronok membaca-baca entry orang lain dan meloncat-loncat baca entry yang mecabar akal, sehingga terlupa menghapdet blog sendiri.

Takpelah tak hapdet pon. Blog sendiri tak best langsung! phewww

Ohh, straight to the point.

Aku nak mengucapkan tahniah dan berebanyak terima kasih kepada para perokok kerana beraksi sebagai contributor. kenapa aku kata sebagai contributor?

1) Meningkatkan pendapatan ekonomi negara.
Bila ramai orang merokok, banyaklah orang yg beli rokok kan. Kalau takde sape beli rokok, rugi lah mamak-mamak dan kedai2 jual rokok sebab masing masing pakat taknak rokok. See.. sangat bagus merokok nih. Bagi ekonomi Malaysia mencanakcanak naik.

2) Meningkatkan peluang pekerjaan dan gaji.
Hah, kadar penyakit diri sendiri dan jugak orang lain. Tahu worst case scenario ape bila hisap asap rokok?. KANSER PARU-PARU. Jadi, silalah merokok dan sebarkan asap rokok beramai-ramai. Kerja medical physicist, Oncologist dengan radiation therapist akan sangat diperlukan untuk rawat kanserkanser nih. Lepastu, banyak lah lagi hospital kerajaan dan swasta yang akan didirikan. Jadi, pendapatan ekonomi negara jugak akan meningkat. Lihat point 1. Menguntungkan bukan?

3) Membuang rasa malu-malu ayam.
Sila tabik spring kepada yang merokok dan menghembus asap dengan bangganya di tempat-tempat awam. Takde lagi rasa malu nak bagi penyakit sama pada orang lain malah rasa bangga kot? Rasa malu-malu ayam ni tak baik untuk diri sendiri. Kita perlu express diri sendiri to the top, bukan? Jadi, berbanggalah dapat menhembur asap tinggitinggi tanpa rasa malu.

4) Macho tau tak bile merokok nih.
Auww...pasti ramai tergoda bila nampak mamat-mamat malah mina-minah merokok. Yang minah tu bertambah lah cun nye bile merokok. Terasa kelelakian itu terserlah lah kan.


Ohh, pehlis..entry ni bukanlah nak mengkondem sesiapa yang suka merokok. Merokok lah sesuka hati kamu, tapi hormatilah orang sekeliling.

Boleh diibaratkan, kamu tak mahu makan, tapi orang dok sumbat makanan dalam mulut kamu dan meningkatkan peluang kene diabetes.

Janganlah anggap org sekeliling rela dipaksa menghidu asap rokok kamu yang baunya sangatlah busuk. Respect others, so that people will respect urs.

Sangat annoying tahu tidak. Ianya menggambarkan diri kamu yang tak semenggah. Mencabul sesuka hati hak orang lain yang mahu menyedut bau haruman lain serta udara yang lebih segar.

Dan saya juga respect dan nak ucapkan tahniah kepada perokok yang hormat hak orang lain yang tidak suka pada asap rokok ni. Merokok di tempat-tempat yang tak ramai orang dan tersorok. Atau at least menjauhkan diri dari orang lain.

Think people, think!

Jangan jadi manusia yang tiada common sense. Common sense bukanlah satu benda yang perlu anda peroleh dengan belajar tinggitinggi dan dapat PhD. Tapi gunalah minda yang Allah dah bagi elok untuk fikir.

chiow~

6 comments:

alongxp said...

mekasih kerana menghargai kami...hahahaha...
p/s: sy tag kamu ni...
http://kakicandid.com/blog/2011/03/28/entri-kongsi-idea-laptoppc/

erysweetie said...

alongxp : saya mmg suke menghargai org.kehkeh =p

thanx tag =)

sekamar rindu said...

tahniah juga buat perokok..

bila batuk, n tak dapat tido..

tak payah upah jaga...yg batuk tadi leh jadi jaga..

:) folo ur blog..

erysweetie said...

keh keh... dan sila bayar yg ter'jaga' tu kan.. ingt free ke? tido ni nikmat ok =p

thanx folo..nak jalan2 ke blog kamu =)

NAJ HEBAT said...

ayah aku kata,

perokok ni paru2 tahan lasak. Kuat. Taff.

Sebab? dah biasa dgn asap.

Cuba kau bayang rumah terbakar.

Anak bini dah sesak napas, mampos.

Ayah?

HIDUP maa...

hue hue.

p/s: jgn ikuti kata ayah aku. Sekian buat anak2.

erysweetie said...

haha.. paru2 ayah kau mmg taff~

hah! kau jgn ikut =p